Wednesday, March 14, 2012

. .copy paste

blog e yokoso yaya ayarus


Ada yang tidak dapat menyesuaikan diri, dan ada juga yang diminta menyesuaikan diri. kelebihan dan keistimewaan mula terkubur sementara, yang jelas hanyalah butir-butir kelemahan yang kian lama kian bercambah.

Percanggahan pendapat sering berlaku sehingga menyebabkan ketidakpuashatian semakin membibit  dalam hati. Persoalan dibalas dengan jawapan, dan jawapan dibalas dengan sindiran. pendapat tidak lagi dihiraukan, yang tinggal hanyalah perbalahan, tanpa ada penyelesaian, ketidaksefahaman semakin berpanjangan.

Kehidupan dalam bermasyarakat sememangnya mencabar, setiap individu memiliki karakter yang berbeza-beza. begitu juga cabarannya dalam berorganisasi. pasti tak lepas dari onak dan duri.

Teringat pula waktu persekolahan, darah muda, cepat sahaja mahu melenting. 

diusik begini terlatah, disindir begitu, kata-kata hampir tergadah. waktu berbalah dengan rakan setingkatan, darah mula menggelegak. akibat satu perkataan yang keluar dari mulutnya, saya mula menjawab dengan jawapan bertubi. semuanya hampir negatif. sifar!

“ala, kau tu pengawas “balachi”! tunduk je dengar telunjuk cikgu! BALACHI!”

balachi sememangnya sinonim bagi kami pengawas yang menjadi mata dan telinga mua’llim di asrama.  kata-kata begini, terus berdesing ke telinga. lalu mengalir dalam aliran darah, lalu mula menyirap!

“sekurang-kurangnya aku pengawas, pegang amanah dan kepercayaan cikgu. kau apa ada? buat kes je.”

perbalahan semakin menjadi, mujur sahaja saya masih dalam keadaan sedar.
tak patut kan?

sampai sekarang saya menyesali kata-kata ini. saya sedar, seharusnya Api tidak sepatutnya disiram lagi dengan minyak. lagi akan memarakkan ia.
yang diperlukan bagi memadamkan api adalah air. iaitu DIAM.
Imam Shafie Rahimahullah dengan lembutnya menutur bait-bait Syair, tentang jawapan adalah kunci kepada keburukan.

قالوا سكتَّ وقد خوصمكَ قُلتُ لهم ، إنَّ الجوابَ لِبابِ الشَّرِّ مفتاحُ

والصمتُ عن جاهل أو أحمقَ شرفٌ ، وفيه أيضا لصونِ العِرضِ إصلاحُ

mafhumnya;
“mereka telah berkata kepadaku, ‘mengapakah kau masih diam sedangkan engkau disakiti’, maka aku pun berkata kepada mereka, sesungguhnya JAWAPAN itu adalah kunci pintu KEBURUKAN. dan DIAM ke atas orang yang JAHIL dan lebih daripada itu adalah lebih MULIA, dan padanya juga dapat melindungi MARUAH diri.


subhanallah,
tidak semestinya diam bererti kita kalah, malah kita telah menang dalam mengelakkan perbalahan berpanjangan. dan, tidak semestinya sindiran perlu dibalas dengan sindiran, kemarahan perlu dimarakkan dengan kemarahan, tetapi kawallah ia dengan kesabaran.
sememangnya kesabaran itu adalah sebenar-benar sabar yang dituntut, kesabaran apabila menahan kemarahan.
lantas, jika kata-kata kesat, dibalas pula dengan kata-kata yang buruk, adakah akan selesai selepas itu?
 

satu-satunya jalan adalah dengan berdiam diri. biasalah, manusia tak akan terlepas dari kesilapan kata-kata mahupun perbuatan. apabila keadaan mulai reda, barulah mulakan perbincangan semula.
itulah seharusnya yang saya patut lakukan dahulu. namun, yang pahit juga penting dalam kehidupan, kerana yang pahit itu juga pengalaman. belajar dari pengalaman pasti akan sedikit sebanyak mendewasakan kita.

ingat,
diam tak bererti kita kalah.
dan dengan jawapan tak semestinya kita menang.
menangilah ia dengan kesabaran.

selamat beramal! :) -->


No comments:

Post a Comment