Thursday, July 11, 2013

Juadah berbuka :)

blog e yokoso yaya ayarus



Salam
menu berbuka semalam sangat simple, 
malu rasanya nak ambil gambar juadah berbuka semalam tapi bila dapat berbuka bersama suami tersayang terasa ia begitu sempurna :)
selepas doa dan bismillah dimulakan dengan buah kurma 
itu pun buah kurma office yang bagi :)
sahur pagi tadi sebenarnya lebih meriah dari juadah berbuka semalam
tapi tak teringat ambil gambar menu waktu sahur sebab waktu sahur mata mamai mamai
tak berapa gagah nak ambil handphone disamping tengah marah pada handphone sebab berdering bunyi alarm pagi :)
anyway, selamat menjalani ibadah puasa, berbukalah dengan makanan yang baik baik
kerana sesiapa yang makan makanan halal, cerahlah fahaman agamanya dan tidak tertutup doanya kepada Allah :)




“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan...

Surah al-Baqarah ayat 168
 



Amin

2 comments:

  1. selamat berpuasa :) ceceeeee lagi 5 bulan nak kawen, tahun depan boleh gather buka puasa dengan husband ngeeee :)

    ReplyDelete