bestnye
hari ini yaya keje site inspection
dapat tengok lima biji rumah
lepas tu balik laaaa
yeahhh
ada orang tanya yaya
site inspection tuh menatang apa?
kerja yaya laa
yaya ni keje penilai harta tanah panel bank
tapi penilai cikai cikai la
bukan registered valuer pon lagi
bagi orang orang diluar sana yang ada buat loan dengan bank untuk beli rumah
makanya bank akan melantik penilai untuk nilaikan rumah yang di beli tersebut
baru la bank kasi loan
contoh nya
:: encik aidil ingin membeli sebuah rumah single storey
no. 16, Jalan U5/65, Subang Bestari, Selangor
berharga RM 320,000
makanya, sebelum pihak bank sudi memberi pinjam kepada
pihak bank terlebih dahulu melantik seorang penilai menilaikan rumah tersebut
ntah ntah rumah tuh harga RM200,000 ke, RM300,000 ke
tak dapat la nak pinjam RM320,000
so kalau value lower than harga beli, macam mana bank nak kasi pinjam banyak?
jadi ini la yang dinamakan site inspection:
iaitu melawat periksa harta tanah dan menyediakan satu report penilaian untuk bank keluarkan pinjaman
buti butir semasa melawat periksa:
firstly ketahui lokasi harta tanah tersebut
melihat keadaan sekeliling mengenai kemudahan insfrastruktur, jalan dan laluan masuk, kelengkapan, feng shui, pencawang elektrik yang jauh dan segalanya yang boleh mempengaruhi nilai
kemudian, ambil gambar subjek yang ingin dinilaikan
kemudian ukur dan lukis pelan lantai rumah untuk memastikan keluasan yang diukur lebih kurang dengan keluasan sebenar dalam perjanjian jual beli
catatkan segala jenis kemasan rumah seperti jenis lantai, jenis pintu, jenis tingkap, jenis ceiling, dan renovation yang ada seperti extention, penambahan dinding, enclosed balcony dan sebagainya bagi membezakan dengan harga rumah basis
kemudian dapat kan confrimation address bagi memastikan rumah yang kita nilai tu ialah rumah yang betul iaitu dengan mendapatkan bil elektrik ke, bil air ke, bil management/cop management atau cukai tanah
then habiss =)
hehehehe =)
ok nak cerita pasal balik awal ni
yaya kua rumah dalam pukul 9 pagi
rumah pertama, peminjam loan ni orang cina
beli rumah townhouse di selayang heights
lepas tuh rumah banglo di Kampung Laksamana,
Apartment Julia, dan dua unit Apartment Seroja di selayang
sampai la pukul 1
gila la shabis awal gila
pukul 2 dah sampai umah
landing landing depan TV
dengan harapan bila masa berlalu sampai pukul 5 boleh siap siap pegi bazaar awal
selalu nya habis keja pukul 530 dah tak sempat gi bazaar
traffic jammed punya pasal la nih
haissssss
tiba tiba
time syok syok menonton TV
hujan trun dengan lebat
dalam hati ' waaaa macam mana nak pegi bazaarr' makkkkkk
mood sekarang:
tunggu hujan benti =)
*aidil, kejap lagi yaya nak pegi bazaar beli onde onde eh =)
aidil buka puasa awal, kat sana buka pukul 6 lebih kurang
disebabkan aidil dah buka, jom kita pegi bazaar lepas hujan benti, jangan marah =)
nantikan yaya buka puasa dengan apa yaaa =)
No comments:
Post a Comment