Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Happy 2 months together :)

blog e yokoso yaya ayarus


Salam dan selamat berpuasa semua
musim2 bulan puasa ni kan, asik nak wish salam berpuasa jer :)



majlis akad nikah 17mei,
today dahh 17july, 
bermakna dah dua bulan berkahwin yeahhhhhhh
*aku dah macam semusim budak couple seminggu dahh*




Alhamdulillah 
sempena mengambil keberkatan Ramadhan 
marilahh kite perbanyakkan amalan
mudah2 biar banyak hapus dosa dosa kita yang lalu
sejak dua bulan bergelar isteri, seronok sangat bila hubby selalu ingatkan kita
pemakaian kita, percakapan kita, makan kita, solat kita, puasa kita, 
masih tak putus solat berjemaah dengan hubby setiap subuh dan isyak
makan berjemaah depan tv sambil suap menyuap padahal pinggan masing masing sama jer makanan
dan alhamdulillah, dua bulan bergelar isteri, yaya dah pakai stokin dah :)
hubby akan selalu ingatkan tiap2 pagi before pegi kerja, mana stokin?
best rupanyaa bila dah pakai stokin, lebih selesa bila berjalan
boleh tahan sejuk dikaki :) 
marilahhh cuba sama2, memang best bila dah pakai stokin :)


ok, inai dijari tinggal di hujung hujung kuku :)
bulan depan before raya dah boleh kerat :)
inai di ibu jari masih tahan lagi dua bulan :)
syukur alhamdulillah diberi kebahagiaan ini sebahagia-bahagianyaa bersama suami yang sangat penyayang :)
doakan yang baik baik yaaa
jangan laa doakan hangat2 tahi ayam pula :) heeeeeeeeeeeeeee
*sebab macam mudah terpengaruh je*








ok bye :)




Friday, June 21, 2013

Happy One Month Together :)

blog e yokoso yaya ayarus


17jun2013
pejam celik pejam celik
macam baru jer beriye2 buat countdown nak kawen
last last dahhh sebulan kawen :)


best nyaa kawennnn :)

lalalaalaalaaaa


just nak hapdate hari tu celebrate makan makan sebab sebulan kawen disini
masa makan tu hp takde internet so takdapapt nak share mamam apa
huaaaaaaa tak smart fon laaa kan hp takde internet kannn adehhhh :(
maka malam tu hubby je yang upload picha kt insta :)















hubby saya ni pemalu sikit. sekian :)


Thursday, April 4, 2013

Anniversary 6th years :)

blog e yokoso yaya ayarus









celebrate kali kedua versi percintaan jarak dekat kami kali ini :)
alhamdulillah :)
dah 6 tahun perhubungan rapat kami
makin dihitung makin terasa pantas masanya
makin dikira makin laju waktunya
makin dicountdown, makin hampir destinasi hala tujunyaaa



secara kebetulannnn anniversary 30 mac kali ni jatuh hari sabtu iaitu hari weekend

haaaaaa apa lagi, berjalan jauh laa nampak nyaaa
planning aidil kali ni bawak yaya jalan jalan sampai melaka :)
sambil tu singgah sebentar ke rumah sahabat yang isterinya sedang sarat mengandung anak sulong mereka :)
bestnyaaaa kawen kannnnn :)



ok gambar di A Famosa sekeping pon tak ambik

sebab masing masing sebuk menikmati weekend laaa katakannnnn 
wakakakakaaaa
walaubagaimana pun gambar tengah makan memang wajib laaa tangkap :)










my dear aidil shazrin ismail



happy anniversary perkenalan rapat akrab kita 
yang ke 6 tahun :)
walau kita dah kenal sewaktu di sekolah sejak tingkatan 4
and as our age still 25years, dah hampir suku umur saya berhubungan cinta hari ni dengan awak
anniversary kita last as bujang before getting married next month :)
saya happy awak bawak saya sampai ke Melaka kali ni :)
semata mata untuk menyediakan satu memory anniversary terindah 
rasa gembira rasa selamat rasa bahagia
kenangan disana memang takkan mudah dilupakan

semoga sama sama kita berusaha persiapkan majlis kahwin kita di kediaman masing masing
semoga kita peroleh banyak doa dari sahabat sahabat baik kita
untuk mudah ke destinasi menuju ke jannahNya
amin :)


dari saya,
teman terbaik dari yang terbaik :)






Friday, January 25, 2013

Tiga bulan bergelar si darah manis :)

blog e yokoso yaya ayarus



hai semua
terlambat sudah hapdate entry every 20th
20.01.2013 bermakna masuk lah tiga bulan usia pertunangan ;)
entry sebulan sudah, duabulan pun sudah :)
yelaaa anniversary tunang boleh celeb every month jer SEBAB mayb tak sampai beberapa month jer dahhh tak sempat nak tunggu ANNIversary setahun kang 
lepas ni dah tak bertunang dah :(
*macam lain jer bunyik




mesej romantik sayang sayang windu windu tu berdua sudah laa ;)
publish kang termuntah plak -UAI
takde laaa makan makan bagai :)
kopak duit mak. lagi pon 20th mana gaji lagi. kalo 30th, bukan setakat gaji, semua pon masyuk time tuh :)



*****


sejak tiga bulan bergelar darah manis ni, 
takda laa berlaku apa apa sangat
sweet sweet tawar gitu je laaa
lagipon kitorang ni agak culture shock sikit dengan percintaan jarak dekat ni
haaaaa dekat sangat
rezeki dah sebab dua dua dapat kerja daerah yang sama dan tinggal pon dekat, 
satu selangor laaa jugak :)
gadoh gadoh poyo tuh memang berlambak laaaa tapi yang tak gadoh lagi berlambak


hummmmmmmm cincin tunang memang yaya jarang sangat pakai
pakai bila ada event tertentu jer :)
sayanggggggggggg la nak pakai selalu waaaa gituh *pooodaaahh


yaya senantiasa bersyukur dan berdoa hubungan kami akan berkekalan hingga 
ke sebuah perkahwinan
dan perkahwinan yg dibina berpanjangan selama hayat kami
harap sangat dapat kahwin umur 25tahun ikut sunnah Rasullah :)
inshaAllah :)


layan gambar tunang seketul dua okek :)





picture edited by the photographer :)



thanks semua :)





Thursday, January 3, 2013

. .random terakhir on 2012 :)

blog e yokoso yaya ayarus


salam semua 
tahun 2012 sudah pon melabuhkan tirainya
banyak kenangan manis pahit suka duka tahun 2012

yelaaaa

memang macam tak percaya dan masih tak percaya 


1. 28.01.2012 pertama kali menjejakkan kaki ke kota kinabalu sabah :)

2. 28.03.2012 mr japang Aidil Shazrin Ismail saya selamat pulang ke tanah air dengan sebentang ijazah kanji jepun kejuruteraan makanikal setelah 5 tahun mengharungi liku liku kehidupan berada di perantauan 

3. 30.03.2012 pertama kali celebrate anniversary ke 5 tahun di Menara Kuala Lumpur

4. 16.04.2012 mr japang lapor kerja hari pertama di kilang jepun Renesas Semiconduktor Teluk Panglima Garang as engineer

5. 28.04.2012 yaya berhenti kerja di syarikat harta tanah swasta VPC Alliance PJ   :(

5. 12.05.2012 mr japang menghantar keluarga dan rombongan merisik 

6. 14.05.2012 yaya bertukar kerja secara tetap di bawah majikan kerajaan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Klang. Officially lapor diri hari pertama dan memandangkan birthday mr japang pada hari tersebut, memang niat yaya memilih tarikh tersebut sebagai permulaan kerja di kerajaan

7. 16.05.2012 pertama kali merasa tiup lilin hari lahir yang ke 25 tahun disambut hanya berdua dengan mr japang 

8. two of my best friends get married. Aimi Liyana and Nur Aklili Nadrah

9. hari raya aidilfitri pertama kali bersama mr japang :)

10. 20.10.2012 mengikat tali pertunangan Aidil dan Suraya dalam suasana meriah kedua belah keluarga berkenalkenalan

11. dan ternyataaaa, banyak lagi yang pertama kali dan paling tak percaya, tamat sudah percintaan jarak jauh kami yang kini macam belangkas asik keluar jerrrrr tiap tiap masa haissssssssssssssssssssss















picha edited by aidil shazrin ismail :)


pertama kali menjejakkan kaki ke japanese village, bukit tinggi, pahang
30.12.2012






thanks semua :)


Thursday, December 20, 2012

Dua bulan si darah manis ~ 20.12.2012 :)

blog e yokoso yaya ayarus



today mr ex boifren masih mc!
but dah keluar dari wad malam tadi
saje telling telling uolsss
sebab lunch kang beliau nak datang office beta :)
terharu ouchhhh! walau saket saket pon beliau boleh drive singgah office beta :)



haahaaaaa kerana?

sbb today  


20.12.2012


means


our engagement anniversary as 2 months 




*heeeee 2 months pon nak celebrate mr japang ni




daaaa 
nak tunggu detik kol 1 for lunch :)


thanks semua :)

Wednesday, November 21, 2012

. .first month anniversary :)

blog e yokoso yaya ayarus






today is our first month anniversary as Darah Manis :)
20.10.2012 - 20.11.2012



yes! he remember the date :)
pagi pagi subuh lagi dah dapat picha 
patut laa whatspp duk berbunyik bunyik ~
tejukkkk hati kite bangun pagi tadi
lalalalaalalala










tengs mr japang comel ~


tonight he want to belanje me :)
yeahhhhh 



terima kasi semua :)



Friday, August 31, 2012

. .5 years 5 months anniversary :)

blog e yokoso yaya ayarus

heeeeee :)
30th August :)
today is a happy day for me :)
becouse of ------ >   
today is the 5 years 5 months anniversary of our good relationship:)
sweet number as well :)

yes! 5 years 5 months! clear.

never lost contact, never lost in the middle, never break off, even for a day
then it is clear from beginning of the same age love




+




Dear Mr Aidil Shazrin Ismail,


every 30th of month;

just re-live the past, 
read our previous massages
re-watch our video, 
re-change our handphone' wallpaper photo,
re-change our laptop' screen, 
re-look at our 5th years anniversary's album and anniversary's post together and ;
reflect on the last year


no one else would understand our Long Distance Love relationship
and no one else in this world would understand me the way you do



hoping that the love, u shared years ago
is still as strong today as it was


you have made me a better person by loving me for
who I am



Happy anniversary dear
let this date dont'stop you from enjoying life and every single day of it.
i wish u many happy returns with all my heart


A good girlfriend gives happiness and long-life to her boyfriend
For our anniversary to wish you to share this long life with me

Thank you for being my partner, my lover and my friend




p/s: 
korang layan je la haku yep yg tengah kemaruk bunga bunga cinta ketika ini hokeh
wakakakaaka
yeler sapa tak pernah bercinta yer dop?

moh ler layan gambar anniversary genap 5 tahun aku, 5 bulan lepas, 
celeb first together at Menara Kuala Lumpur




Happy Man :)



  


 nampak bayang bayang tu  ----> gedix kan? sebenarnya gayat ;p

 ok dah berada di road level tadi berada di puncak :)


Thanks semua :)
nak suruh aidil tulis belog pulak pas ni
asik aku je SS :)
wakakakakaaakaka
kalo dia rajin laaaaa citer nya

okbai





Friday, April 6, 2012

. .gift talk from him


Blog e yokoso yaya ayarus


  


Malu jer
yaya tak beli apa apa pun untuk dia


Lupa vs tak sempat


Thanks hubby

Ada 5 kuntum love pink yang bear ni pegang
Dah tahu dah maksud 5 tuh

Love u alots
happy 30th MArch :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 31, 2012

. .dinner at kuala lumpur tower

Blog e yokoso yaya ayarus

PERTAMA KALI celebrate anniversary
Teruja berada tingkat paling gayat paling
250 meter dari aras tanah
Melihat seluruh bandar kuala lumpur


Malam yang indah
Saat restoren berputar tanpa sedar
Kelihatan KLCC cantik bercahaya lalu sekali dua
Mengalihkan pandangan sejenak ke luar
Sambil menikmati makan malam yang sangat romantis
Dialun lagu lagu yang begitu menenangkan


Malam itu
Kami bersembang penuh cerita
Mengenai hal hal masa lalu, kini dan kehadapannya
Terima kasih semua turut mendoakan
Ku pasti kalian juga bahagia

Aku menikmati bahagia yang kalian semua pernah rasa terlebih dahulu
Tak salah bukan?

Huhuhhhh
Apa daa aku merapu ni
Maap maap
Ampun dan maap jika post ini ada menjengkelkan
Cepat cepat tekan pangkah atas kalo kalian ada rasa nak muntah
Huhuhuuuuu

Sebelum nak layan gambarrrrr


Apa celop Toqqqqqq

Yaya ayarus tak dapat nak gambarkan betapa gembira ketika ini
Saat mr japang dah pun berada di sisi



Maaf saya tak dapat beli apa apa untuk awak, mrjapang!

Walau awak selalu ada masa untuk beli apa apa untuk saya

Terima kasih kerana makan malam ini
Kita mencipta satu lagi memori terindah
Terima kasih kerana menyintai saya

Saya menangis terharu ahhh tipu jer



Happy anniversary paling indah


Setakat ini

Moh ler kita layan gambarrrrrr












Thanks semuaa

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

. .happy 5th annyversary 30/03/12

Blog e yokoso yaya ayarus

30-03-2007
Kita kotakan janji kita
Untuk setia menunggu
Walau pelbagai dugaan mendatang


30-03-2012
Memberi sinar kebahagiaan
Semoga tahun ini lebih indah dari tahun tahun sebelumnya


 * haribulan setiap bulan

5 tahun
suatu jangka masa yang panjang
walau akhirnya "pejam celik pejam celik"
tidak pernah bercakaran terlalu lama
tidak pula merajuk panjang panjang
tidak juga ambil sikap suka 
'taknak angkat telefon, taknak mesej, taknak webcam, taknak itu, taknak ini" 
dan juga tidak pula marah bila 
"tak call, tak mesej, tak webcam, tak itu, tak ini"

sebab masing masing faham tugas masing masing
masing masing juga ada kehidupan masing masing
cuma masing masing hanya tidak boleh berjumpa kerana jarak begitu jauh memisahkan
hanya berpegang teguh kepercayaan, ikhlas, jujur, setia dan kasih sayang
membuatkan hubungan tidak pernah terputus sepanjang usia sebenar perhubungannya.  
benar. genap nya LIMA

Ya Tuhan kabulkan niat suci kami
hanya Engkau Maha Mengerti lagi Maha Memahami

Kubersyukur Kau temukan aku dengan dia
Hanya meminta pertolongan dariMu
Kerana hanya Mu yang menentukan jodoh yang kami rancang


Semoga perhubungan ini berkekalan sehingga ke ikatan yang diredhai Mu



Happy anniversary yang ke-5

Aidil Shazrin Ismail dan Suraya Ghani
30-03-2007   -   30-03-2012



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 3, 2011

. .happy 4th anniversary

blog e yokoso yaya ayarus


30.03.20XX

30 march
menjelang nya tarikh ini
yaya jadi sedih semula

kali ni kali 4 yaya tak dapat celebrate dengan aidil

perancangan nya
waktu ni yaya dah plan nak celebrate dekat jepun
tapi tak berkesempatan

yaya jadi pendiam dan terus terusan membiarkan hari itu berlalu pergi
malam tu
satu mesej pun yaya tak reply wish pada dia
dan satu call pun tak angkat

bukan merajuk
tapi perlu kan perhatian yang lebih dari sekadar panggilan telefon
dan yaya tahu perhatian yang lebih itu memang sesuatu yang mustahil akan berlaku
buat masa sekarang


aidil shazrin
saya minta maaf

happy anniversary yang ke 4 tahun perkenalan kita
walaupun kite dah kenal lebih dari 8 tahun


30 . 03 . 2007






cincin saya tertera nama awak
cincin awak tertera nama saya

thanks












bye everyone~