Majlis
Berbuka puasa
Tarikh
3 Ogos 2012
Lokasi
Home sweet Home yaya ayarus
Paya Jaras Hilir, Sg Buloh
Tetamu Iftar
Yaya
Nadia
Emy
Atie
Adam
Bayu
Aidil
Si kecil Damiot
Menu Masakan
Masak Lemak Udang
Sambal Tumis Ikan Bilis dan Kentang
Kangkung Belacan
Ayam Goreng Kunyit #paklah
Telur Dadar
Air Bandung Soda Gembira
Kuih Muih di Bazaar
Kurma
Malam rabu 1 Ogos 2012 dua hari sebelum majlis
Aidil teman yaya ke pasar kat klang
Lepas kami balik kerja, lepas berbuka bersama, lepas solat magrib bersama
di rumah nenek di klang
Terus yaya senarai kan kat dia lauk pauk yang akan dimasak
Aidil dengan yaya sama jer
Dua dua tak kenal jenis sayuran dan jenis ikan
Masa tunggu ayam segera dipotong 16
Yaya dan aidil berjalan2 tengok barang basah di pasar
Comel sangat ok aidil pegang bakul sepanjang kami di pasar tuh
Gambar takde laa kang over plak
Yang kelakar nya yaya cuma ada rm30 dlm wallet dan aidil cuma ada rm20 dlm kocek
Wakkakaka
Kitorang budjet budjet gila membeli
- Beli ayam cari yg kecik2 supaya bila timbang ringgan sikit
- Beli udang sampai kira kira kuantiti 3 per pax
- Ikan bilis beli dua tiga jemput je cukup untuk 2 hidangan lauk
Dan semua lain lain dalam kuantiti yg sederhana
Akhirnya cukup
Tahniah yaya dan aidil sebab buat kali pertama kalinya,
pandai beli barang basah di pasar :)
Pada hari majlis,
yaya pulang lewat dari tempat kerja
Sampai di rumah, emy dah sampai dulu rumah yaya
Nasib ada housemate yaya, buleh dia buka pintu rumah
Housemate yaya tak join sekali majlis kami sbb nak buka dgn bf dia
housemate yaya sempat masak nasi sbb takut kami semua pulang lewat
Bila emy dah solat asar
Yaya bentang tikar kat dapur dan turun kan semua bahan2 masak
Pastu yaya tengok rumah macam berselerak
Yaya pun kemas laju laju cincai cincai
Yela ada orang nak datang
Lelaki pon datang juga
dah habis kemas, yaya keluarkan semua pinggan mangkuk cawan sudu dalam almari dan basuh sambil lalu
Kemudian yaya letak atas meja sbb nanti nak lap
Pastu yaya bentang tikar diruang tamu pula sbb nanti akan makan kat ruang tamu je
Acara masak memasak berlangsung sehingga la azan magrib berkumandang
Kami berbuka makan kurma dulu
Lepas semua selesai solat magrib
Kami hidangkan juadah masak masak kami
Masak lemak udang dari air tangan aimi liyana
Sambal tumis ikan bilis dan kentang dari air tangan Atie Olliey
Kangkung goreng belacan dari air tangan Nadia
Ayam goreng kunyit #Paklah dari air tangan Atie juga
Bandung Soda Gembira dari Adam, hubby nadia
Walaupun berbuka selepas solat magrib
Tak sempat masak laju laju
Semua pun sampai rumah yaya 630 selepas pulang kerja
Pukul9 baru selesai makan
kita layan gambar je ehh
nak upload gambar memasak
kang banyak sangat
resipi satu satu kang jadi panjang berjelar jelar
so upload gambar makan makan jer ehh :)
Alhamdulillah tertunai salah satu sunnah nabi
"memberi makan kepada orang yang berpuasa"
terima kasih semua
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment