Friday, September 2, 2011

. .malam raya di kampung halaman

blog e yokoso yaya ayarus


bertakbir

yaya dan keluarga selalunya akan berjemaah
mulai solat maghrib dan seterusnya isya'
dan selepas solat, amalan yang kebiasaan setiap isi rumah lakukan ialah dengan bertakbir
dan abang yaya mengetuai jemaah malam raya hari tu


orang kata
biar tangan sibuk bekerja merebus ketupat 
menyiapkan juadah
masak rendang 
memasang langsir
asalkan lidah kita sentiasa basah dengan lafaz takbir. 


takbir bagi menyatakan kesyukuran kepada Allah.


Aidilfitri bermula apabila terbenam matahari hari terakhir Ramadan (mulai waktu Maghrib) sehingga mula solat sunat hari raya.

Galakan bertakbir disebut secara jelas menerusi firman Allah yang bermaksud: "...Hendaklah kamu mencukupi bilangan puasa dan bertakbirlah (mengagungkan dan membesarkan) Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, semoga kamu bersyukur". (al-Baqarah: 185).




 heee =) sorry, gambar tak berapa nak clear sebab pakcik yaya yang tukang tangkap
guna camera digital nya =)

ok selepas ni
boleh laaaaaa 
bermain bunga apiiiiii
kan kan kan



No comments:

Post a Comment