Tuesday, April 23, 2013

Selamat Bersalin :)

blog e yokoso yaya ayarus



Happy sangat
rata rata kawan kawan batch yaya ni hah umur 20an semua dah mula berkahwin kahwin dan menimang nimang cahaya mata :)
saat yaya mula edar kad kahwin last week, ramai yang balas sedang berkemungkinan berpantang dan menunggu hari untuk bersalin
date yaya tak ong laaa!
tak kurang hebat ramai yang dah mula bunting pelamin dan berbadan dua tatkala menyatakan kesudian hadir walimatulurus wedding yaya nanti :)


tak silap ada lebih 20 orang kot?
erkk ke lebih?




haaaaa ok ok satu satu
yaya harapkan kepada yang bersalin tepat kena pada majlis yaya, dan tak dapat hadir majlis yaya, semoga selamat semuanya kedua ibu dan bayi
yaya sibuk countdown kahwin, ibu ibu sibuk countdown nak bersalin


*****

Nadia, 
Salah seorang bestfriend yaya yang akan bersalin bila bila masa dr sekarang
hari hari bercerita di facebook dia
Sakit + muntah +  lapar + letih + neves macam macam laahhh
Sampai entry dia ada tulis nak berjalan 5 tapak pon tak larat dahh
haissss kesian nya la hai :)
maka nadia confirm tak dapat hadir kerana berpantang :)
selamat bersalin sayang :)



*****

Ann
Bestfriend yaya jugak!
Tak pernah langsung bercerita pasal mengandung ke, letih ke, sakit sana sini,
Buat kehidupan seperti biasa je pulak :)
Kadang kadang kitew yang sibuk tanya, excited nak tengok gambar tekini bagai :)
Caya laaaa ann :) Suprize sungguh :)
Ann confirm datang wedding yaya sebab due date dia July, InshaAllah


*****

Wani, offiemate yaya :)
Due date beliau tepat 17 Mei 2013
Sama tarikh majlis pernikahan yaya :)
hari hari yaya dan wani akan countdown sama tatkala berselisih, tak kira di surau ka, di bilik boss ka, berselisih di toilet sekali pun :)
mesti wani tanya yaya "ya, berapa hari lagi?' erk 30 hari lagi
"waaa neves nyaaa"
*sama sama laa neves yep :)
Wani confirm tak mai, thats why boleh tunjuk semua gambar baju nikah dan sanding kat dia sorang :)


*****

Anis
satu jabatan yaya JPPH Shah Alam
due date dia bulan July jugak, 
inshaAllah sempat mai sbb bulan Mei tu kami sama sama ada kursus jabatan :)
mana taw baby mengidam nasik minyak aunty yaya kannnnn :)



*****

Aisyah, officemate yaya JPPH Klang
due date dia masa raya, wakakakakaaaa
puasa agak agak tak penuh lew tuw kalau tak tahan 
aisyah cakap inshaAllah kalau sehat nak mai :)
sebab bulan mei baru 6 bulan mengandung :)

*****

Nana, ex universiti (UTMKL)
tak silap yaya due date dia bulan 6
nana ni bunting pelamin
haaaaa kena share share laaaa wakakakakaka
harap harap bulan Mei saat menunggu hari bersalin, sempat laa mai makan nasi minyak yaya
kalau dah tak larat, doakan majlis yaya berjalan baik k :)


*****

Kak Anum
Isteri kepada kawan Aidil yang sama sama belajar Jepun
Hari hari boleh tahu cerita dari belog kak anum disini 
tade pung pang pung pang di fb pong
kak anum cakap confrim tak dapat mai kenduri yaya pasal mayb tengah berpantang :)
sebab due dia bulan April :)
yaya doakan anak pertama kak anum lahir menjadi anak yg soleh solehan ya :)


*****

Ain
isteri Sharil, both sama sama belajar jepun dengan Aidil
inshaAllah bersalin hari raya nanti
sampai melaka kami datang rumah mereka untuk jemput datang kenduri
insha ALLah mereka mai :)
maka perut dah besar laaa Mei nanti :)


*****

Kak Has
Isteri kepada abam Officemate yaya
En Saiful Fahmi
ok, dah selamat bersalin pon 21 April, baby girl ok  :)
selamat berpantang :)


*****

Kakak ipar yaya :)
kak ja, sedang preggy baby kedua selepas Aisyah Nuha
now sedang mabuk mabuk alah teruk di rumah
mak mertua jaga aka mak yaya laaa :)


*****
Kakak ipar aidil :)
aka bakal biras yaya, preggy anak kedua selepas Azib Lutfan :)
merangkap bakal cucu kedua keluarga besar Aidil 
tahniah kakak, dah lamaa kak lea nak baby kedua kannn :)
hari tu pernah keguguran


ini semua baby 2013 :)





Tak kurang hebat yang baru nak preegy
Excited share segala segala tentang kandungan anak sulung masing masing di laman sosial
Sakit Letih Lapar semua laaaa hari hari update
tengok muka pon dah tembam :)


*****

Has
kawan sepermainan waktu kecil kecil
kahwin bulan January tahun ni, bunting pelamin ok!
Tahniah tahniah tahniah :)









dan yaya turut mendoakan
kepada kawan kawan yaya yang masih belom ada rezeki anak 
bukan niat yaya nak menambah kelukaan di hati
rezeki itu milik Allah
yaya pasti walau kalian masih boleh tersenyum saat mereka yang lain share tentang kehamilan, 
dihati anda hanya Allah yang tahu
sampai laaa ada satu post yang yaya tak boleh share siapa gerangan nya
sedih simpati yaya baca 
sampai beliau stresss ramai sangat tanya "dah ada isi ke? dah ada baby ke?"
ayat yang paling menyentuh yaya "percayalah, semua orang yang berkahwin, pasti inginkan zuriatnya"
jadi kalau belum ada tu, maka belum rezeki laaa, 
jangan laaa asik tanya k :)


tapi iyelaaaa kadang kadang kita tak perasan kannnnnnn
kita tanya tanda kita macam ekcited nak tahu
insha Allah sama sama kita doakan pasangan yang berkahwin akan menerima rezeki yang Allah tetapkan
maka, letakkan diri kita ditempat orang lain
kalau kita boleh share, kita share, kalau ada bende kita patut tak payah share, kita jangan share 
takut ada yang terluka sedih pilu
memang ramai kawan kawan yang berkahwin masih belum ada rezeki anak :)
kalau baca status mereka, iyelaaa Tuhan yang tahu betapa mereka memang menginginkan anak
tak kurang juga ada yang cool saje :)
honeymoon saja sepanjang masa dengan hubby mereka :)
tapi kita tak tahu hati masing masing kannnn 


InshaAllah, rezeki manusia kan lain lain :)
Mari laaaa sama sama doakan 



yaya disini,
sentiasa mendoakan kesayangan pujaan yaya
Datuk Siti Nurhaliza Taruddin
cepat cepat dapat zuriat dapat baby murah rezeki :)

i love u Siti :)



cecececececececeeeee
* Tetibe

ehh betul sungguh
yaya dah lama doakan Siti dapat baby jugak tahun ni InshaAllah




ok bai semua :)
haaaaa berbalik pada tajuk, Selamat Bersalin, Selamat Berpantang, Selamat Semuanya :)
*ramai lagi sebenarnya tapi lupa dahh


6 comments:

  1. Pasti turn yaya pulak. Hehe. Betul tu. Kdg2 stress bila org tanyaaa. Tp. Nak wat caner. Belum rezeki.

    ReplyDelete
  2. sabar2. yaya pun tengah bersedia fizikal mental hadapi hari mendatang. inshaAllah, rezeki dah tetapkan. bersangka baik saja dengan Allah :)
    nina baru 5 months kawen kann? ada masa lagi heeeeee :)

    ReplyDelete
  3. sy pun masih menunggu..mudah mudahan ada rezekinya...:)

    ReplyDelete
  4. Thanks yaya :) due bulan 5..8/5..tapi tatau la kalau baby nak kuar awal.iktkan dh bole dh kalau die nak kuar ni.hehee..selamat pengantin baruuuu :)

    ReplyDelete
  5. ohohhhhho kak anum :) yaya salah date due ler yep. sbb hari tu abg ucop ckp time weds yaya kak anum mungkin tgh pantang so yaya budjet bersalin hujung april :)
    heeeeeee 8/5 due date sekali bersalin time mengundi :) jgn nama baby PRU dah laaaa :)

    ReplyDelete
  6. kak farah :) banyak doa k. ramai kawan yaya tade rezeki tapi kita bersangka baik dengan tuhan. yaya pun belum tahu ada rezeki la kak :) tape tape kak farah honeymoon puas puas noe :)

    ReplyDelete