Showing posts with label Kediaman. Show all posts
Showing posts with label Kediaman. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Proses pembelian rumah

blog e yokoso yaya ayarus



salam semua
ingat lagi tak entry yaya pasal kesukaran mencari dan membeli rumah dulu disini?
hurmmmmmm dari bulan mac sign s&p sampai la ni, masih belum settle perihal loan bank
tak taw apa yang payah sangat
tapi takpa, tak kejar sangat pun sbb sekarang kami memang tinggal berdua di sungai buloh
rumah yang kami tinggal sekarang ni milik ayahanda bonda, rumah mase kami nikah tu, tapi mak ayah tak tinggal sekali 
mak dan ayah yaya masih selesa tinggal di rumah kepong 
ayah ada beberapa rumah kat kuala lumpur selangor ni
sebelum kawen dulu yaya tinggal kat rumah ayah kat paya jaras dekat2 subang bestari 
yang tu yaya dah carikan penyewa lain :)
selepas je kawen, yaya dan hubby tinggal la berdua di rumah ayah di matang pagar ni, ulang alik kerja ke klang 
jauhhhhhhhh pun jauh laa asal kat rumah dah lengkap semua ada ngehhhh 
jauh sikit laaaa dari tempat kerja
takpa laa duit sewa boleh skip bayar, yelaa rumah mak ayah, kita bayar bil2 ok laa *ngeh3
memang sebelum kawen dulu yaya dan hubby dah discuss pasal kediaman selepas berkahwin
nanti dah kawen nak tinggal mana?, nak pakai apa semua?
sebab hubby yaya tak selesa nak menyewa, sayang duit katanya
apa lagi nak tinggal serumah dengan mak ayah
hubby yaya jenis nak privasi, nak tinggal berdua jer



*****

ok nak cerita pasal rumah baru hubby beli bulan mac lepas :)
hubby cari rumah yang dekat dengan office yaya
senang yaya nak balik awal nanti katanyaa
lepas dah jumpa rumah yang bersesuai di internet dan inspection
hubby pun apply loan 
ada dekat lebih kurang 5 bank kitorang try submit, dan macam2 benifit and feedback yang bank kasi
ada yang approve 80%, ada yang 90%, ada yang dengan mrta, ada yang interest tinggi
macam macam laaaa
dan akhirnyaaa kami pilih RHB islamic :)
kami makap harga dari harga owner jual sebenarnya :)




*beli rumah murah je ngehhh :)
ini first asset hubby, kami tak plan nak tinggal lama sini
nanti yaya dah confrim boleh pakai gomen loan ke, ada duit lebih ke
boleh beli rumah lain
in future maybe kami sewakan ke, tengoklaa macam mana
sekarang plannya kami rasmikan dulu rumah ni :)




1) offer letter dari bank, details pinjaman, dan bayaran bulanan 






2) bila pihak bank dah luluskan loan and keluarkan offer letter, pihak bank akan melantik lawyer loan dan lawyer s&p untuk prepare perihal dokumen kita
dua2 lawyer ni kita kena bayar sendiri fee dia :(
Dalam s&p ni ada la tulis perihal details rumah
kat sini, kita check laa satu2 ejaan nama ke, alamat rumah ke, no hak milik strata semua sebelum sign











3) Check jugak butiran hakmilik strata rumah kita ni. hakmilik strata ni untuk jenis apartment atau rumah bertingkat je. kalau rumah teres tu pakai hakmilik tanah :)








4) Kemudian pihak bank akan lantik panel penilai yang akan menilai rumah kita
yang ni pun part paling penting
bank akan keluarkan loan berdasarkan nilaian dari penilai yang dia lantik
yaya dah request nak penilai mana sebab yaya pun kerja penilaian, so senang laa discuss
kalau offer letter bank pinjam 90% dari RM140,000, nilaian pun kena RM140,000
kalau nilaian kurang, loan pun kena laa kurang, kang kena topup sendiri ke owner plak
haaa kira dah untung laaa. belum beli dah untung
beli murah, market sekarang dah tinggi, siap ada full report yang sahkan market dah tinggi
so valuation ialah part terakhir proses pembelian rumah












5) dan sekarang tunggu pihak lawyer settle kan semua dokumen yang telah siap dengan pihak bank
haaa part ni laaa yang kitorang duk tunggu, kekadang lawyer dah hantar dokumen utk bank keluar kan loan, time ni laaa bank reject dokumen tu sebab tak lengkap itu ini
kekadang pihak bank dah hantar dokumen utk disburse laon kat lawyer, pihak lawyer plak reject sebab tak lengkap sana sini :)
pastu pihak penilai plak, dah dia buat kerja penilaian report semua, pihak bank boleh reject plak report dia sebab ada salah alamat laa no lot laa
haissss kalau lah aku kerja dulu, rasa nak permudahkan semua urusan pinjaman orang lain
sekarang baru rasa payah :(
haaaaa tunggu jer lahh





sekian,
inshaAllah bulan ni cuci je rumah, bulan october baru masuk , 
owner asik tanya bila nak masuk, kunci dah ada tapi tak masuk2
yelaaa, nak laa masuk kalau semua settle kan
maklumlaaa tunggu duit balance dari bank sebab pinjam lebih
baru laa dapat beli perabut ke apa :)
ngeeeee :)

terima kasih semua
happy2 reading ya :)
semoga bermanfaat :)






Wednesday, June 12, 2013

L-Shape Sofas

blog e yokoso yaya ayarus



Lawa nyaaa sofa L-shafe ni
bila nak jadi kepunyaan sendiri ntah
Bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba :)
ngeeeeeeeeeeeee

last week jalan jalan pi Expo Home Deco kat stadium melawati 
maakkk aih ramai benor orang wehh
masa jalan jalan tu, ternampak laa sofa sofa ni
cuba cuba try duduk dengan hubby
perrrrrhh sedapnyaaa wehh rasaa takmo bangunn
bahagian kepala boleh adjustable
bahagian tempat duduk boleh push kedepan 
fabric kalis air kalis api 
dan ada lebih 100 lebih pilihan warna :)


heeeeeeee :) 
harga sebijik ni kalau campur gaji hubby dengan gaji yaya pun belum tentu dapat beli.
rasanyaaaaa laaa
jadi moh ler letak salah satu as a dream saja :)
gambar gambar ni yaya copy kat Vonza Gallery :)




Vonza.com.my











nampak living kita exclusive kan?
ok berhenti berangan :)




Tuesday, April 16, 2013

House Renovation :)

blog e yokoso yaya ayarus



sekarang ni kerja yaya sibuk menggugel house renovation
rumah yang aidil beli di Klang dah boleh start buat renovate :)
owner kami sangat laa baik hati walaupun belom dapat duit jual rumah, just dapat 10% je, mereka dah bagi kami masuk bila bila pun :)


haisss tunggu kawen laa masuk kannnn
now offer letter bank dah signed, so tunggu progress loan dari pihak peguam, pihak valuer, dan bank :)
kunci rumah dah boleh amekkkk :)
ceritera membeli rumah telah yaya ceritakan disini :)

nak share gambar rumah sebenarnyaa
S&P dah stamped pon 28 Mac 2013 lepas yeahhhhhhhhh
tapi nanti dulu laaaaa
bila dah siap semua renovate baru kita publish ehhhh
alaaaa macam yaya publish rumah ayahanda bonda yaya disini, dah siap renovate progress baru publish dari A to Z :)


aidil sekarang dah kemaruk fanatik tengok ceiling rumah orang cantik cantik :)
yaya pulak jatuh hati tengok kabinet dapur *orang takpandai masak mmg cenggini nak amek mood





impian plastered ceiling aidil :)


















dann





impian cabinet dapur yaya :)



















heeeeee :)
yaya tempek gambar dari sumber pakcik gugel ni hahh


sebenarnya impian impian dr gambar ni high expectation sangat :)
rumah kami nanti takde laa besar pong
muat laa untuk berdua duaan :)
heeeeeeeeeee :)
saje dream lebih lebih


hujung bulan ni boleh start renovate :)




thanks semua :)