Blog e yokoso yaya ayarus
14 feb 12
hari yang ditunggu tunggu
penuh debaran penuh kegelisahan
disaat setiap malam sibuk menghafal kanji kanji jepun
berperang menyediakan slide presentation
bertungkus lumus menyiapkan segala macam final thesis
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani
Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW
Hari ini
En japang saya tidur awal
untuk lebih bertenaga pada esok hari
untuk lebih bersedia dengan persembahannya
gambatte kudasai sayang
esok dia akan menghadapi saat perbentangan persembahan final projectnya
giliran keempat dari lima peserta
tiba ke dalam dewan pukul 8 pagi waktu sana
lebih kurang pukul 245 petang turn dia
masa perbentangan hanya diberi 10 minit dan 5 minit untuk sesi soal jawab
10minit? Hanya 10minit yang menentukan pahit manis saat mengharungi 5 tahun pembelajaran di sana
siang malam berusaha berdoa bertawakal supaya 10 minit itu menjadi terbaik dan cemerlang
gambatte kudasai sayang
selalu kamu risaukan sukarnya fahaman dan penggunaan bahasa disana
fahamkah mereka dengan perbentangan projek kamu?
sampaikah maksud yang ingin kamu bentangkan?
betulkah ayat ayat dan bahasa yang kamu gunakan?
kamu risaukan sekiranya mereka tidak mengerti bahasa mereka sendiri yang akan kamu gunakan esok
mengertilah dengan semangat yang kuat mampu mengatasi segala cabaran yang datang
yakin seyakin yakinnya panel yang mendengar hujah kamu amat terharu dengan "foreign student" yang sedang berhujah dengan bahasa mereka
saya pasti kamu boleh lakukan
jangan difikirkan kesulitan ini, fikirkanlah kejayaan yang sedang menunggu kamu dihadapan, demi masa depan kita
saya selalu menyokong dan akan selalu selamanya berada dibelakang kamu
"Ya, setiap lelaki yang berjaya kerana adanya wanita dibelakangnya"
Dari;
ayarus aishiteru
Published with Blogger-droid v2.0.3
No comments:
Post a Comment