Thursday, August 11, 2011

. .HIC Nursing

blog e yokoso yaya ayarus


hi semua



hari ini yaya nak mempromosikan satu syarikat 
HICNursing atau nama Penuh Home Intensive Care Nursing
yang mana merupakan syarikat bumiputra sepenuhnya

syarikat ini ditubuhkan hasil inisiatif gabungan empat beradik berjiwa kental yang terdiri daripada Yasrizal Yahya (Pengurus); Mohd, Asri Yahya (Pengurus Pemasaran dan Kewangan); Mohd. Azhar Yahya (Perunding Jururawat) dan Mohd Firdous Yahya (Perunding Fisioterapi)

perkhidmatan utama yang dijalankan oleh HIC Nursing adalah perkhidmatan JURURAWAT dan FISIOTERAPI bergerak dan telah beroperasi di Ukay Heights



nak tahu tak kenapa yaya besarkan nama Yasrizal Yahya tu
hah kalau nak tahu encik yasrizal atau yaya selalu panggil abang yas 
adalah kenalan rapat yaya yang mana merupakan ex officemate sewaktu yaya berkhidmat di JAZ International M Sdn Bhd


abang yas juga waktu tu seorang penilai harta tanah, kira senior office yaya laa
pejam celik pejam celik sekarang dah ada dua orang anak; siap dah jadi pengurus pun sekarang.


bila yaya buka utusan online mengenai HIC Nursing ni terbaca la satu petikan


‘‘Paling penting memupuk semangat mahu membantu, bertanggungjawab, amanah dan ada nilai kasih sayang,’’ kata Yasrizal yang meninggalkan kerjaya lamanya untuk membantu Mohd. Azhar dan Mohd. Firdous menjayakan hasrat murni mereka membantu golongan memerlukan dengan kadar bayaran yang amat munasabah.




owhh abg yas dah berhenti jadi valuer kot. .mungkin nak menumpukan kerjaya terbaru sekarang . tahniah



semoga HICNursing akan terus maju dan berkembang pesat sehingga tak menang tangan
dan HICNursing akan senantiasa dalam perlindungan Allah dan mendapat keberkatanNYa di setiap perkhidmatan yang diberikan

untuk maklumat lebih lanjut sila layari


No comments:

Post a Comment