Monday, October 22, 2012

. .ceritera menjadi si Darah Manis :)

blog e yokoso yaya ayarus

Alhamdulillah
Majlis telahpun berjalan dengan lancar Sabtu semalam
20.10.2012

Syukur jugak sebab hari tak hujan ketika majlis langsung :)
Tuhan mendengar Doa kami especially doa emak yaya
Seminggu sebelum majlis, yaya dah kira kira siap tengok weather application thru samsung :(


Isnin - Hujan
Selasa - Hujan
Rabu - Hujan Kilat
Khamis - Hujan
Jumaat - Hujan Lebat
Sabtu - ??
Ahad - Hujan 

Haisssss
Cukup takut nak tengok RAMALAN cuaca hari Sabtu masa tu
Hanya mampu berdoa je semoga hujan tak turun dan majlis berjalan lancar :)


dan
Alhamdulillah, majlis berjalan begitu baik. Semuanya.
Dari pagi hingga ke malam 
Dari si lelaki a.k.a bakal tunang (time tu laaa) call yaya dalam pukul 1130 pagi, 
just update rombongan keluarga beliau dah bergerak dan hampir sampai ke rumah keluarga yaya :)
Sampailahh keluarga beliau berangkat pulang :)
cuma kondisi jalan raya tidak begitu baik sebab kawasan rumah yaya ada pembinaan nak buat help university :(


Terima Kasih banyak kepada seluruh keluarga besar yaya ayarus yang terlalu banyak membantu menyediakan majlis ini
Almaklum laaa, keluarga yaya ni especially emak laa, kalo nak buat makan makan, bukan buat satu dua lauk je, memang memasak kasi tetamu makan sampai puas walaupun majlis kecil macam merisik dulu disini.


Apa apapun Majlis Pertunangan ni tak lah kita jemput semua dan maklumkan kepada ramai
Jemput keluarga dan kenalan rapat jer ;)
Rakan rakan yang tidak dijemput pun takdelah rasa kecil hati tak dijemput sebab faham hanya majlis pertunangan 
Iyelaaa facebook dan twitter dah berleluasa gambar yaya di tagged walau sekeping gambar pun yaya belom hapload kecuali di instagram :)





yaya sangat bersetuju dengan kata kata ini dari fb Rabiatul Najua 




"Pertunangan adalah satu perkara yang sangat rapuh " 
- Diana Amir





Doakan ikatan ini sampai ke jinjang pelamin ok :)
Meh tempek sikit gambar dari camera Atie ;)










Bff atie pun selamat melangsungkan pertunangan seminggu sebelum yaya
doakan kami berempat selamat sampai ke jinjang pelamin :)

Thanks uolls



No comments:

Post a Comment