Sunday, August 18, 2013

Petua Cinta Jarak Jauh

blog e yokoso yaya ayarus



Salam semua
saje rasa nak menulis perkara ni
sebab perkara ini adalah salah satu perkara paling berjaya dalam hidup kami
Perhubungan Jarak Jauh atau Long Distance Relationship
ramai yang kata tak selamat langsung hubungan macam ni
ada kata susah nak survive, payah nak kekal, susah nak serasi dan 
paling sesuai harapan tipis nak kawen
sedangkan yang duduk dekat2 pun asik gaduh laa, asik curang laa, acaner nak jauh?
siap kena stalker si bf/gf pegi mana2






ooohh no!
for me and hubby, percintaan jarak jauh paling berkesan dalam hubungan cinta sejati kami
alhamdullillah, jodoh berpihak kepada kami setelah 5 tahun menjalin cinta jarak jauh, 
setahun selepas PJJ terus berhubung jarak dekat dan seterusnya hubby ambil keputusan untuk meminang, bertunang dan berkahwin :)
dan yaya rasa hubungan seperti ini akan berkesan jika .....




Rutin awal Relationship
Sebenarnya rutin awal hubungan itu penting. kalau dari awal korang dah biasakan dengan perkara tak dating, korang akan terbiasa punya. kalau dari awal korang cool je bila weekend je takde nak kuar2 bercinta, takde marah2 kalau gf/bf tak ajak date, haaaa memang perkara ni akan berjaya inshaAllah :)
sebabnya, bila awal percintaan kalau korang dah selalu sangat dating, kang bila terpaksa berjauhan atas sebab urusan kerja ke belajar ke kan, korang akan rasa sangat kekok kalau tak jumpa, lagi2 kalau free waktu weekend. tengok orang jalan couple pon rasa sakit hati. 
tu yang gelong tu, rasa diri malang jer mula cari orang lain untuk ubat rasa sunyi



Hal masing masing
Hidup jangan nak bergantung sangat kalau dia belum jadi isteri/suami. biasakan diri 
jangan sikit2 nak bagi tahu dia, sikit2 nak minta kebenaran dia. masing2 happy kan life masing masing. lepas ni kawen kita together laaa :)
bende yang remeh2 tu kurangkan kan laaaa. bende yang besar2 tu, mcm nak beli kereta baru ke, nak balik kampung ke, haaa apa salahnya inform dia
tapi setakat nak pi minum ayaq nyoq kat simpang 4 ka, nak beli baju kaler pink kat giant ke, rasa2nya tak usahla sangat kot. ask the important question only :)



Boleh hidup tanpa dating
kalau namanya couple ja mesti nak dating. bagi yaya banyak lagi kita boleh happy happy masa couple. kalau tak biasa dengan dating, inshaAllah korang akan cool bila berjauhan. makin rindu kang lagi ada :) tiap kali rindu menjelma, contact la thru phone, thru skype, fb, email, haaa banyak lagi technology yang ada sekarang. buat laa webcam selalu dari dating selalu. yaya dan hubby penah dulu tak berjumpa lebih kurang setahun sbb hubby dulu tak dapat balik malaysia sbb tsunami. dah laa masa tu umur awal 20an, rasa pra matang asik nak bercinta tu membuak2 rasa nya. haaa kawan kawan kan ramai, pi laa hangout dengan kawan kawan :) 



Boleh hidup tanpa calling/chatting
Haaaa kalau dah jauh, kadang2 line phone ni bukan selalu okek. selalu contact tu baik tapi kalau tak dapat contact, jangan laa melenting. line phone ni pun ikut mood jugak. kadang2 sms sebelah2 pun tak delivered. yaya dulu tak tahu apa bende celcom maxis duk buat promotion call murah laa, call free laa, super saver bagai sebab yaya tak pernah guna.
dan kalau selalu hantar report kat gf/bf pun kurang bagus jugak.
jangan 24jam korang nak report gf/bf korang. keluar rumah, naik kete, dah sampai, dah balik semua kena report. no need pun takpa. tapi kalau jenis gf/bf yang suka report dan hargai semua pergorbanan report kita takpa laaa, go ahead. ini kita ja selalu hantar laporan kat dia, dia terima ja. tak syoklaaa. then kalau call2 tak dapat, cool la dulu, jangan fikir bukan2, tah2 line problem ka, tertido ka, phone misplace ka, haaa positive ja. jangan kongkong sangat laaa. kalau dia milik kita nanti, mcm mana jadipun akan jadi milik kita :)
cececeeeeeeee uolss kena call selalu, tapi uolls boleh hidup tanpa call. haaa acaner nak explain tu?
avoid the temptation to be controlling.


Anggap relationship tu satu focus dalam hidup
Dua dua kena focus. kalau nak pasangan kita focus, kita pun kena focus. so, apa focus bercinta? mestilaa untuk terus kahwin. bukan cinta main2 cinta monyet tu takda wawasan apa pun. sama2 kejar cinta halal, sama2 berusaha capai cinta sejati. InshaAllah Allah bantu permudahkan urusan yang baik. Talk about your future together!

contohnya : Si lelaki bataskan pergaulan dengan gadis - gadis lain untuk elakkan TERberi harapan atau TERjatuh hati pada gadis lain untuk focus pada relationship dia walaupun berjauhan. nak keluar dengan kawan2 perempuan sekelas ke seoffice ke silakan asal tahu batas pergaulan. dalam hati masih satu je yang dia sayang, baru laa kekal PJJ tu :) 



Kongsi minat bersama dan bualkan
Macam yaya dulu PJJ tak berpeluang nak tengok movie sama sama. jadi kongsikan pengalaman tengok movie berasingan. takpun tunggu dah tayang kan online, haaa tengok laaa sama2 kat laman web. haaaaa pasang webcam, sorang tengok movie kat komputer dia, sorang lagi tengok kat komputer dia, then borak laa sama2.
selain tu, aktiviti harian pon boleh kongsikan jugak, misalnya hari ni dia pakai baju warna merah pi kelas kat sana, haaa kita pun pakai baju merah jugak pi kerja kat sini. 
kira dalam hati feel berbunga2 sebab pakai sedundun whole day, tapi berjauhan. orang kata jauh dimata dekat dihati. gituhhhh


ni gambar 2010 dolu2



Remember that you're still in a relationship
Walaupun masa masih jauh lagi nak berkahwin, perjalanan masih panjang, selalu ingat masing masing masih ada buah hati. berkawan laa seramai mana pun, ingat maha pencipta kita, supaya hati kita kuat untuk jatuh cinta pada seseorang yang juga melabuhkan cintanya pada Dia, agar bertambah kekuatan untuk menyintaiNya.



Buat something special
Antara aidil dan yaya, aidil lagi creative buat kad2 hand made. ayat2 toksah cakap laaa, memang comel. Aidil cakap perempuan ni suka dihargai so dia pun buat kad-kad hand made dan post ke malaysia. bila kite kat sini dapat, mak aihh mesti laa happy kann. so, try challenging each other. lagi satu, plan laa celebrate anniversary untuk make our day's special bila dah berjumpa. tahun lepas kami dapat celebrate anniversary di KL Tower :)



birthday card




Percaya dan Doa
Kepercayaan. mana mana hubungan pun kenalah percaya, kena jujur. jangan laa syak wasangka atau hati tak tenteram asik takut dengan pasangan kita, takut dia lupa kita, takut dia tak sayang kita. Doa jua bantu kuatkan hati. kalau cemburu je memanjang, hubungan mana nak jalan dengan baik. duk dekat pun takboleh jalan. 



Jenis yang setia
Takda apa lagi yang nak describe. kalau dah memang jenis setia, duduk laa dimana mana pun, setahun ke sepuluh tahun tak balik jumpa ka, dah kalau memang dia SETIA dia akan terus SETIA.
setia selalu dikaitkan dengan perempuan. tapi sebenarnya kalau jumpa lelaki yang setia, kesetiaan lelaki lebih tinggi dari kesetiaan perempuan. 
kalau dapat lelaki yang setia, bersyukur lah. sedegil mana perempuan pun hati dia lembut, boleh hargai kesetiaan lelaki tersebut
kalau dapat lelaki yang tak setia, angkat kaki jelahh, ramai lagi lelaki yang setia yang boleh kita banggakan. sebab silap haribulan, perempuan yang dapat lelaki mcm ni selalu akan makan hati.



tak susah sebenarnyaa. bergantung pada diri masing masing. kalau dah jenis suka kepit keluar date, tak boleh sunyi langsung haaa memang susahlahh. kalau dah jenis kuat bergantung pada pasangan pun susah jugak. mudahnya, senangkan je diri sendiri. Jujur ikhlas setia dan sayang. kemana mana pun pergi, dekat atau jauh, takde beza pun, both pun sama. bergantung pada hati sebenarnya. kalau hati tu kuat, duduk jauh pun cool. kalau hati tu rapuh, belum focus, masih nak enjoy, duduk satu pejabat pun boleh curang. For me, tiada istilah sunyi bila hati kau penuh perasaan kat pasangan kau dan hati kau kuat kata kau sayang pasangan kau. bukan kita saje rasa disini, pasangan kita yang jauh pun kena kuat rasa yang kita ni sayang dia, setia dengan dia. yang penting sama sama FOCUS.




Avoid jealousy and be trusting. 
one of the easiest ways to destroy a perfectly healthy relationship is to poison it with jealousy and drama" -Keltie Colleen




ok bye
happy reading
thanks semua 
xoxo

14 comments:

  1. Tahniah kak anum ;)
    cinta jarak jauh akak pun berjaya juga yeahhhh

    ReplyDelete
  2. Thanks kak . Tips yg bagus buat diri saya yang terlalu amat rindukan dia yg jauh . Semoga berkekalan hingga ke Syurga, In shaa Allah :)

    ReplyDelete
  3. ngeeee :)
    sabar banyak2 k. takde hal besar laa, lepas ni kahwin boleh dekat2 heheheeee :)

    ReplyDelete
  4. nice =) jemput laa singah kite pnye plak yer :)

    ReplyDelete
  5. kegagalan sya dlam PJJ .. hurmmm :(

    ReplyDelete
  6. kegagalan saya dalam PJJ amat menyakitkan ... :(

    ReplyDelete
  7. kegagalan saya di dlam PJJ amat2 ... hurmmm :( :( :(

    ReplyDelete
  8. Thank you, Akak. You gave me confidence lepas saya baca ni. Saya pun tak lama lagi nak fly and tinggalkan si dia dekat sini. Your tips really helps. I hope you and your hubby will be blessed by Allah till Jannah. ^^

    ReplyDelete
  9. thank akak.... bru la sya sedar skit lps baca ni... sbb sy pun pjj... lps sy bca ni... tros ad smngat..

    ReplyDelete
  10. thank akak.. bru sya sdar yg sy ad buat silap dkt dia.. susah pjj ni sbnr nya..tpi bila bca ni.... sy jdi smngat balik..

    ReplyDelete
  11. thank akak.... bru la sya sedar skit lps baca ni... sbb sy pun pjj... lps sy bca ni... tros ad smngat..

    ReplyDelete