Thursday, June 13, 2013

Hantaran Nikah

blog e yokoso yaya ayarus


ishhh ishhh
tahu tak perkara yang paling yaya tak titikberatkan waktu majlis nikah ialah hantaran nikah :(
haisssssssss 
sebab nyaa cadang hantaran nikah ni langsung tiada sbb hantaran masa bertunang dah bagi semuanyaaa :)
tapi bila difikir fikir kan balik, kang takde buah tangan nak tukar tukar
kang keluarga sebelah lelaki pulang dengan tangan kosong je
takdapat bergelak tawa potong kek hantaran
takdapat makan coklat dan buah2 anggur yang terjuntai juntai tuu

haaaaaa
jadi untuk elakan pulang dengan tangan kosong, 
yaya pun sedia kan 5 buah hantaran berbalas 5 buah hantaran juga



5 buah Hantaran dari Pengantin Perempuan
Cincin Nikah
Cupcakes
Ferrero Rocher
Famous Amous
Buah buahan


5 buah Hantaran dari Pengantin Lelaki
Cincin Nikah + Seutas Gelang Tangan
Mas Kahwin
Duit Hantaran
Cupcakes
Buah buahan



heeee semua hantaran yaya bentuk makanan kannnn
Cupcakes ni bff yaya nadia yang sponsor. dia tak dapat datang sebab bersalin anak kedua
Ferrero Rocher plak bff yaya atie yang sponsor. masa nikah pun atie tak dapat datang sebab kerja. tapi esok nya majlis bersanding atie jadi pengapit :)
Famous Amous yaya mintak atie belikan
Buah buahan, Cik ida makcik yaya sponsor :)

hurmmmm sebab tu laa yaya tak tekankan bab hantaran ni sbb kebanyakkan barang hantaran orang hadiahkann
nak tahu bila yaya start gubah hantaran? mase majlis malam berinai ;)
malam dah dekat kol 9 mlm baru keluar semua riben gunting gam bagai
esok kol 10pagi nak nikah dahhh :)
nasib baik ada emy, atie dan mummy atie minta dorang gubahkan sebab tangan yaya sedang diinaikan :)



Hantaran dari Pengantin Perempuan


Cincin Nikah


Cupcakes


Coklat


Biskut Famous Amous



 Buah Buahan

*****



Hantaran dari Pengantin Lelaki


Cincin Nikah


Seutas Gelang Batal air sembahyang

Sejambak Mas Kahwin RM1,416


Duit Hantaran 


Cupcakes


Buah buahan





Ok sini saja :)



6 comments:

  1. last minit pon cantik jgk hntran tu :)

    ReplyDelete
  2. Last minit? Nasib simple je brg nye.huhu

    ReplyDelete
  3. kannnn simple saje :) beli dulang, beli rumput kedai rm2, beli bunga palsu, cucuk2, letak baldi inggeris tu, letak makanan dalam dia. haaaa kan jadi :)

    ReplyDelete
  4. salam @ yaya ayarus boleh sy tahu dimana nak dapatkan baldi inggeris tu..cantik ^_^

    ReplyDelete
  5. salam @yaya boleh sy tahu dimana nak dapatkan baldi inggeris tu cantik ^_^

    ReplyDelete
  6. sorry laa lambat update pasal hantaran. baldi tu raya beli ri romantika, plaza alam sentral shah alam :)
    tingkat atas sekali :)

    ReplyDelete