Salam semua
Hari ni nak share cara cara nak jahit veil
huhuhhh macam pandai sangat je kann menjahit
tak pandai pon, jahit cincai cincai jer
bukan apa, dah ramai sangat tanya kat mana yaya beli veil dan tudung ni
*tade laa ramai pm sampai penuh inbox :)
nampak je mahal, orang pon tak berani nak tanya RM
haissssss cik kak officemate yaya boleh kata "tentu mahal"
kos dia yaya dah cerita disini
u ollss kalau ada masa, boleh laaaa jahit sendiri macam ni
seminggu pon siap kalo berterusan every night menjahit :)
1. Ok first sekali, UKUR veil dalam bentuk D
yaya tak pandai sangat ukur ukur potong kain ni
makanya, amek je contoh tudung radiusite ni haaaa buat ukuran D
potong agak agak je
yang panjang diameter tu (ukuran lurus tengah bulatan), ukur dari atas kepala hingga ke pinggang
untuk tudung, amek lebihan kain selepas potong veil, potong segi empat panjang :)
Untuk VEIL
yaya agak panjang diameter 1.5 meter
jejari kebawah dia 1.0 meter
untuk TUDUNG
1.0 meter x 0.5 meter
2. Lepas dah buat ukuran, POTONG mengikut contoh tudung yang ada,
yang agak2 dari kepala sampai ke pinggang.
potong lebih sikit dari contoh tudung, lebih kurang 5cm incase terpendek ke or nak tampal veil ke kan kannn
tapi jangan banyak sangat, kang tak cukup kain plak untuk tudung :)
tudung dan veil biarlah dari kain dan warna yang sama baru cantik
haaaa ikut korang laaaaa :)
tudung contoh tu dah lipat dua, tu pasal jadi half-D
senang sikit nak gunting, balance :)
3. selepas potong veil bentuk D tu, haaa kan dapat lebihan kain kan kannn?
amek LEBIHAN kain selepas potong veil tadi, potong segi empat panjang pula untuk tudung.
bentuk kain tudung tu macam bentuk selendang biasa
kemudian try pasang pada muka
haaaaa okek takkkk
ini kain lebihan veil untuk tudung yang baru selesai di potong
dan belom dijahit tepi :)
ini kain veil yang belom dijahit tepi dan belom di jahit lace
kain selesai di potong untuk veil dan tudung dan di cubakan ke wajah
tengok tangan yaya tu, lace belom dijahit,
hanya letak jarum peniti bagi lekat kat kain :)
4. kemudian, pi laa JAHIT TEPI kain tudung dan veil yang selesai di potong itu
yelaaaa kang berbulu plak dahhh
haaa jahit tepi ni kena laaa pi kedai jahit okek
tak boleh buat sendiri melainkan ada mesin jahit dirumah anda :)
yaya pi hantar kedai jahittepi dekat kawasan office je, jalan kaki lebih kurang 10 minit
sehelai charge RM2
so tudung RM2, veil RM2
suruh laaa kakak kedai tu jahit keliling veil bentuk D, dan keliling tudung bentuk petak

hehehe kedai jahit pon nak tempek gambar :)
5. then, amek lace yang dah di beli hari tu, disini
ukur dan POTONG LACE ikut ukuran diameter veil tadi
6. okek, selesai potong lace, mari kita
CANTIK kan lace dengan JAHIT MANIK pada lace
jahit manik ni, try and error jer
takde tutorial pon
yaya letak je manik besar dekat tengah tengah bunga yang ada,
manik kecik letak pada daun daun
manik kecik letak pada daun daun
haaaa ingat tau, jahit manik pada lace dulu :)
jom try and error jahit manik :)
gambar pertama
lace pilihan yang belom di jahit manik
lace pilihan yang belom di jahit manik
gambar kedua
lace yang telah di jahit manik
***** sila klik gambar untuk nampak besar sikit :)
baru laaa boleh jahit lace bermanik tadi pada kain veil kita
alaaaa, kain veil yang telah dipotong dan dijahittepi tadi :)
kebetulan malam ni kawan yaya datang tidur rumah, haaaa yaya minta laa jasa baik dia untuk sambung jahit sampai habis :)
mekasih dolce eira :)
upah tade, saya belanje makan nasi waktu majlis okek :)
oooooo satu malam je eira jahit, sampai tak sedar dah pukul 5pagi **** ohh terharu!
penolong penjahit
bahagian depan:)
jahitan biar taknampak taw bahagian depan ni :)
jelujur kan benang jahit masuk celah celah bunga atau daun daun
bahagian belakang :)
tak cantek takpa, orang tak nampak heeeee :)
8. Hahhhhh
dah SIAP jahit lace pada veil!
apa lagi mari laaa peraga :)
ceceececececece
veil kelihatan jatuh kebawah mengurai urai gituh
ok diharap entry ini dapat membantu kalian
jahit dengan penuh kasih sayang di hari bahagia korang :)
selamat mencuba
nanti part tudung yaya hapdate di kemudian hari :)
Sent from Blogger on Android
Published with Blogger-droid v2.0.3