Friday, January 8, 2016

Saving Money Challenge 2016 :)

blog e yokoso yaya ayarus



Assalamualaikum
hari tu godek internet, terjumpa 52 week money challenge
maknanyaa simpan RM1 di minggu pertama, RM2 di minggu kedua dan sehinggalah RM52 di minggu ke 52. inshaAllah kalau disiplin dapat RM1,378 at the end of year :)
so minggu ni baru nak masuk minggu ke - 2, Yaya masih gigih fokus 52 week money challenge ni, tapi yaya amek jumlah besar dulu, RM52 minggu pertama, RM51 minggu kedua dan seterusnya :)




Lepas godek2 internet nak tengok testimoni kejayaan memasing tetibe terjumpa plak idea kedua ni.
Idea ni sangat praktikal untuk semua orang. Ok, first sekali letakkan target duit nilai berapa yang nak dijadikan simpanan anda. Dulu Yaya asyik sangat menyimpan duit seketul 50 sen. Tapi now, tengok volume dia mengecil berbanding dengan ekonomi kita yang suam suam kuku :)


Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
Tujuan : Nak pergi melancong ke Turki atau pergi menunaikan Umrah (sekadar contoh)
Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20






Peraturan Wajib :

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda wajib masukkan duit tu dalam tabung yang anda dah buat tadi.
2. Haram Muakkad untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3. Jika 'terguna' sila qada dengan jumlah yang sekali ganda (Contoh : guna RM5 ganti RM10)
4. Wajibkan pasangan anda buat benda yang sama.
5. If belum menikah, sharelah dengan housemate, roomate anda.
6. Jangan dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .


*****

Idea ni saya terima dari google- google di internet. Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,

140 keping RM 20
80 keping RM 5

Total saving secara paksa rela selepas 6 bulan = RM 3200



Selamat mencuba :)



Thursday, January 7, 2016

Salam 2016 :)

blog e yokoso yaya ayarus



Assalamualaikum semua,
harap2 tak berhabuk teruk laaa belog ni sebab rasa dah berkurun dah tak buka2
mode menulis ke lautan hindi mana tak taw


just muncul balik for New Year 2016, happy new year everyone !



so now, for 2016 banyak jugak dah list perkara- perkara baru. harap semua tercapai dengan baik.

*****

Firstly, berkaitan dengan business. Saban minggu boleh dikatakan banyak habiskan masa dengan bisnes. Tahun ni baru nak mulakan bisnes sewa baju pengantin 2016. yang selebihnya fokus dengan jubah, blouse and shawls sendiri. Boleh dikatakan tiap tiap minggu buka booth, kini permanent booth Yaya di LG e-curve, kota damansara. semakin minggu semakin sales memberansangkan. Alhamdullillah :)

*****

and secondly, berkaitan money saving challenge. berikutan ekonomi negara kita yang nampak tak berapa nak baik ni, ada paedahnyaaa kita sahut cabaran cabaran macam ni. simpan seberapa banyak yang mungkin, bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri dan keluarga juga :)
harap tercapai laaa target Yaya, next entry yaya share pasal money challenge yang Yaya buat :)

*****

thirdly, Yaya dan husband decide nak bercuti dan berjalan pusing negara sebanyak mungkin, pusing dunia tu mungkin tak laaa but depands on budget. selain bercuti semasa tengah berdua lebih baik ni, mungkin 12 bulan tahun ni, tiap2 bulan kami akan spend time and money for our vacation. Dua dua dah sibuk kerja, dua dua kena spend time together, but saving money challenge kena capai dulu laaa :)

*****

yang keempatnya, nak capai kesemua target diatas, muahahahahaaha
azam azam duniyawi je lah kita share kat sini. azam azam akhirat kita simpan memolek dalam hati, Semua orang pun nak cuba jadi isteri yang baik, anak yang baik dan ibu yang terbaik. sebelum kita bakal menyuruh anak anak kita jadi anak yang baik, baiknya kita jadi baik dulu. dakwah ni bukan dengan perkataan jer, dengan akhlak pun dah boleh jadi.
Dengan akhlak yang baik, anak anak atomatik jadi lebih baik. dan begitu laaa untuk generasi kita seterusnya. InshaAllah, doa yang baik baik, kata yang baik baik, semuanya akan jadi baik baik
#JomDoaSamaSamaJadiBaik



Salam 2016 buat semua :)
Moga tahun ni memberi seribu rahmat buat kita. :)