Pages

Friday, November 16, 2012

. .Fakta Menarik Pernikahan Ustaz Don dan Husna

blog e yokoso yaya ayarus

Assalamualaikum :)










jom share sikit mengenai pernikahan 
Uztaz Don Daniyal dan Husna :)




1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.


2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.


3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.


4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.


5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.


6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.


7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.


8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


Sumber

*****





mase ni aidil yang sebok google dulu macam macam pasal prihal pernikahan perkahwinan
dia terjumpa artikel ni 
hurmmmm dia minta yaya baca dah follow apa yang tertulis di atas :)
yaya bagitawu dia, kalau perkara tu mampu yaya buat, inshaAllah memang kita akan buat



*****


perkara 1 : Majlis dimulakan dengan selawat. InshaAllah yaya akan minta adik lelaki yaya baca selawat sebelom majlis pernikahan berlangsung.



*****


perkara 2 : Inai. memang yaya akan ukir inai di pergelangan tangan, bukan di tempat aurat. dan ukiran iani yaya sama sekali tidak menyerupai haiwan atau makhluk.



*****


perkara 3 : make up. tebal dan tak tebal, memang semua pengantin nak make up light jer, bergantung pada jurusolek. yaya pon tanak muka yaya berubah seratus peratus selepas disolek, means tebal gila sampai orang pon takut tengok. 
mase tunang, aidil memang tak kasi yaya pakai lens dan bulu mata palsu, dan jurusolek yaya memang tak pasangkan bulu mata palsu kat yaya masa tunang :) apatah lagi cukur kening
but depands on individu jugak, kalo mereka rasa solekan tebal sikit bagi mereka tu ok, terpulang laaa. ada jugak yang prefer cukur kening dan bulu mata palsu tu utk nampak mata besar sikit. yaya punya mata dah cukup besar jadi no need bulu mata palsu and lens :) kann



*****


perkara 4 : tiada inai di jari ustaz don. tatkala aidil membaca artikel diatas, memang terus tolak untuk memakai inai di jari beliau di majlis nikah nanti :(
tak tahu la kalau kalau kena paksa dengan mama dan keluarga beliau ;s



*****


perkara 5 : solat sunat. inshaAllah kalau yaya tak datang bulan, yaya jugak akan turut serta solat bersama imam yaya :) 
aidil ---> beliau memang request untuk solat sunat selepas nikah. inshaAllah. haaaa nikah kan jumaat, suh je conduct solat jumaat sekali. ngeh
** hmmm kira kira calender, rasa yaya tak boleh solat time tu haissssss



*****


perkara 6 : memegang bahagian depan kepala sebelum batal wudhuk. yang ni tak pasti aidil nak buat atau tak, takot kang segan segan malu malu :)
** aidil ni pemalu ya amat haisssss



*****


perkara 7 : Tiada sesi bersanding atau merenjis. Insha Allah tiada sessi merenjis tetapi akan ada sessi bersalaman mesra dengan pengantin di pelamin kelak. 

nanti yaya akan mention dengan pengacara majlis untuk acara Bersalaman Mesra pengantin dengan ibu bapa dan sanak saudara sebagai mengambil doa keberkatan :)
Insha Allah tiada sessi renjis air mawar dengan bungai rampai semua. lagu Renjis renjis dipilis ada laaa :)


*****


perkara 8 : hantaran. yer semua hantaran nikah yaya dan aidil inshaAllah berupa makanan untuk dikongsi bersama keluarga. barang hantaran kami dah beri sepenuhnya mase tunang tempoh hari :)
Alquran, memang sebenarnya masuk dalam checklist barang hantaran, tapi selepas diterangkan ustaz don, ada benarnya, beliau tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain :)
Alquran telah kami gantikan dengan buku buku islam, 
hadiah alquran kami tetap ada dan diberikan oleh masing masing kepada masing masing untuk kegunaan kehidupan bersama seterusnya :) bagi belakang belakang jer :)




terima kasih semua :)
doakan kebahagiaan semua dunia akhirat k :)


sayang selalu






No comments:

Post a Comment