Tuesday, December 18, 2012

. .Alhamdulillah, rezeki nak kahwen agaknya??

blog e yokoso yaya ayarus



Ya Allah! Wahai Tuhan Yang Maha Kaya! Wahai Tuhan Yang Maha Terpuji! 



“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.” -Doa Nabi Musa-

Hujan yang turun melimpahkan rahmat. 
Makanan yang baik dan halal membawa berkat. 
Perniagaan yang maju mengurniakan nikmat. 
Zuriat yang baik mendoakan kebahagiaan di akhirat.



*****



Syukur. Gembira. Excited. Teruja. Syukur
Alhamdulillah
Tuhan kabulkan doa 
rezeki dari Allah dari pelbagai sudut
Kerja. Gaji. Kereta. Rumah. Pakaian. Kelengkapan. Nafas
Cukup walaupun tak semewah mana

berhajat mengejar cinta halal
sebuah majlis perkahwinan yang cukup sederhana
mahar yang rendah mengikut kemampuan diri
menolak mohon bebanan hutang dari pelbagai sumber kewangan
menepis pinjam wang orang
lebih lebih lagi jika terpaksa menyusahkan wang orang tua


Ya Allah kami berhajat untuk tidak mahu membebankan orang tua kami
cukup lah dengan hasil yang dikumpulkan sendiri
jika sedikit hasilnya, maka sedikit lah keluarnya
kami mohon rezeki dari Mu. Rezeki yang penuh berkat.



*****



rezeki menjual kain hasil tangkapan ke bandung mencurah curah
tak sampai setengahari
terjual kesemua :)
untung untung dapat ke bandung lagi next year
dapat buat jualan kain yang mungkin susah nak cari di malaysia :)


thanks semua pembeli tercinta
budi mu Tuhan saja yang balas
doa murah rezeki kalian, kudoakan kembali rezeki kalian juga dimurahkan :)


mari panjatkan rasa syukur
semoga rezeki yang diterima, membawa keberkatan di hari majlis kelak :)



*****





Note : 
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." 
(At-Thalaq: 3)





No comments:

Post a Comment