Friday, February 14, 2014

Review 2013 yaya ayarus

blog e yokoso yaya ayarus


Salam semuaaa
haaa kan dah janji nak story mory 2013 iolls
heheheeee
moh ler recall balik what going on




30.12.2012
ni 2012 punya cerita terakhir
last day,
bukan 2013 lagi taw
saja selit gambar jap :)
last anniversary yang ke 5 tahun 9 bulan dalam tahun 2012
kami celebrate di Bukit Tinggi yaw
masa ni aidil berjaya menjepunkan aku 
kahkahkahkah


esok lusa melangkah laaa ke tahun baru 2013





JANUARY 2013

yes. masa ni yaya bujang lagi
anak dara ok :)
tapi time ni tengah streesssss duk settlekan perihal kawen mawen 
tension betui sebab perihal dewan masih belum settle lagi time nih
haisssssss
tapi banyak benda jugak dah setel terutama bab jahit menjahit deko mendeko
wedding checklist yaya boleh klik kat sini k :)

dannn anniversary perkenalan #aidilsuraya yang ke 5 tahun 10 bulan pada 
30.01.2013 
kami pi makan makan di island steamboat, sungai buloh :)
memang tiap tiap 30hb kami sambut acara makan makan ni beb :)
sambil sambil makan tu boleh bincang bincang pasal kawen








FEBRUARY 2013

nak taw dakk bulan may nak kawen, baju pengantin baru nak hantar pi tailor bulan ni
kahkahakahkah
nasib baik laaa tailor saya sangat baik hati 
hantar baju nikah satu, baju bersanding satu 
amek kau
bulan ni tak taw mata dah rabak macam mana duk ulang alik drive kehulu kehilir
siang malam duk DIY sakan
nasib bakal husband jadi peneman :)
tapi bulan feb takde 30hb :(
so takde laa acara makan makan celebrate 
anggaplah dah 5 tahun 11 bulan 


feb- beli dan hantar baju bersanding to tailor :)


feb- hantar baju nikah to tailor :)

feb - deko deko jahit jahit :)




MARCH 2013

bulan ni #aidilsuraya sepakat nak beli cincin nikah lelaki perempuan 
ni laaaa kali kedua dapat pilih cincin sendiri selepas cincin couple dulu
*ceceeeeee macam bebudak sekolah plak ada cincin couple 
mana tak nyaaa
yaya tak berpeluang nak pilih cincin merisik dan cincin bertunang sendiri. *sigh
gelang untuk upacara batal air sembahyang pun bukan yaya yg pilih 
semuanyaa suprize aidil
dan pilihan aidil sangat sangat cantik dan berkenan dimata yaya
okek cerita pasal cincin nikah
kitorang beli dekat One Utama 
Stainless Steel Bausch K new arrival saje
kepada yang nak kawen kitorang suggest beli laa cincin nikah kat sini
murah je takde sampai ribu2
tahan pun tahan, bawak tido bawak mandi pon ok, tak pernah bukak bukak




haaaaaa bulan ni is officially anniversary 30.03.2013 yang ke 6 tahun perkenalan 
sebelum cinta halal kami lagi dua bulan :)
syukur alhamdulillah
kami berjalan sampai ke Melaka time ni
tapi maaf sekeping gambar kat Melaka pun tak amek
amek gambar makan kat secret recipe saje :)





APRIL 2013

ohooooo baju nikah dan baju sanding dah pun siap 
teruja excited semua ada :)
dah tiga kali fitting, tiga tiga longgar hahahaaa :)
baguuih laaa makin kurus sebab nak kawen, baju pun tak ketat sangat
kalau ketat kang kena ketuk dengan aidil 
ok hari yang kak linda tailor yaya mesej baju dah siap, laju laaa yaya balik dr office 
sampai makan pun taknak dah  :)





dann bulan ni jugak adalah bulan terakhir celebrate anniversary as bujang
6 tahun 1 bulan and still counting :)
lokasi keraian kami ialah Tree Steak House, Sungai Buloh
sedap mak aihhhh
muka pun dah tenang sikit
sebab banyak persiapan dah berjalan baik :)







MAY 2013

jeng jeng jeng
bulan yang ditunggu telah pun tiba
excited kemainn
tapi takpaa laa excited awal2 pasal masa majlis aku dah tak rasa apa apa
debar pun tak
berharap majlis perkahwinan berjalan lancar je :)
kalau nak story pasal kahwin memang penuh satu page kang
baik korang review je kat sini  dan sini  :)
bulan ni memang paling busy laaa
segala bunga telur, doorgift, perihal pelamin, dewan, catering semua confirm masa ni
tok kadi plak bila seminggu call untuk remind, dia boleh lupa plak tarikh aku nikah
heheheee







alhamdulillah, 
dengan sekali lafaz, maka halal lah perhubungan kami kini
sah sebagai suami isteri syukur Alhamdulillah



dan macam biasa 30.05.2013 pun kami kebetulan berada di peneng untuk honeymoon 
anniversary pertama as suami isteri 6 tahun 2 bulan 
semua pun sedia maklum peneng tu ibarat syurga makanan
macam2 makanan ada kat situ habaq hang
sampai kami laki bini memasing naik 5 kg 
baru setengah bulan kawen kot?




JUNE 2013

sekali lagi percutian suami isteri kami 
kali ni pi obersea sikit :)
bali indonesia 
dan ini trip pertama kami to oversea as husband and wifey kata ko
cuaca agak panas laaaaa tapi memalam sejuk ya amat
tiket flight kami adalah hadiah dari kak lea, ipar biras yaya :)
dan 30.06.2013 kami dapat celebrate di Bali
sebulan sudah berkahwin dan anniversary perkenalan kami masuk 6 tahun 3 bulan :)
ngeeeeeeeeeeeeee






JULY 2013

ramadhan tiba kali ini harap pernuh bermakna dari tahun lepas
orang cakap kalau bujang solat nya satu pahala
kalau berkahwin, solat dia pahala berjemaah
aidil pulak memang tiap tiap malam diajak ke masjid bersama sama tunai solat sunat tarawikh
lepas bersahur, kadang kala subuh pun diajak ke masjid
maklum laa masjid dekat, boleh jalan kaki je sesama
nasib pindah rumah baru ni pun surau ada kat bawah :)
azan pun dengar kuat
syukur alhamdullilah, bulan ni dah tamat satu juz dengan suami
dan 30.07.3013 masih lagi berpuasa di bulan ramadhan

dah jadi suami isteri ni
pergi kerja balik kerja sesama laaa satu kereta
jimat minyak tol masa semua
rezeki dua dua kerja area sama
tapi bulan pertama belum duduk rumah sendiri, masih menumpang kasih duduk rumah mak
jauh oke gi kerja
pergi kerja subuh2 matahari pun tak nampak, balik kerja matahari dah tenggelam pon
huhuuuuuuu





AUGUST 2013

bulan syawal datang
tahun ni yaya berpeluang beraya dikampung halaman sendiri
gentleman kan suami beri peluang kita dulu beraya di kampung kita
cececeeeee
lagipun adik beradik aidil yang dah kawen ada dua orang je :)
abang aidil pun turn sebelah mertua so kitoang pakat tahun 2014 baik semua together beraya sekali
tahun ni yaya balik kampung mak di raub pahang
aidil first time beraya sini
alhamdulillah nampak dia tak kekok bergaul dengan sanak saudara
family yaya besar, mak pak sedara sepupu sepapat semua berkumpul dibawah satu bumbung yang sama 
malam raya ramai ramai pakat jemaah dan bertakbir raya
abang yaya laa imam dia :)
adik lelaki yaya conduct takbir raya
dah nak tengah malam sikit kami main bunga api, maklumlaaa abang kastam yaya sorang ni dapat stock bunga api mana tah dia beli
Selamat hari raya Aidilfitri pertama kali menyambut sebagai suami isteri :)
30.08.2013 kami beraya di teluk intan as 6 tahun 5 bulan perkenalan :)


\\





SEPTEMBER 2013


bulan ni aku berdoa lebih sikit 
bersungguh sungguh moga moga dapat zuriat bulan ni sebb aku teringin nak baby lahir bulan may sama sama dengan aku dan aidil
haissssssss lawak kannn
tapi aku tak laa bebai kan suami sendiri dah kalau belum rezeki Allah belum makbul doa nak buat camna
kena tawakal :)
ingat satu ayat dalam surah Al Baqarah :)



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu
Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
[Al-Baqarah: 216]




OKTOBER 2013


okiesss :)
bulan ni aku dan aidil pindah rumah baru kami
syukur Alhamdulillah
mencuci, mengecat, mengemas, beli perabot sikit2 kemas apa apa patut
letih tapi syok habaq hang
rumah ni kami survey dah lama
harga nya pun murah laaaa
kecik je pun, maklumlaaa apartment je pong
kami beli rumah ni dari sebelum kawen
boleh baca perihal kesusahan nak beli rumah kat sini dan sini
sampai dah nak hujung tahun baru dapat duduk :)

haisssssss






NOVEMBER 2013


bulan ni aku konvo
alhamdulillah selamat habis degree 4 tahun melalui program jarak jauh kat uitm
memandangkan hari konvo aku jatuh hari rabu
so takdelaaa sanak saudara nak mai
syukur orang orang terapat aku dapat datang :)
suami, mak, ayah, mak mertua, abah mertua
mak ayah tido umah baru kami
mak abah mertua datang pepagi dari teluk intan, terharu habaq hang :)



13.11.13





DISEMBER 2013


bulan ni bulan cuti sekolah
musim kawen2 pon ramai
sepupu aku pon kawen
dia kawen kat johor, dah alang alang ke johor kami terus melencong ke singapore
nanti aku share acaner nak pi singapore kat korang
dah lama berangan nak pi USS
saja suka theme park
dua dua suka main main extreme extreme
singapore ni aku taja suami sepenuhnyaaa tapi minyak tol semua suami laaaa *macam tak semua je :(





 *****

dah tu balik je dari singapore, next week tu office aku buat family day kat sunway lagoon
water theme park again
haaaaaa syok laaa boleh masuk sunway free :)



okeh ni gambar sebelum terjun



apa yang boleh aku summarize kan tahun 2013 ni
kami sejak jadi suami isteri ni lagi bertambah ligat jenjalan sana sini
dua dua suka travel suka theme park suka extreme suka travel suka jenjalan
bukan banyak duit pun, semua amek costly negara serumpun atau dalam negara jer

inshaAllah kalau ada rezeki nak jugak berdua tunai umrah sesama
aidil dah buat umrah dah, haji pun dah daftar 
tahun ni maybe sama sama kumpul duit untuk niat yang suci
semua orang pun ada niat ke sana kan :)
seronok nyaaaaa
jom doa sesama. Semoga semua urusan kita dipermudahkannn. Aminnnnnnnn


Bismillah
Assalamualaikum 2014 :)
pls be nice with us. bye 




2 comments:

  1. wow..sooooo damn sweet!! rasa nak nanges baca sbb sweet sgtttt.hee
    all the best in your life k!

    p/s: suka sgt3 giler3 baju pink belacan tu. nak jugak!:p

    ReplyDelete
  2. sy suka sgt dengan smua design baju yaya tp size kite x sama. Btw kte pon ldr juga mcm awak. my husband to-be cakap penah jumpa husband awak dulu dekat mana entah sy pon dah lupa .tp somewhere in jpn. huhu=)

    ReplyDelete