Friday, January 8, 2016

Saving Money Challenge 2016 :)

blog e yokoso yaya ayarus



Assalamualaikum
hari tu godek internet, terjumpa 52 week money challenge
maknanyaa simpan RM1 di minggu pertama, RM2 di minggu kedua dan sehinggalah RM52 di minggu ke 52. inshaAllah kalau disiplin dapat RM1,378 at the end of year :)
so minggu ni baru nak masuk minggu ke - 2, Yaya masih gigih fokus 52 week money challenge ni, tapi yaya amek jumlah besar dulu, RM52 minggu pertama, RM51 minggu kedua dan seterusnya :)




Lepas godek2 internet nak tengok testimoni kejayaan memasing tetibe terjumpa plak idea kedua ni.
Idea ni sangat praktikal untuk semua orang. Ok, first sekali letakkan target duit nilai berapa yang nak dijadikan simpanan anda. Dulu Yaya asyik sangat menyimpan duit seketul 50 sen. Tapi now, tengok volume dia mengecil berbanding dengan ekonomi kita yang suam suam kuku :)


Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
Tujuan : Nak pergi melancong ke Turki atau pergi menunaikan Umrah (sekadar contoh)
Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20






Peraturan Wajib :

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda wajib masukkan duit tu dalam tabung yang anda dah buat tadi.
2. Haram Muakkad untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3. Jika 'terguna' sila qada dengan jumlah yang sekali ganda (Contoh : guna RM5 ganti RM10)
4. Wajibkan pasangan anda buat benda yang sama.
5. If belum menikah, sharelah dengan housemate, roomate anda.
6. Jangan dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .


*****

Idea ni saya terima dari google- google di internet. Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,

140 keping RM 20
80 keping RM 5

Total saving secara paksa rela selepas 6 bulan = RM 3200



Selamat mencuba :)



No comments:

Post a Comment