Wednesday, January 15, 2014

Selamat Tahun Baru 2014.

blog e yokoso yaya ayarus


Salam semua.
Salam Tahun Baru 2014. **dah masuk pertengahan Januari 2014 pun hikhikhik
dah lebih dua bulan menyepi dari dunia blogging, ewaaahhhh macam retis pulak
selalu blogwalking je, tapi hari ni mood baru azam baru nak tulis belog pulak :)
maaf entry entry 2013 dan sebelum ini, saya mungkin tidak sama sekali mendelete kalian. anda boleh terus review membaca :)
from entry negetif to positif and from entry positif to more positif :)
aminnnnnnnnnnnnnnn






Alhamdulillah
Tahun 2014 moga lebih mematangkan, lebih positif dengan semua liku liku kehidupan dan lebih bersemangat
harap - harap bahagia akan selalu selalu datang dalam hidup kita semua. 
Syukur alhamdulillah :)
next entry nak buat review 2013 yang mana segalanya tercatat indah dalam memori :)
yelaaaaa 2013 tahun kitew kahwin :)
dan dan dan 2013 rasa dah pegi honeymoon dengan husband dah masuk 4-5 kali dahhh
seronok ada husband rupanya
berjalan berdua dua berpimpin tangan takde sapa marah
haoiyoooo dua dua dah memang kaki jalan kannnnnn
sementara tengah berdua dua ni kann *belum ada anak lagi
haaa nanti ada baby sendiri nanti confrim lagi seronok kannnn
doakan saya cepat2 dapat zuriat k 
moga2 kembar laaaaaa :)
saya doakan siapa siapa belum bertemu jodoh akan cepat2 bertemu jodoh :)
dan yang dah kahwin bertambah tambah zuriat kalian aminnnnn






okeh azam 2014, nak share seketul dua tiga :)

1. cuba memperbaiki diri sendiri. diri ini kekadang alpa sangat. cuba untuk jaga tingkah laku, perbuatan, percakapan dan pemakaian. kita ni semua manusia biasa yang tak dapat lari dari buat kesalahan asalkan mengaku dosa dan kesalahan tu memang kita lakukan. kita bukan maksum kan?
yang penting sentiasa baiki diri sendiri, tegur saya kalau saya buat salah k :)
inshaAllah kalian juga akan dapat manfaatnya. aminnnn


2. meningkatkan keikhlasan diri dalam semua hal ibadah kepada Allah swt dan hal hal berkaitan dengan urusan sesama manusia. kekadang takut bila kita ditimpa musibah, diduga, diuji Tuhan baru kita ingat Allah. baru nak buat ibadah itu ibadah ini untuk mohon Allah kabulkan doa kita. Ya Allah, aku menyesal dengan segala kesalahanku. ampuni lahh aku.
lepas ni, bila dapat hadiah dan nikmat istimewa dari Allah, lebih banyakkan ibadah tanda syukur dengan nikmat Allah kerana nikmat Allah boleh ditarik bila bila masa sahaja.
Alhamdulillah, nikmat nafas dan sihat masih diperoleh :)


3. membantu mereka yang lebih memerlukan terutama keluarga dan sanak saudara sendiri. cuba bantu mana terdaya dengan keluarga kita dahulu k :)


4. manfaatkan ilmu pengetahuan, ilmu dari penyampaian suami dan keluarga serta ilmu yang diperoleh dari majlis2 ilmu untuk kita semua. saling bertukar ilmu boleh meningkatkan ketaqwaan sesama kita dan mengeratkan silahturrahim. Hadis nabi pun ada tulis "sampaikan dariku walaupun sepotong ayat" . sharing is caring :)


5. berhemah ketika berbelanja, kurangkan pembaziran dan fokus pada perniagaan kecil-kecilan :)
memang azam baru ni nak kumpul duit lebih, untuk diri sendiri, keluarga, dan rumah baru kami :)
alhamdulillah, suami saya adalah ketua kewangan keluarga saya. beliau sangat particular dengan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan dan pembelian barangan terutama untuk rumah baru kami :)


6. memperbaiki bacaan Alquran dan fahaman. syukur masih istiqamah dalam mengaji Alquran bersama suami sejak mula berkahwin. selesai solat maghrib berjemaah sementara menunggu solat isyak, kami mengaji dan masing2 cuba perbetulkan bacaan tajwid masing2. Alhamdulliah, suami dapat mengajar saya mengaji dan perdengarkan tafsir Alquran sebaik sahaja selesai mengaji.


7. pengurusan masa yang lebih berkesan. tahun 2014, saya dah ubah waktu masuk dan balik kerja. masuk kerja lebih awal, pulang juga lebih awal. Bila pulang awal, sempat masak untuk makan malam dengan suami, sempat kemas rumah, sempat uruskan hal rumah dan keluarga. Masa kita terhad sangat sebenarnya. Bila dikira semula, dalam 24 jam satu hari, kita dah guna 9 jam untuk bekerja di office, 2 jam kita di perjalanan pergi-balik office, 6 jam masa untuk tidur, dan hanya berbaki 7 jam untuk bersama keluarga.
Maka maafaatkan 7 jam bersama suami dengan solat bersama, mengaji bersama, makan bersama, menonton tv bersama dan hal2 kerja rumah bersama :)


8. banyak lagi azam, tapi mungkin ini kita dapat kongsi. Dalam meneliti kehidupan yang penuh cabaran ini, ingat satu tujuan hidup kita sebenarnya. Kita dihidupkan adalah untuk menjadi hamba kepada Allah.
Bukan hamba kepada dunia, hamba kepada sesiapa, hamba kepada nikmat atau hamba kepada kebendaan.
Kebahagiaan bukan diukur hanya kerana banyaknya harta, mewahnya rumah dan kereta, juga bukan kerana adanya anak-anak yang cemerlang akademiknya, suami yang kacak mahupun isteri yang jelita serta kedudukan tertinggi dalam kerjaya. semua ini berupa kebahagiaan duniawi yang bersifat sementara.
Kebahagiaan duniawi ini hanya akan menjadi kebahagiaan hakiki tatkala didampingi dengan kerinduan setiap ahli keluarga akan kebahagiaan ukhrawi (akhirat).
Moga kita terus positif membaca nukilan orang lain untuk orang lain terus - terusan positif membaca nukilan kita. sama sama kita doa





Doaku hari ini,
Ya Allah, aku mohon, ampunilah dosa dosa ku, jadikah hari ku penuh dengan kemuliaan dan ketaqwaan kepada Mu, 
murahkanlah rezekiMu dan berkatilah rezeki ku, kabulkanlah setiap doaku, 
berkatilah setiap langkah suamiku dalam mencari sumber rezeki yang halal buat kami, 
bahagiakan kedua dua ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku, panjangkan usia mereka dan 
kumohon Ya Allah, jauhilah aku dari sifat riak, takbur dan menunjuk2 diatas segala pemberianmu. lindungilah diriku, keluargaku, sahabatku dan saudara seislamku. 
Amin ya rabbal alamin












Keep in touch ya :)
Assalamualaikum


- suraya ghani -








4 comments:

  1. jeles yaya dpt mengaji sama2 dengan husben.. harap nanti dapat peluang tinggal dengan husben.. huhuu

    ReplyDelete
  2. takpa takpa, nanti ada masa terluang boleh buat sesama dgn husben :)
    dapat sehelai satu muka satu hari pun takpa asalkan berterusan :)

    ReplyDelete
  3. salam tahun baru dan salam kenal..klu free jmput dtg http://sfaezah.blogspot.com/

    ReplyDelete