Friday, April 8, 2011

. .corat coret ABPBH 2010. .

blog e yokoso yaya ayarus



excited!
sebab teruja bila artis kesayangan ayarus
Datuk Siti Nurhaliza undur diri dari ABPBH untuk beri peluang pada arti baru
setelah dua belas tahun kot pegang trofi tu walaupan dah kawen tetap
superb!





tapi masalahnya, kalau Datuk Siti tak tarik diri pun, memang kali ni dah confrimed2 ke Datuk Siti menang lagi?
ke memang Yuna menang pula kalau Datuk Siti tak tarik diri pun?
huhuhuhu
tak mungkin la Yuna
memang Datuk Siti menang lagi punya
huhuhuhu


ok ayarus terharu lagi
dekat seorang artis wanita ni
Irma Hasmie
dah pakai tudung selepas putus cinta dengan Nabil
Nabil pula dah kurang populariti sebab banyak kontroversi kot
walaupun Nabil digosipkan dengan seorang wanita seksi dan adegan cium
tapi Irma tak pula berlagak untuk jadi lebih sexy dari 'awek' nabil
malah lebih bertutup!




dan teruja dengan seorang lagi artis wanita
Rita Rudaini
si jelita isteri kepada pemain bola Aidil
waduhh dah lapan bulan sarat tuh!



tahniah Shahiezy SAM!!!




corat coret lagi





- ELLA bukan hanya dikerumuni peminat. Sebelum perarakan permaidani biru, artis yang berkumpul di bilik menunggu bergilir menanti untuk bergambar dengan ratu rock negara itu.

- AURA Anuar Zain masih kuat apabila kemunculan di pentas utama membawakan lagu Sedetik Lebih mendapat sorakan padu penonton. Kelihatan ramai artis wanita termasuk Linda Onn dan Kenchana Dewi berdiri sambil menyanyi.

- SHAHEIZY Sam terpinga-pinga apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular kerana ketika itu dia berada di belakang pentas ditemuramah wartawan TV.

- AKSI bersahaja Sam yang meluru ke arah ibunya, Mummy Khaty membuatkan segelintir peminat dilihat mengesat air mata kerana terharu namun situasi berubah apabila dua beranak itu naik ke pentas bersama 'wilcha' membuatkan dewan gamat dengan tawa penonton.

- IBU Sam, Mummy Khaty juga wajar dicalonkan sebagai 'Bintang Popular' malam kelmarin apabila tidak putus-putus didatangi rakan artis, wartawan dan peminat untuk memberikan ucapan tahniah.

- SUASANA di belakang dewan juga cukup padat apabila lokasi untuk temu ramah menjadi medan untuk tetamu berhimpun membuatkan keadaan agak sesak.

- KELIBAT pasangan yang kini hangat digosipkan juga dapat dilihat di belakang dewan. Siapa lagi kalau bukan Maya Karin dan Yusry Abdul Halim yang sempat berbual mesra.


- TIZ Zaqyah dilihat masih setia melayani peminatnya minum di kafe selepas acara selesai walaupun ketika itu jam sudah mencecah angka 3 pagi.

- JULIANA Evans hampir terjatuh ketika cuba menuruni tangga ke Arena of Stars, namun mujur ada yang cepat-cepat memegangnya.

- SHARIFAH Shahira hampir terjatuh di atas pentas ketika bergegas untuk mengendalikan majlis selepas mewakili Noorkhiriah mengambil trofi Artis Komedi Wanita Popular.

- KETIKA majlis berhenti rehat seketika, peluang diambil artis untuk berpusu-pusu ke tandas dan keluar merokok di luar dewan.

- MUNGKIN terkejut dengan kemenangan Ana Raffali sebagai Artis Baru Wanita Popular, penonton di arena tidak bertepuk tangan. Apa-apa pun, tahniah buat Ana.

- TIDAK disengajakan, sepit rambut yang dipakai Sharifah Shahira tersangkut di lengan baju Ratu Rock, Ella, selepas penyanyi itu membuat persembahan di atas pentas bersama Shima dan Alyah.

- SEORANG artis wanita yang turut memeriahkan acara tiba-tiba menjadi angkuh dan enggan bergambar dengan peminatnya.

- PEMINAT Fara Fauzana terdengar kata-kata Pengacara Wanita Popular itu yang mengatakan dirinya mungkin tidak akan tercalon lagi untuk kategori sama tahun depan.

- FAIZAL Tahir yang memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular mahu menghadiahkan trofi itu kepada anak keempatnya yang dilahirkan dua minggu sebelum acara kemuncak ABPBH 2010.

- BINTANG cilik, Mia Sara menangis apabila 'mamanya', Lisa Surihani, tidak diumumkan sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular namun kemudian terus memeluk Lisa apabila meraih trofi bagi kategori filem.

- RAMAI menegur bibir Shahir yang disangka mengenakan gincu, namun sebenarnya dia mengalami alahan.

- ISMAN Hijjaz sempat meminta Mia Sara beraksi untuk dirakamkan gambarnya di telefon kerana anaknya cukup meminati bintang kecil itu.

- RITA Rudaini yang diundang sebagai penyampai trofi dihantar menaiki kereta hingga ke tepi Arena of Star disebabkan sarat hamil lapan bulan.

 

 
 
 




bye everyone

No comments:

Post a Comment