Monday, August 15, 2011

. .rindu di bumi sakura

blog e yokoso yaya ayarus



yela incik japang sekarang dah tahun akhir di universiti of Fukui




apa yang busy sangat incik japang tuh woiii



1. aidil busy dengan presentation dia, tiap tiap minggu ada presentation, ada lab, walaupun paper tahun akhir dia hanya 2 paper


2. aidil busy dengan research dia, sebab dulu masa nak pilih research apa, aidil dah pilih nak sensei yang best dari pilih apa yang dia minat, sebab senang nak rujuk bertanya kalau tak paham, aidil bukan paham sangat research nak buat dalam bahasa jepun
tapi sekarang kena bekerja keras sebab walaupun dah dapat sensei best, tapi research yang dia buat sekarang ni susah nak paham sebab tak berapa minat
*sensei = cikgu


3. aidil busy dengan baito; seminggu ada tiga empat kali. .aidil kena kumpul duit banyak sebelum balik malaysia. .untuk kos pindah barang, kos repair rumah, konvokesyen, tax bawa balik kereta, dll. .tapi gaji baito dia kalo fulltime dah sama level dengan gaji engineer level degree kat sini
*baito = kerja (part time)


4. bulan ramadhan. disebabkan pelajar pelajar islam di Fukui tak ramai, maka aidil perlu ada inisiatif untuk memeriahkan terawih kat tempat dia. .
*tahfiz dari malaysia datang tempat dia mengetuai jemaah


5. interview kerja. yang ini paling super busy sebab dekat jepun waktu tahun akhir lagi banyak syarikat dari malaysia datang nak tawarkan kerja. nanti bile dah siap konvo, terus je kerja kalau ada rezeki laa. sebab tu kat jepun tak berapa nak ada masalah penggangguran
*aidil nak kerja di sekita Kuala Lumpur dan Selangor. yeahh


yaya dah minta aidil menulis di draft blog yaya perjalanan dia sepanjang pergi interview
baru separuh penulisan nampak nya


ok paham




yaya rindu bumi sakura sebenarnya
tempat yang paling yaya rindu sekali bile aidil bawak masuk universiti dia
waa berpeluang juga yaya masuk universiti dekat oversea




waktu ni dah hari keempat yaya berada di sekitar bandar Fukui
yaya sempat makan makan dekat cafe dia
masa ni bukan bulan puasa laa
waaaa manyak student perempuan jepun seksi seksi dowh
cuci mata weyhh





kat sana kenderaan utama ialah basikal
seronok tengok banyak basikal duk parking berderet
dekat UTM, UiTM ada banyak basikal?
berlumba lumba bawak kete baru adalah
itu pasal la jammed teruk

waaaa kat jepun kereta murah pun diorang low profile jugak naik basikal
=)


hah okek
mari la melihat gambar gambar candid yaya mengandid by aidil

 ini kanji jepun dia tulis nama universiti



waa penat juga mangayuh basikal tua aidil nih
agak nya bila la last yaya duk mengayuh basikal
boleh berpeluh sejuk sejuk nih
padahal 2 km pon tak sampai
hee =)



 okek posing sikit



ini map kalau kalau tersesat
ingat map masa kat UTM kl dulu dulu
macam sama besar jer
haisss 



bangunan tinggi tuh la kot kelas aidil
hahah tak silap tuh la bangunan tertinggi setakat ni dekat bandar fukui
gila ke nak buat tinggi tinggi lagi kat bumi bergempa nih




okek dah 



mencari cari jalan pulang ke rumah
setelah diberi direction pulang ke rumah secara ringkas
pulang sementara menunggu aidil habis lab dia
aidil cakap foreigner tak boleh lama lama dalam universiti
nanti pak guard tahan yaya nak cakap apa?
aidil cakap nanti ondaway balik kalau ada orang tahan terus je cakap bahasa melayu
nanti orang jeoun buat tak tahu je la sebab tak paham 

aidil suruh balik sendiri je naik basikal dia
sebab dia dah lambat nak pegi lab duk teman yaya pusing pusing 






waaaa ada mcd
tapi tak boleh makan
tak halal =(

okek lepas ni program mengemas kemas bilik aidil
hope dia balik lab nanti tengok bilik, 
barang barang, buku buku, gambar gambar, baju baju, kasut kasut, 
segala macam dekstop, laptop, pc printer scanner dah tersusun
yeahhh =)

nantikan entry seterusnya 
by ms suraya


No comments:

Post a Comment