Pages

Monday, March 11, 2013

Kesukaran membeli rumah sekarang ni woii

blog e yokoso yaya ayarus



salam


huhuuuu serius laaaa jugak entry kali sebab tak berapa boleh fokus kerja
persiapan kawen semua ke laut
sebab kesukaran membeli rumah mencapai tahap streesss menjadi gilaa
yaya yang keje dalam bidang pengurusan harta tanah ni pon susah gilaa nak help sana sini
just kita banyak contact dan tahu prosedure
tapi semua based on system!
apa lagi kalau mr japang yang baru setahun jagung menceburi bidang pekerjaan, 
tak tahu menahu keperihalan jual beli rumah nih kannnnnnnnnn
sebabnyaa mr japang ni yang sebuk nak beli rumah
bila dia tak cukup setahun kerja, memang susah laaa bank nak approve!


alkisah bermulaaa dari iproperty.com
mr japang sibuk cari rumah dari laman tersebut 
mengugel gugel rumah rumah sekitar office yaya sebagai persiapan kediaman selepas kawen 
kenapa cari sekitar office yaya? bukan office dia?
bukan apa, keje gomen ni pergi awal balik pon awal, senang laaa nak balik waktu cerah, 
dah tu kalau rajin kang, boleh laaa dia ambik hantar yaya pi kerja sebelum beliau terus ke office sendiri
itu pon kalau yaya takde site visit kena guna kerete laaa :)
gugel gugel siap calculate monthly payment tengok rate semasa
kalau gomen staf boleh dapat interest 4%
kalau swasta ikut current BLR 6.6% so different bank, dorang berlumba lumba promote kasi rate rendahhh :)
selalu range rate yang bank offer -1.7% sehingga 2.5 % (means rate 4.1% - 4.9%)
lepas tu harga rumah plak tengok rumah landed semua RM250K sampai RM450K
monthly sampai RM1.2K sampai RM2.5K
fuhhhh mamposssss harga wehhh!!

aidil kasi tawu budjet monthly untuk rumah dia
so yaya suggestkan cari harga rumah yang boleh ikut monthly budjet dia
yang melebih budjet monthly payment kite terus ignore saja sebagai contoh 


HARGA RM400K MONTHLY PAYEMENT RM2000
HARGA RM40K MONTHLY PAYEMENT RM200
-
-
-
*so ambil rm200 monthly laa kalau mampu dr rm2000 monthly
then cari rumah sekitar RM40K
** contoh laaaaa :)



soo tengok range harga rumah yang bawah harga budjet monthly sahaja
supaya every month kita tak sesak nak bayar, sebab rumah walaupon ia aset, tp kalau tak mampu every month kang, tak ke susah nanti? 
so ikut saja budjet monthly kita, ada rezeki lebih mana tahu beli lain kan?



lepas aidil gugel rumah ikut budget monthly dia, 
rumah yang keluar area klang ni semua landed low-medium cost dan rumah apartment 
rumah fresh developer memang tiada laaa citernyaaa
yaya pon excited teman dia keliling view tengok rumah call agent sana sini
ada yang okek, ada yang banyak gilaaa kena renovate ;(
streessssssssss
sampai laa terjumpa satu rumah nih, aidil pegi sendiri minggu berikutnyaa
dia whatspp gambar rumah dan harga yang agent letak
yaya pon laju suh dia mintak diskaun dan laju jari jemari lagi minta rakan rakan valuer sekalian estimate harga rumah :)
bukan yaya as valuer tak boleh estimate sendiri, 
tapi baik kita minta valuer panel bank sbb dowang yang nak keluar report
dah susah satu hal pulak!
dah dapat tahu harga rumah offer dr agent, value pulak tak boleh support
valuer, bank main call je sapa sapa

so yaya suggest valuer dari kawan sendiri, yaya minta fauziah ex officemate sebab dia terel value area klang
sekali dia cakap harga still under market value dan boleh makap harga untuk dapat loan lebih :)

oooooooooo terus yaya cakap kat aidil, ON!


dah pulaaaaaaaaak
prihal bank bank luar ni punya banyak songeh dokumen dia
tok kadi pon tak macam ni mintak dokumen nak kawen wakakakakaakaaa



nak s&p owner lama, 
geran carian, 
booking resit, 
confirmation letter kerja, 
nak epf
nak slip gaji



nasib laaa agent tu sangat baik hati, dia copykan snp owner n pass kat aidil together with booking resit deposit 3%
yeahhahahaa
yaya laju laaa pi buat carian hak milik kt pejabat tanah
dah tu semua dokumen yang diperlukan yaya buat sampai 5 set! 
haaa senang nak hantar ke 5 bank berlainan :)
aidil goyang kaki jelaa kat office dia
semua urusan bank yaya turun naik tolong hantarkan, segala mcm IC, slip gaji, penyata, epf confrimation letter kerja dll serta application form setiap bank yaya dah amek sign aidil siap2 :)

sekali masa nak pass ke bank A ni, market value pulak tak dapat! 
sbb atleast bank nak dua valuer yang boleh support harga rumah
yaya contact pulak valuer acap, ex officemante yaya jugak utk support value dan terus dapat value! :)




soo untuk mudah lepas nih - direct kasi bank

1. semua dokumen lengkap kita buat banyak2 set
2. valuer yang kita nak - dan Market Value yang boleh achieve
3. lawyer yang kita nak and quotation fee serendah mungkin
4. dan pastikan lawyer and valuer yg kita pilih adalah panel bank berkenaan :)


loan akan dapat based on sama ada;
harga rumah RM100K, or
market value RM100K

kalau harga RM100K, tapi value RM80K so loan based on RM80K
kalau harga RM100K, tapi value RM120K, so loan based on RM100K
which is yang rendah
so kalau tahu value boleh support tinggi, 
kita deal dengan owner sign beli harga tinggi laaaa


Harga beli sebenar RM100K, Value RM120K
so anggap beli dengan owner and sign RM120K
haaaaa kan dapat RM20K free

-
-
** contoh laaaaa :)





Minggu raya cina hari tu stressss yaya duk kejar bank follow up tanya pasal loan aidil nih

kalau apartment, certain bank mesti nak yang ada geran strata jer
kalau landed, lokasi pulak jadi utama sebab takut tak leh support Marketability Factor

sekali result dia high risk!
means aidil ni takde ccris :(
takde loan kereta, takde loan kad kredit, takde loan asb atau apa sahaja komitmen
ingat free komitmen takde apa apa hutang senang nak apply loan sebab dia apply guna nama sorang
sekali susahhh lebih lebih lagi tak sampai setahun kerja :(
kalau cantum dua nama untuk loan mungkin lepas laa sebab nama yaya pernah ada loan kereta


so Bank A ni kitorang rejest sebb kan high risk tu :)
dan sekarang menanti 4 bank yang lain :)

dalam duk sibuk follow up bank, bank B pulak cakap value rumah tak boleh support!
hanya boleh guna panel valuer saja :(
valuer yang yaya suggest kat Bank B tu tak panel pulak dahhhhh
dah sibuk cari valuer pulak :(
haisssss nasib valuer kawan yaya ni banyak contact dan dapat support market value 


atlast bank B lulus dengan jaya nyaaaa :)
Alhamdulillah
aidil sampai puasa nazarrr tu :)
bukan setakat bank B, sebab lepas je sign first offer letter, bank C, D dan E pon approve!
heeeeeeee :)
yaya stresssss satu lagi agent yang baik ni asik tanya bila owner boleh sign s&p
haissssss loan baru lulus my dear, mcm mana nak prepare s&p
yaya malas nak suruh aidil sign dulu s&p tu sebelom loan approve, sebab kang buatnya loan tak lulus, tak merana kena bayar panalty after 3 months date s&p?
huaaaaaaaaa

so sekarang s&p prepare and geran prosess untuk ditukar nama
masa sign s&p, kena bayar balance 7% deposit rumah
haaaaa time ni laaa nak kawen, time ni laaa nak guna duit bayar deposit adoiiiiii
belom lagi bayar lawyer yer dok?
so alamatnya, keluarga masa ni paling utama :)
heeee buat loan dengan family untuk bayar deposit rumah sbb tade interest ngehhhhh :)


so now, kitorang dah pon pegi sign s&p, 

just pending aidil sorang kena sign letter offer dan loan dokumen sebab loan nama dia sorang :)
then tunggu pihak owner pulak sign and settle kan semua prihal hutang piutang dia dengan rumah, hutang bank lama, bil-bil maintenance, bil-bil semasa dan segala cukai cukai:)
sbb dia kena kasi kosong kat kitorang :)
harap harap owner dapat settle kan segera semua nyaaa sebab last yaya dan aidil pi korek letter box dia, tunggakkan maintenence dia hampir cecah 5 angka!

adoiiiiiiii 


Ya Allah permudahkan jalan kami
semoga selepas hari raya nih boleh tinggal di kediaman sendiri :)
InshaAllah


doakan yer :)






peace sikit :)
okbye



13 comments:

  1. waaa terernyaaa yaya bab2 rumah ni..akk tgh belajar2 lagi..fenin pun ada psl mslah ccriss tuu.still taktau result dr bank..huwaaa..fenin fikir smp rsa nak giveup pn ada huhuu

    btw all da best k :)

    ReplyDelete
  2. huhuhhh terel tak terel laaa yaya terkejar jugak bank sana sini, pastu kejar value sana sini :)
    tp semua within 14 working days laaa

    contact dah ada just kena follow up
    ni satu hal, lawyer still tak call owner suh sign S&P baru, kitorang dah sign last week :(
    si owner asik tanya bila nak sign :(

    ReplyDelete
  3. yaya..there was a mistake yang akak dan suami pernah buat semasa beli rumah 10 tahun yang lalu : - kami beli rumah mengikut bajet yang ada dalam poket. And lepas tu kami minta loan tempoh yang singkat.

    Sepatutnya kami beli rumah mahal sikit sebab value rumah makin lama makin naik. Lepas tu loan lama sikit tempohnya. bukannya tempoh yang singkat.

    Risiko agak tinggi tapi lepas ditengok pada dasarnya memang kami silap beli rumah ala-kadar dan mengambil tempoh pinjaman yang singkat. Menyesal giler sekarang.

    ReplyDelete
  4. yeke? beli rumah patut ikut kemampuan poket monthly mcm kitoran or beli mahai terus as aset?

    now bank offer 30 years period for loan, and MRTA together dalam loan

    ReplyDelete
  5. Kalau akak, akak akan beli rumah yang besar dan selesa cthnya corner lot ke.

    Mahal memang la mahal tapi nanti ada rezeki bukan kita tinggal berdua je kan...nanti ada anak2 ciconet katalah macam akak 4 orang. Rumah teres intermediate biasanya ada 4 bilik 3 bilik air. And kalau besar setakat 20 x 70, confirm bilik2nya sekangkang kera je. Kalau corner lot, besar la sikit keadaan biliknya. lepas tu ada tanah, when time goes by, duit ada lebih sikit, boleh extent.

    Value rumah makin lama makin naik dik, sekrg ni akak tgk SEMI D dah cecah juta. Ngagau jugak nak cari down payment.

    As for me, akak mmg menyesal beli rumah ikut poket last time. Should buy yang mahal sikit, ambik loan lama sikit, nanti Akaun 2 KWSP cecah ratus ribu, habiskan bayar mcm sekarang akak buat. Tapi by now, nak beli rumah besar sikit je harga rumah pulak melambung2 tinggi macam bola.

    ~ my two cents opinion

    ReplyDelete
  6. heheheee :)
    betoi jugak tuh, tp utk yaya nak beli rumah besar terus buat masa ni mmg under budjet laaa
    kalau tahun depan setahun lepas kawen ke inshaAllah ok laa kot, sbb rumah yang baru beli ni boleh sewa kan, as investment laaa citer nya
    tapi dah duduk berdua je, elok laaa kecik2 dulu, then baru pikir besar heeeeeee :)

    ReplyDelete
  7. yaya,

    kalau belum kawin, tapi nak letak nama partner dalam s&p boleh ke? sebab dalam loan rumah, hanya ada 1 nama.

    ReplyDelete
  8. yaya,

    Kalau nk letak nama partner (belum kawin..hehehe) dalam s&p boleh ke? sebab nama dalam loan hanya 1 nama je.

    ReplyDelete
  9. hurmmmm mcm yaya, mmg plan nak kawen, tp beli sebelum kawen so bagi tahu kat bank siap2 letak nama dua owner dlm snp before offer letter keluar. masa loan tunggu approve mmg dia tak mintak sijil nikah pun.
    tapi kalau mmg tade ikatan in future kang mmg susah sikit

    ReplyDelete
  10. plan nak kawen dlm next year Jan..tapi nk settle kan rumah dlu before kawin..

    Kalau tak nanti, duit habis buat majlis. Rumah pon tak dapat

    ReplyDelete
  11. tumpang tanye, kalau nk bt combine loan, tp x kawin lg boleh x?

    ReplyDelete
  12. sepatutnya kalau belum kawen takleh combine loan. tp ikut bank, selalu pihak bank kasi je combine loan

    kalau loan sorang, tapi nak combine nama dua dalam snp tu yang masalah sikit. tp i lepas je

    semua bergantung pada pihak bank :)

    kena bagi tahu siap sebelum dorang approved kan loan apa yang nak di combinekann :)

    ReplyDelete
  13. Salam berkenalan sis...
    Sangat berguna info yang diberi....Memang stres sangat masa nak beli rumah pertama!!! i pernah alaminya
    Nasib sekarang semua okay & tgu nak dapat kunci je...

    ReplyDelete