Wednesday, July 2, 2014

Marhaban Ya Ramadhan 2014

blog e yokoso yaya ayarus


Salam ke-4 Ramadhan
inshaAllah masih sempat wish kepada semua :)




Moga moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya
tahun ini tahun kedua menyambut Ramadhan dengan suami
suami kejutkan sahur, kita masak sahur simple2 sampai suami kenyang dan ucapkan selamat berpuasa setiap hari
bila berbuka, kami hidangkan juadah yang mudah dan tidak terlalu kenyang sebab suami tak prefer makan nasi waktu berbuka, risau mengantuk solat mahgrib dan terawih, makanya kami makan nasi after solat terawih


Mari kita sama sama perbanyakkan amalan di bulan ini, kerana bulan Ramadhan pahala kita dilipatgandakan. InshaAllah #muhasabahdiri

Capaikan target kita sama- sama untuk :

solat-solat sunat dan berjemaah :)

+  

perbanyakkan membaca Al-Quran :)


perbanyakkan berdoa :)


perbanyakkan bersedekah :)

+

memberi makan kepada orang yang berpuasa :)

+

tingkatkan kesungguhan ibadah terutama pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan :)


Ramadhan baru, imej baru :)
Doakan saya terus istiqomah
Saya disini dengan rendah hati memohon ampun dan maaf diatas kekhilafan sepanjang perkenalan kita. sama sama kita muhasabah diri dan saling memperbetulkan masing-masing

Harapan semoga Ramadhan kali ini penuh makna
Ameen :)


- Suraya Ghani -
- Aidil Shazrin Ismail -



1 comment: