Tuesday, March 1, 2011

. .melawat embassy of japan

blog e yokoso yaya ayarus


pukul 330ptg dah pun sampai embassy
dekat persiaran stonor, jalan tun razak
masuk embassy je dah terasa macam dekat jepun
sebab ade orang2 jepun
notice2 board pun tulis jepun
tv dia pun duk cerita jepun
maka nya




tunggu giliran untuk menghantar pasport
sambil menunggu
sempat berkenalan dengan seorang gadis peramah

katanya;

gadis :tumpang tanya, awak nak pegi jepun ke?

yaya: ha ah, baru nak submit visa
awak buat ape kat sini, nak submit visa gi jepun jugak eh

gadis : saya memang nak submit jugak tapi saya tak bawak apa2 dokumen pun
datang sini sebab nak tanya2 dulu je
flight dh booking dah, takut pulak

yaya : la napa tak bawak?
submit je hari ni kan senang
3 hari siap dah
awak pegi bila?

gadis : 3 april, awak?

yaya : la, saya pegi 24 march sampai 3 april
saya dah balik awak baru sampai
silap2 kita jumpa kat sana je

gadis : heheh takpa la nanti kita share2 la cerita

yya : ok la no saya dah kena panggil
jumpa lagi ehh

huhuh lepas sumbit, abang kaunter tuh nasib baik la melayu
senang nak speaking


*****



yaya : encik, selalu nye visa senang approve tak

encik : depands la dik, selalu kita tgk latest saving, nak tengok seseorang tuh mampu atau tak sara hidup disana, selalu nye 6k keatas, should be no problem.
ok ni receipt, nanti boleh collect visa on da date or after. jangan collect sebelum.
anything document tak cukup atau reject, kita akan call sebelum tarikh u collect

yaya : ok tangkiu encik






ting tong
no orang lain pulak
haiss sekejap benor dia servis aku

ehh jap nak jumpe si gadis peramah tadi

yaya : eh, nama ape eh

gadis : hana, ni nama siapa ehh

yaya : suraya. eh nak no hp, anything boleh keep calling heheh
eh eh ala
*sambil tercari2 hp

gadis : ala ala hp kan tak boleh bawak.
ok tulis je la. nanti sy mesej awak eh
bye


yeahh
visa dah submit
harap2 lepas
yela tiket flight dah beli
rugi pula kalo visa tak lepas

doakan ayarus ye


*****



kepada sesiapa yg baru pertama kali nak pergi jepun buat visa
meh ayarus bg tips2 dia


1. frist sekali mesti bawa pasport
sebab original pasport paling penting, document tak bawak takpe lagi, boleh submit hari lain






2. lengkapkan visa application form dengan lengkap siap dengan gamabr berukuran 4.5cm X 4.5cm with white background
then, kena ade alamat tempat tinggal di jepun
kalau ayarus, letak alamat universiti aidil sebab nak tinggal dengan pelajar2 malaysia kat sana







3. lengkapkan aktiviti2 harian anda di jepun. yang ni wat simple2 aja, yang ayarus punya aidil dah isi dah
so ayarus dah tahu aidil nak bawak ayarus pi mana kat sana. no suprize2 huhuh





4. latest saving
ala bagi je ASB, embassy cakap 6k keatas no problem. tak tahu napa motif nak latest saving, konon nya nak tgk seseorang tuh ada aset atau tidak, sebab kos kat sana tinggi . .tapi takut2 silap hari bulan tanak pulang ke malaysia sebab keja disana gaji masyuk





5. certificate dari emplyment
boss ayarus siap tulis ' all expenses  for the trip will borne by Ms Suraya'
fuhh takut emloyment kena taja la tuh heheh
memain2 je boss, boss dah luluskan kira cukup baik sudah





6. letter of guarantee





ok daa
3 march dah boleh collect visa
harap takde masalah
kalau tak boleh menangis air mata darah tak dapat pegi sana
huhuh

bye everyone!



No comments:

Post a Comment