blog e yokoso
yaya ayarus
#copy Paste
Tiba-tiba masuk mode pertunangan pulak
kan sekarang ni? Hurmmmm...ramai yang musykil, kenapa perlu dirahsikan
pertunangan? Bukan ke kena bagitau orang ramai yang kita da bertunang
supaya nanti takde lelaki lain masuk meminang?
Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa pertunangan itu sebaik-baiknya dirahsiakan...
Kalo direnung betul-betul, kamu-kamu
akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang
masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang
masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang
sah.
Pertunangan masih berisiko
kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di
tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin
yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.
Antara kelebihan merahsiakan
pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan
kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta
pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri (sumber: Ummi Mona)
Dalam kes kita takut ada lelaki
lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan,
automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain.
Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi
tunangan orang lain...
Sebenarnya da ramai di kalangan
senior saya mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat
dengan tarikh perkahwinan, barulah mereka mengkhabarkan kepada orang
ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis
pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat.
Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu...qada' dan qadar Allah...hanya
Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu...
Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai. Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah
atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan
disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin.
Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat
menantu baru. .
No comments:
Post a Comment