Monday, May 21, 2012

. .syukur dengan tempat kerja baru

blog e yokoso yaya ayarus

seriously yaya cakap
yaya gembira dengan pekerjaan dan jawatan sekarang
siang malam yaya minta mak ayah doakan yaya supaya hidup lebih berkat dengan pekerjaan yang lebih baik serta pendapatan yang lebih berkat
seingat yaya, yaya ditemuduga pada hujung 2010
dan sekarang awal 2012 yaya menerima surat tawaran sebagai 

Penolong Pegawai Penilaian Gred W27


masih ingat entry yaya yang lepas lepas
yaya nak share pekerjaan baru dan tempat kerja sekarang
mungkin sekarang adalah masa yang sesuai bila yaya dah hampir menyesuaikan diri disini

walaupun berkhidmat disektor swasta lebih mematangkan yaya mengenai sektor harta tanah
yaya bersyukur dapat bertukar ke sektor awam yang mana kerja lebih meringankan yaya dari segi tenaga dan perbelanjaan


yaya belajar terlalu banyak ketika di sektor swasta
hampir semua jenis rumah dah yaya nilai kan untuk peminjam perumahan
hampir seluruh lembah klang yaya dah cuba jadi perunding nilaian harta kepada panel bank
berkerja 9 pagi sampai 6 petang tak boleh skip
tak boleh keluar office sesuka hati, sarapan waktu lunch kena tepat, 
tak boleh duduk dimeja orang lain, tak boleh sentuh komputer orang lain,
serba serbi diketatkan undang undang
benar, kadang kala itu lah lebih berkat malah melatih diri supaya disiplin
tapi yaya sangat letih dihantui undang undang yang terlalu banyak sampai tak boleh yaya nak ceritakan disini
boleh dikatakan saban bulan akan keluar memo
bila ada mana mana staff buat silap sikit, naik meeting, naik la memo
walaupun yaya kadang kala dapat archive target bulanan, 
masih di hujani kerja kerja kerja
kenapa tak pernah nampak "asalkan kerja siap?"
masih tak nampak kebaikan dari keburukan kerja
nak surfing internet, nak main sms, nak pegang hp, nak borak borak, gelak kuat kuat
semua under control
keluar office untuk melawat periksa harta tanah pun sorang sorang
kalau ada sorang dua masuk untuk training bolehlah jadi peneman yaya =)
kadang kadang curik curik bawak bf keluar inspection =)
dah letih dah yaya jadi pencurik


tapi, sungguh pun kadang kala kejam company cina komunis dulu
yaya bersyukur kerana pengalaman kerja banyak yaya peroleh disitu
gaji lebih banyak dari sektor awam 
bonus pun banyak
kawan kawan pon besttttt
cumaaaaaaaaa
-
-
-
-

ok yaya dah resign 


dan syukur yaya dapat better offer tepat pada masa nyaaaa
selamat tinggal VPC Alliance PJ Sdn Bhd

yaya now bekerja di Jalan MeruKLANG
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Klang
Kementerian Kewangan Malaysia
First Tower (Menara CIMB), Level 7
Jalan Meru, Klang

kepada penjawat awam sekalian
yang nak beli rumah guna pinjaman kerajaan
bolehlah berunding dengan penilai suraya terlebih dahulu
kat sini signiture yaya laku =)
cuma ada la rate dia setakat mana boleh signed
lagi satu yaya sekarang kak long kawasan Sabak Bernam
heheeeeeeee =)
taklaaaa, dulu kerja swasta yaya pegang area Sungai Buloh, Kepong, dan sekitarnya
now dah kerja klang, pegang kawasan daerah klang la yep

pada mulanya yaya kena posting di Negeri Sembilan
nak menangis pun ada =)
tanya ramai dah kawan kawan yang kerja dengan kerajaan boleh tukar tempat atau tak
ada yang kata boleh, ada yang kata kena buat surat, ada yang kata tak boleh, 
kena keja keja dulu, ada yang kata dah kawen baru boleh senang tukar, macam macam
sampai la yaya cuba nasib buat surat pemohonan tukar sebelum lapor diri
akhirnya pemohonan yaya untuk ditempatkan di Klang diluluskan
dan automatik nya surat perlantikan di negeri sembilan terbatal

kebetulan
aidil mula kerja 16.4.2012
jarak tempat kerja dia dan tempat kerja yaya ada la lebih kurang 40minit =)
heeeee =)
teluk panglima garang, BANTING
bersyukur untuk kali kedua kerana yaya dapat kerja disini, dekat dengan dia =)


cuma tempat kerja aidil tu agak stress sikit
so tak boleh la keluar lunch suka suka
dia ada cafe dia sendiri yang orang luar tak boleh masuk, dan staff dia kena punctual masuk semula
maklumlah kilang jepon
jepun lagi dasyat la stresss dia serupa lagi teruk dari cina komunis yaya
tapi takpe sebab gaji dia berbaloi baloi
insurans semua cover
nak kawen pon dapat cuti kawen dan duit kawen
nak beli rumah pon interest boleh company caver sikit =)
okek lepas ni tengah survey rumah idaman di kawasan klang ajer =)
walaupun area nampak macam second class, huhuh kos living boleh tahan murah =)
so malam boleh berjumpa =)

terima kasih semua sebab sudi baca =)
yaya tersangat suka update cerita mengenai kerja =)

bye semua =)



1 comment:

  1. yaya awk ada contoh surat permohonan pertukaran sblm lapor diri tu,klu ada sy nak tgk...

    ReplyDelete