Showing posts with label Datuk Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Datuk Siti Nurhaliza. Show all posts

Friday, February 15, 2013

bridemaids

blog e yokoso yaya ayarus




saya sedang mencari tudung satinnnn cenggini!! 
saya nak masa wedding nanti semua dayang dayang pakai tudung macam Datuk Siti ni :)


haaaaa

mana nak cari?? 
haaaa apa lagi moh ler kita cari :)














tantekkkkk kannnnn :)



Tuesday, January 15, 2013

siti nurhaliza saya dah bertudung litup

blog e yokoso yaya ayarus




waaaa sejuk mata memandang :)
syukur alhamdulillah

semoga penghijrahan ini memberi seribu rahmat buat beliau. sama sama kita doakan





happy birthday 34th
Datuk Siti Nurhaliza Taruddin :)
11011979




sumber:
beautifulnara






stay cuteeeeee mek siti :)
love u soooo much :) 
xoxo



Thursday, January 19, 2012

saya jumpa Siti Nurhaliza :)

blog e yokoso yaya ayarus




hahaha
yaya dah kepochi satu facebook dowh
datuk siti nurhaliza jumpa yaya



Opppppss sorry

yaya yang terhegeh hegeh datang one utama nak jumpa beliau okek

seronok gila kot
bertemu jodoh 
pada 17 january lepas




 


sebab ct ada buat promotion airasiaX ke sydney RM 199 kat one utama


sebelum ni jumpa artis lain takde la taksub benau
tapi bila bab jumpa SITI NuRHALIZA tak taw pasai apa
sampai satu hari satu malam duk sembang kepochi pasal jumpa dia




haaa nak tawu tak sembang apa jer


First sekali yaya tanya something yg BIarlah RAhsIa
(soalan ni dah simpan sepuloh tahun nak cakap ngn dia kalo jumpa)
Memang duduk duduk terus je tanya terus adehhh. .tak menyempat nyempat.
Pastu jawapan dia, dia senyum semanis manisnya jer. .
(senyum tanda setuju daaa)




Dialog beta dengan Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza : nama siapa?


Beta : Suraya (haaahha sila muntah hijau)


Siti Nurhaliza : Suraya (Owhh) 



haissss comelllll angattt beliau sebut nama beta!





Lepas tu CT tanya lagi


Siti Nurhaliza : kerja ke study lagi?



Pasal nak nampak muda sikit, yaya pun jawap

"study" hahahahhaha budjet malas nak jawap kerja apa bla bla bla







Bla bla bla pot pet pot

Borak kosong
Snap snap picha sampai letih nak senyum gigi
sampai gigi pon boleh mengigil nak senyum :)







Yaya ni sebenarnya duk tunggu CT ni pegang hp
Sbb yaya nak suruh dia follow tweeter yaya
(padahal tak aktif tweeter langsung)
Ingat kalo dia follow, akan bermulalah pengaktifan ku di tweeter ngehngehnehhh
Tapi tgk dia tak pegang hp pun

Terus la yaya cakap
"kak siti nanti follow tweeter saya ehh"
"yaya ayarus" (sambil menunjuk profile tweeter dekat galaxy tab)



Pastu CT cakap  ok "yaya ayarus"




Adussssss comel nya dia sebut nama yaya ayarus itu



Hmmm CT tak follow pon
Dah tawu dahhhh
Lain kali kena suruh dia buat terus thru BB dia hahahahaha



Ok thankiu all sebab sudie share happy dengan yaya ayarus
Love u u and u :-)




Sent from Blogger on Android
Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, April 8, 2011

. .corat coret ABPBH 2010. .

blog e yokoso yaya ayarus



excited!
sebab teruja bila artis kesayangan ayarus
Datuk Siti Nurhaliza undur diri dari ABPBH untuk beri peluang pada arti baru
setelah dua belas tahun kot pegang trofi tu walaupan dah kawen tetap
superb!





tapi masalahnya, kalau Datuk Siti tak tarik diri pun, memang kali ni dah confrimed2 ke Datuk Siti menang lagi?
ke memang Yuna menang pula kalau Datuk Siti tak tarik diri pun?
huhuhuhu
tak mungkin la Yuna
memang Datuk Siti menang lagi punya
huhuhuhu


ok ayarus terharu lagi
dekat seorang artis wanita ni
Irma Hasmie
dah pakai tudung selepas putus cinta dengan Nabil
Nabil pula dah kurang populariti sebab banyak kontroversi kot
walaupun Nabil digosipkan dengan seorang wanita seksi dan adegan cium
tapi Irma tak pula berlagak untuk jadi lebih sexy dari 'awek' nabil
malah lebih bertutup!




dan teruja dengan seorang lagi artis wanita
Rita Rudaini
si jelita isteri kepada pemain bola Aidil
waduhh dah lapan bulan sarat tuh!



tahniah Shahiezy SAM!!!




corat coret lagi





- ELLA bukan hanya dikerumuni peminat. Sebelum perarakan permaidani biru, artis yang berkumpul di bilik menunggu bergilir menanti untuk bergambar dengan ratu rock negara itu.

- AURA Anuar Zain masih kuat apabila kemunculan di pentas utama membawakan lagu Sedetik Lebih mendapat sorakan padu penonton. Kelihatan ramai artis wanita termasuk Linda Onn dan Kenchana Dewi berdiri sambil menyanyi.

- SHAHEIZY Sam terpinga-pinga apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular kerana ketika itu dia berada di belakang pentas ditemuramah wartawan TV.

- AKSI bersahaja Sam yang meluru ke arah ibunya, Mummy Khaty membuatkan segelintir peminat dilihat mengesat air mata kerana terharu namun situasi berubah apabila dua beranak itu naik ke pentas bersama 'wilcha' membuatkan dewan gamat dengan tawa penonton.

- IBU Sam, Mummy Khaty juga wajar dicalonkan sebagai 'Bintang Popular' malam kelmarin apabila tidak putus-putus didatangi rakan artis, wartawan dan peminat untuk memberikan ucapan tahniah.

- SUASANA di belakang dewan juga cukup padat apabila lokasi untuk temu ramah menjadi medan untuk tetamu berhimpun membuatkan keadaan agak sesak.

- KELIBAT pasangan yang kini hangat digosipkan juga dapat dilihat di belakang dewan. Siapa lagi kalau bukan Maya Karin dan Yusry Abdul Halim yang sempat berbual mesra.


- TIZ Zaqyah dilihat masih setia melayani peminatnya minum di kafe selepas acara selesai walaupun ketika itu jam sudah mencecah angka 3 pagi.

- JULIANA Evans hampir terjatuh ketika cuba menuruni tangga ke Arena of Stars, namun mujur ada yang cepat-cepat memegangnya.

- SHARIFAH Shahira hampir terjatuh di atas pentas ketika bergegas untuk mengendalikan majlis selepas mewakili Noorkhiriah mengambil trofi Artis Komedi Wanita Popular.

- KETIKA majlis berhenti rehat seketika, peluang diambil artis untuk berpusu-pusu ke tandas dan keluar merokok di luar dewan.

- MUNGKIN terkejut dengan kemenangan Ana Raffali sebagai Artis Baru Wanita Popular, penonton di arena tidak bertepuk tangan. Apa-apa pun, tahniah buat Ana.

- TIDAK disengajakan, sepit rambut yang dipakai Sharifah Shahira tersangkut di lengan baju Ratu Rock, Ella, selepas penyanyi itu membuat persembahan di atas pentas bersama Shima dan Alyah.

- SEORANG artis wanita yang turut memeriahkan acara tiba-tiba menjadi angkuh dan enggan bergambar dengan peminatnya.

- PEMINAT Fara Fauzana terdengar kata-kata Pengacara Wanita Popular itu yang mengatakan dirinya mungkin tidak akan tercalon lagi untuk kategori sama tahun depan.

- FAIZAL Tahir yang memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular mahu menghadiahkan trofi itu kepada anak keempatnya yang dilahirkan dua minggu sebelum acara kemuncak ABPBH 2010.

- BINTANG cilik, Mia Sara menangis apabila 'mamanya', Lisa Surihani, tidak diumumkan sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular namun kemudian terus memeluk Lisa apabila meraih trofi bagi kategori filem.

- RAMAI menegur bibir Shahir yang disangka mengenakan gincu, namun sebenarnya dia mengalami alahan.

- ISMAN Hijjaz sempat meminta Mia Sara beraksi untuk dirakamkan gambarnya di telefon kerana anaknya cukup meminati bintang kecil itu.

- RITA Rudaini yang diundang sebagai penyampai trofi dihantar menaiki kereta hingga ke tepi Arena of Star disebabkan sarat hamil lapan bulan.

 

 
 
 




bye everyone