Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan :)

blog e yokoso yaya ayarus




Salam

bulan ramadhan hampir ke penghujung nya
kejap je dah sepuluh malam terakhir kannnn
gugel gugel baca pasal ramadhan 
terjumpa artikel ni
best jugak share share :)


moh ler baca :)


kesalahan-kesalahan paling tip top ketika Bulan Ramadhan :)



Tidak sahur.
Puasa bagi org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. 
Sahur la walau dengan segelas air kosong. 


Sahur terlalu awal.
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. 
Itu bukan sahur, itu supper. 


Terlebih tidur.
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah
Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.


Berbuka secara buffet sampai buncit.
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. 
Tarawih pun tuang!


Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.


Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. 
Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal


Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr.
Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!


Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!


Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
Bulan Ramadhan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. 
Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.


Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.



Mari sama sama kejar mencari Laylatul Qadar ya sahabat :)
Muahks

5 comments:

  1. Salam ramadhan & selamat berbuka yaya :)

    ReplyDelete
  2. Happy Ramadhan Kak Anum :) tahun ni kak anum beraya bertiga ye
    yeahhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. yaya, takat ni kite hari2 sahur, x membazir di bazar.. mkn berpada.. shopping raya pon xlg.. mungkin sbb semua duit dah jd budget kawen..huhu

    ReplyDelete
  4. huhhhh ramai kawan kite yang nak kawen after raya semua tak beraya sangat. pengapit yaya pon nak kawen, shopping raya pon tak :)

    ngeeeeeee sama lah kita, hari2 sahur. selamat bersahur taw, lagi 7kali je nak sahur :)

    ReplyDelete
  5. Kesilapan ketara yaya ialah terlebih tidur. Haisssssss

    ReplyDelete