Wednesday, July 23, 2014

Doa Untuk MH17

blog e yokoso yaya ayarus








MashaAllah, Subhanallah

Tak tergambar perasaan bila asyik nak cuba pejam mata tengah malam hari tu, tiba tiba dikejutkan dengan berita dari sumber whatsapps dan astro awani,

Sebuah pesawat Malaysia Airlines ditembak. 



Ya Allah.

Dulu husband aku belajar dekat oversea
5 tahun dia belajar sana, pernah setahun tak balik, pernah juga setahun dua kali balik
tak pernah terfikir mengenai keselamatan pesawat, yang tahu pergi berhantar pulang berjemput
ikut time yang dia bagi tahu akan pulang, dah terpacul muka aku dekat KLIA, siap buat countdown lagi.
macam mana kalau tibe2 insan yang tersayang tak juga muncul muncul?

MashaAllah

ini laa yang asyik bermain di fikiran sejak 17/7/2014 hari tu.
aku menyelami hati dan perasaan setiap waris yang menunggu penumpang MH17, namun tak mampu
sedih sedalam-dalamnya


sahabat suami ku, rakan sekelas sejak darjah satu hingga tingkatan 3, yang juga pembantu juruterbang MH17, Firdaus Rahim.
bertalu talu wall facebook beliau sahabat mengucap takziah
Ya Allah, isterinya sedang hamil 3 bulan, usia perkahwinan setahun jagung seusia dengan perkahwinan ku
bagaimana isterinyaa mampu menghadapi segala qada dan qadar yang ditetapkan Allah
ya, ujian yang diberikan kerana seseorang itu mampu
Subhanallah


Ya Allah, permudahkan urusan mengendalikan MH17 kepada Malaysia
Tabahkanlah hati para keluarga, sahabat dan kenalan mereka
Tunjukanlah jalan mencari keadilan nahas angkara siapa  
Kau tempatkanlah para muslimin muslimat penumpang dan anak kapal MH17 di Jannah Mu Ya Allah

Aminnnnnn




No comments:

Post a Comment