Pages

Thursday, September 12, 2013

Hari Raya di JPPH klang 2013

blog e yokoso yaya ayarus



Salam semua

Aidilfitri bulan syawal dah pun berlalu
tak tahu nak update apa, saja isi masa update sambutan hari raya di tempat kerja
dari tadi nak upload video nikah kahwin konon2 nya
dah sebulan dahh dapat video tu sampai malu tengok diri sendiri dalam video
tapi asik tak lepas je nak upload, so malas laaa nak cuba lagi
jadi tontonan sendirik saja laaa tak dapat nak promote hasil kerja Gs Production


ok ok

tahun ni tahun kedua menyambut hari raya di JPPH klang
tahun lepas siap jadi emcee lagi, siap berpantun bermadah bagai
tahun ni dah kawen, hubby tak kasi involve sangat dahh
menyanyi2 karok satu dua pun tidak diizinkan lagi 
huuuuuuu umur sudah meningkat :(


tahun ini yaya diamanahkan untuk memegang jawatan setiausaha social kesupen jpph klang

memandangkan tahun lepas nampak aktif benor kot asik jadi emcee
so duk pung pang pilihanraya ramai laa undi jadi s/u social
social kata ko!
dah segala macam jamuan, sambutan, majlis perpisahan staff, jamuan tahunan, sambuatan hari lahir dan hari keluarga serta segala macam jenis majlis
semua kena incharge
bukan incharge sorang2 laaaa jadi salah seorang peng'ncharge' majlis
haaaaa bila planning nak buat jamuan hari raya office, memang bab hiasan serah saja laa kat aku, bisa dibereskannnn :)


tarikh yang telah dipilih sebulat suara ialah 5 september bersamaan dua hari terakhir syawal

menu telah kami tetapkan dan tugas yaya ialah menyediakan Mee Kari dan Nasi Impit
haaaaaa bab memasak untuk ramai2 yaya serahkan mak jelah untuk masakkannn
ngeeeeeeeee :)


dan sebagai tema AidilFitri, yaya telah pilih tema menu tahun ni dengan nama nama lagu raya lama :)

wakakakaakaaaaaa :)


Kambing Golek Nazam Lebaran
Mee Kari Dendang Perantau
Laksa Bila Takbir Bergema
Nasi Impit Cahaya Aidilfitri
Roti Jala Sesuci Lebaran
Lemang Seloka Hari Raya
Rendang Menjelang Hari Raya
Satay Dari Jauh Kupohon Maaf
Kuih Muih Aidilfitri
Buah buahan Air Mata Syawal









perhhhh nampak berselera kannnn
haaaaa nampak tak label2 kat atas meja tu?
kat situ laaa yaya tempek label menu
ngeeeeeeee :)






seperti biasa, white board kat atas tu yaya pinjam bff emy punya :)
candy buffet ni tak termasuk dalam list makanan langsung
ni last minit preparing
yaya masih simpan segala balang2 untuk candy masa bertunang dulu
dan machine chocolate fountain ni yaya sewa je dengan member yaya, Ms Aina 
sewa RM100, nak sewa sila rujuk beliau k disini k ;)













bagi hiasan plak
yaya beli kain plain warna pink hijau 10meter kat kedai dekat2 dengan office je
1 meter rm1.50 saje wehh
haaaaa yaya mintak laaa officemate lelaki dalam proses panjat memanjat gantung menggantung ni
gantung ala ala scallop silang menyilang warnaaa
dah tukang pilih warna suka warna pink, mintak maap laaa memang nampak warna pink je laaaaaa ngeeeeeeeeeee :)
paper lantern mmg ada lebih kat rumah masa buat majlis kahwen hari tu
paper lantern ni beli kat GM plaza rm3 sebijik
memang puas hati beb















 


















ok masa ni memang boleh melaram habis laaaaa pasal last raya kannn
pastu sambung masing masing  buat kerja
nasib dapat  tapau sepinggan kambing golek untuk hubby
kang kempunan dia tengok gambar2 dalam hp yaya


habis dahhh entry

Selamat Hari Raya dari kami warga JPPH klang 2013 :)
jumpa tahun depan ngeeeeeeeeeeee :)
muahksssss



1 comment: