isnin
yaya cuti sempena nak menyiapkan segala macam thesis dan kerja sekolah
memandangkan selasa cuti public holiday sempena Birthday Sultan Selangor
rasa rugi pulak tak ambil cuti isnin
terus yaya apply cuti, bukan isnin sahaja, tapi sampai rabu
Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu
*lima hari terus cuti
sepanjang lima hari
memang pagi petang siang malam ada dengan dia
dan sepanjang lima hari ni jugak
dia kurang sihat
batuk tak henti henti
asyik rasa penat
asyik rasa tak sedap badan
untuk pengetahuan semua, sejak dari beliau pulang ke malaysia lagi
batuk kering tak pernah henti
dia temani yaya makan malam di klang
katanya baru lepas ke klinik jumpa doktor
masuk ni dah 2 3 kali pi klinik jumpa doktor
tapi doktor kali ni nak tahan beliau masuk wad sebab nampak sangat teruk
Ya Allah
rasa nak gugur jantung bila dengar dia call masa tu
takkan batuk kering lebih dari 2 minggu
boleh kena tahan wad?
memandangkan beliau kurang selesa untuk tinggal di wad
selasa dan rabu doktor telah pon beri mc
rabu
appointment dengan doktor pakar untuk kenalpasti apa sebenarnya yang ada dalam tubuh dia
Ya Allah
kumohon Kau sembuhkanlah dia dari segala macam penyakit
dah tak sanggup nak tengok dia hari hari terbatuk kering
harap apa yang pernah terlintas di fikiran tidak berlaku
doakan semua yang baik baik
Rabu ini.
*****
Tibi – “Batuk Kering”Adalah penyakit yang disebabkan eleh sejenis kuman, dinamakan kuman tibi. Kuman tibi biasanya menyerang paru-paru. Kuman ini juga menyerang lain-lain bahagian badan seperti tulang, sendi tulang, buah pinggang dan lain-lain. Penyakit tibi yang tidak dirawat akan membawa maut.
Mengesan Penyakit Tibi
Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman tibi.
Cara Jangkitan Tibi" pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi
Penyakit tibi adalah "jenis" penyakit sebaran udara". Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melaluiudara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin.
Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkitipenyakit tibi.
Tanda dan Gejala Penyakit Tibi
Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah
Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan
Hilang selera makan
Mengalami penurunan berat badan
Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam
Sumber

No comments:
Post a Comment