Pages

Tuesday, October 23, 2012

. .salam takziah buat Mohd Fahmi Saiful Bahar

blog e yokoso yaya ayarus


status terakhir aku buat arwah Mohd Fahmy Saiful Bahar







Dik, 
walau kita belum sempat menjadi keluarga, kaksuraya dah anggap fahmi bagai adik sepupu keluarga kaksuraya sendiri

kaksuraya terkilan tidak dapat menziarahimu sewaktu di hospital, dan berdoa agar kaksuraya dapat menziarahi pusaramu di kedah kelak;

kaksuraya terkilan bila setiap kali abang ein bagitawu nak balik ke kedah sebab nak melawat kamu di hospital, 

tiada satu pun salam kaksuraya minta abang ein sampai kan kepada kamu

tiada satu pun ucapan kaksuraya ucapkan "semoga lekas sembuh". 

Tiada.


dik, 
kaksuraya disini menangis mendengar khabar dari abang ein atas pemergian kamu
akak terkilan.

abang ein turut menangis malam selepas itu 
apabila dia mengenang kan kamu

kupanjatkan doa agar roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman

kamu pergi 2 hari sebelum majlis pertunangan kaksuraya dan abang ein

dik, kaksuraya telah pun ingat terakhir kali kaksuraya jumpa kamu
kita berjumpa di KLIA kerana menghantar ibumu nak berangkat ke tanah suci
kita berjumpa di rumah Cuazie sebab kaksuraya juga bermalam disana
kita berjumpa di Nilai sebab mak ngah dan nenek nak berjalan disana
kita berjumpa di Alamanda sebab semua nak window shopping
betul kannnn?

kaksuraya masih ingat yang fahmi naik kereta dengan kaksuraya 
bersama abang ein tukang bawa kereta dan fatin dibelakang
masa itu kamu pakai sweater ketika hari tengahari panas terik
semua ahli keluarga bahan kamu

"ehh Fahmi, kamu ni tak panas ke?"
"ehh Fahmi, kamu ni dah macam kat jepun bersweater sweater bagai?"

tapi kamu hanya tersenyum 


Dik, kaksuraya disini selalu mendoakan semoga roh mu dicucuri rahmat
tatkala menulis, hati terasa sayu, jantung berdebar debar
kerana saat menulis entry ini, kedengaran lagu "Teman Pengganti" dari Black dan Malique

Sumpah lagu itu dah mula menghantui kaksuraya
terdengar lagu itu, 100% mengingatkan tentang kamu




Salam Sayang dari KakSuraya dan AbangEin, keluarga dan sahabat
-Al Fatihah-




Lirik Lagu Teman Pengganti


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


Chorus
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergiku tak akan kembali

Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami dalami dan mengalami
Setia mendengar sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang Chorus
Sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung berkurung
Tubuh makin susut menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas nak bergerak nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan

Jaga diri jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas katil dah ku rapi
Cincin kunci dompet dalam laci
Ada sikit wang itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti





No comments:

Post a Comment