Showing posts with label Girlfriends. Show all posts
Showing posts with label Girlfriends. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Welcome to the world baby :)

blog e yokoso yaya ayarus


7july 2013
yaya sampai dah sebulan belum berkesempatan lagi nak melawat baby ann :)
girlfriend yaya dah bersalin wehhh lupa nak habaq hang!
ngeeeeeeeeeeee :)











comel okek
tapi alahaiii
seketul je gambar ann upload kt fb
cool steady ann ni 
takde beriya upload2 picture baby first dia
mintak2 kat whatspps jaaa
kalau yaya, dah penuh wall asik upload gambar baby je kannnnn :)
ngeeeeeeee
*henfon dia rosak kot?


apaa apa pun selamat berpantang di bulan puasa
ann sama macam mak yaya dan mama aidil
bersalin bulan ramadhan :)
yaya lahir 18 ramadhan, aidil 16 ramadhan
jenuh ganti puasa :)
takpe, tunggu ganjaran di sana kelak ya Ann :)


Thursday, February 14, 2013

miss my girls :)

blog e yokoso yaya ayarus



Hi girlfirends!
 miss uolls so much :)



our relationship since 2000-2013



one by one asking my preparation thru whatsapps
everything plus minus some up some down
thanks a lot darlings


before me enters marriage,
 lets celebrate my "last night of freedom" 
lets bachelor party :)


soon
inSha Allah







two of girls are now preggy :)

*****

Monday, December 3, 2012

. .saya sayang kamuuuu :)

blog e yokoso yaya ayarus


oooo 
ni special entry nih
pagi tadi lalu lalu facebook dia
kemain photographer dia added photo
fulllamakkkkkk
picha dengan i kot?????? oouuuchhhhh!
feeling lebih laaa sikit sebab i suka semua picha dengan dia lagi lagi picha yang ni



tadaaaaaaa 



-
-
-
-
-












to my best friend, cik nur izzati abu hanipah a.k.a olliey a.k.a atie :)
** masih cik lagi ni okek, boleh mengorat   :)
saya bahagia kerana kamu bahagia
jatuh bangun anda, susah senang anda, pertolongan anda, budi baik anda, 
suka duka, cerita sedih cerita pahit, hakk tuiihhh semua adaaaaaaaaaaaaaaa
yang penting kita sama sama happy
penghijrahan pertama anda saya sokong 150%
kita banyak simpan rahsia ooooooooo
haaaahaha ada satu gurauan kasau sampai mati cerita tak boleh terbongkar kahakahakahkah

semoga kita sama sama meniti hari hari bahagia dan 
liku liku kehidupan di masa akan datang
i love u



*****


lagu ni sangat sesuai untuk hang dan boifren hang yg "ting tong" masuk air tu
semoga kekal ceria bahagia dengan gelak tawa boifren hang 



hanya bayu kenal atie
dan hanya atie kenal bayu
semoga lekas lekas kahwin tapi ingat jangan kawen dulu dari aku 
wakakakaakakakaka



 ~150juta ~

Untuk kali keseratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..




tettttttt
okek bye :)
xoxo muahks 








Thursday, September 20, 2012

. .bbq raya hapdate :)

blog e yokoso yaya ayarus


last dua syawal :)
cerita bbq disini


pagi tu pukul9 pagi yaya dan emy ke pasar pagi di NSK selayang
kemudian tengahari semua masing masing pegi wedding dan open house dulu
then kul6 petang baru start masak memasak potong memotong
sebab lepas maghrib kawan kawan akan sampai :)




*****
peraman ayam madu for bbq


diperam sejak pukul12 tgh hari lagi
guna madu dan kicap ajer
nadia ni kalau dapat basuh ayam, sampai nak tinggal tulang ayam tu heeee :)
sementara nadia buat perencah nyaa, yaya boleh main dengan baby damiot

 








*****
coleslow dan mashed potato


emy orang pertama sampai awal rumah yaya
sampai jer rumah terus pegang pisau hiris hiris segala macam sayuran utk buat coleslow
wehhhh gilaa sedap okek! awesome 
semua yang datang cakap sedap, tambah pula emy buat mashed potato sekali
kalah kfc waa cakap luuuuuu
siap tak cukup, then tambah lagi buat
so tahun depan ada rezeki nak buat lagi, then boleh buat lebih sikit





 







*****
bihun singapore


haaaaa chef atie ni sampai paling lambat
pukul8 baru sampai, baru nak buat bihun singapore
yaya, emy dengan aidil dah risau dahh sapa laaa nak buat bihun utk 20 org makan nih kalau kalau atie tak datang terus
haisssssss bihun singapore dengan bihun biasa beza dia takde cili je
bagi yang pandai masak memang kacang mak enon la jawap nyaaa
yelaaa yaya memang tak laaa nak masak
masak utk diri sendiri boleh laaaaaa
haaaaaa emy dah siap kan semua bahan bahan bihun singapore tunggu atie datang jer
kalau la atie tak datang, mmg emy je laaa yang masak :)
sekali atie sampai, handbag pon tak sempat letak dlm bilik
tup tap tup tap, 15 minit jer siap bihun singapore diaaa
haaaaaaa memang kacang mak enon




 


 


*****
kek coklat


ann dan taufik tetamu paling last
sebab diorang pon busy open house sana sini
yeahhh ann bawak kek coklat very sedappp ok
tinggal 3 4 ketol je dari satu bekas penuh :)
lepas ni habis laa bisnes bakery kalo ann bukak kedai kek


 

*lupa amek gambar kek terima kasih




*****
coaktail




haaaaa campuran buah coaktail, buah laici, buah rambutan, buah nenas, epal hijau, 
nata de coco, susu cair, sumi jelly
senang sangat tak payah guna air gula tak payah guna kuali
aidil bukak semua tin buahan, yaya tukang bubuh tuang gaul :)
kannnnn kacang :)



ok mari layan picture kami :)






dua dah kawen dikepit oleh dua belom kawen












nak pantun sikit boleh?



sungai buloh diberi nama

tempat jatuh bangun semua
menyambut syawal dengan gembira
sampai sebulan kami beraya


cewwahhhhh :)






ceceeee terima kasih datang rumah kami
hahaa ada gaya tak?
hadoiiiii laa jangan berangan     *mana ada rumah kami lagi la gila
haissssss teringin nya nak ada rumah bersama buat open house bersama
jempot semua datang kerumah nanti
masak pon bersama :)
hadoii hadoii hadoii  * sila muntah banyak sikit


thanks semuaaa



















Wednesday, September 19, 2012

. .bbq raya wit sungai buloh's friends

blog e yokoso yaya ayarus

Assalamualaikum semua
haaaa last raya lepas yaya dan girlfriends ada buat BBQ raya ooooo
dua hari sebelum berakhirnya syawal tahun ni
bukan buat besar besaran, bukan buat rumah terbuka taw
tahun ni takda budjet nak buat rumah terbuka :(
bbq raya ni kitorang tong tong collect duit sape sape yang datang :)
yelaaaa kang ada yang tanya? ehh kenapa tak pelawa? 
yaaaa ampun ampun, bbq raya for sungai buloh friends *only 15 - 20 yang confirm datang and collecting *wink wink
esok lusa ada budjet yaya belanja semua nasi minyak *haaa amacam?


siapa siapa sempat puasa 6 syawal, tahniah laaa noe!
syawal pon dah berlalu dengan jayanya





planning bbq raya ni tak laa dari mula raya nak buat
planning tak dijangka la citer nya
bermula dari dalam tweeter kawan kawan sekolah sungai buloh yaya dan girlfriends
dorang suruh yaya dan girlfriends handle bbq tahun ni :)
kawan kawan sungai buloh memang tiap tiap tahun buat bbq cuma lokasi tahun ni ialah



di rumah yaya :) 

almaklumlahh
yaya kan tak duduk sekali dengan mak ayah
kira sekarang yaya consider menyewa laa rumah mak ayah di sungai buloh tuh 
tapi tak lah bayar sewa malah cari lagi seorang penyewa bilik
haaa duit sewa dari penyewa tu cukup laaa bayar bil astro, elektrik dan barang dapur rumah :)
alhamdullillah

dan memandangkan rumah mak ayah di sungai buloh tu hanya yaya dan penyewa je tinggal
haaaaa boleh laaa buat bbq raya sakan dengan kawan kawan
iyee dok
uolsss buat macam rumah sendiri yep :)



menu kami malam tu ialah :

ayam madu peraman air tangan nadia
mashed potato dan coleslow dari air tangan emy liyana
bihun singapore dari air tangan atie dan bayu
kek coklat dari air tangan ann dan taufik
dan minuman coaktail dari air tangan yaya dan aidil 


haaaaaaa baguskannnn kitorang
*** coaktail adalah yg paling tersenang didunia :)




posing sattt



schoolmate yang sempat hadir :)
mekacih kalian



ok next entry yaya hapdate ehhh :)
busy plak dahh, boss panggil haissss


okbai :)


 

Thursday, September 13, 2012

. .mode travelling :)

blog e yokoso yaya ayarus

20 september 2012
yaya akan fly ke indonesia sekali lagi
sebelum ni pergi tahun 2010
kali ni pergi bercuti bersama sama girlfriend yaya







trip ke bandung asalnya ialah planning dari mama aidil dan sepupu sepapat beliau
mama dan sepupu sepapat aidil seramai lebih kurang 6 7 orang pakat pakat booking flight tahun lepas because
one of aidil' cousin nak kahwin on this coming november
yaya belom booking masa tu

selepas diajak, dikira budjet, dihitung timing cuti
maka yaya pon booking bersama seorang lagi sepupu aidil yang nak turut join




haaaaaaaaaaaaaaaa


after one month booking, air asia ada buat promotion 
KL - BANDUNG RM29!
kuang hasammm boi sungguh!!! *kebabian disini
aku booked dekat RM500 beza one month je pon, harem jer betoi

masa ni la yaya dengan gembiranya pi la ajak mengajak atie, 
girlfriend yaya sorang ni ekot sekali
yelaaa flight kan murahh
atie sangat on, walaubagaimanapon buah hati dia pon nak ekot juga
haaaa bila buah hati dia ikut, yaya pon laju laaa ajak aidil sekali, bg dorang geng!
dah pon booked for atie, bayu and aidil sekali
then, yaya pon shared laa gembira bahagia trip to bandung with yaya, atie, bayu, aidil dekat facebook hahahaahaha

masa ni, nadia, another one of my girlfriend plak nampak share link tu terus nak join jugakkkk
uppss nadia, adam dan damia pon booked selepas itu!
sebelum nadia booked flight, emy, also nak join trip sebab nadia ikut
emy cakap kalau nadia pergi, emy pon pergi
haaaaaaa syok nyaaaa la kannnnn


yaya
atie 
nadia
emy

akan tetapiiiiiiii
hmm nampak tak yaya pangkah nama nadia kat atas tu?
nadia tak jadi pergi. huahuaahuaaaaa :(((
sebab nadia dah ada baby yg masih belom berjalan
lepas raya hari tu baru nadia bagi taw 
before dia booked, nadia guess baby damia boleh jalan dah on september 
sebab dorang tak pernah travel jauh bawak damia
tapi baby damiot dia masih tak boleh berjalan sampai sekarang, then dorang cancel flight kali ni
sedihhhh jugak :(
tapi takpa laaa, untuk kesenangan dan kesihatan dorang jugak
so baik tak payah pegi je
lagi pon emy tetap on, walaupon nadia cancel

then, 
aidil plak dahh kena cancel flight sebab tak dapat cuti
dua kali sedih :(
yelaaaa dia kan baru start keje
belom pon dapat confrimation kerja
maka annual leave pon tade
haissss nak mc, hmm takkan 4 hari plak nak mc 


bila aidil cancel flight, bayu BF kepada atie pon cancel jugak :(
waaaaaa sedih ketiga :)
yelaaaa bayu nak gang sapa pula
lagi pon kebetulan time tu bayu and family kena pegi penang 
tape laa, dah ada emergency, what to do


so trip kali ni 
kami bertiga sajer 
yaya, atie, emy 
*and togehter wit mama aidil and his cousin laaaaa

inshaAllah akan ke bandung 3 hari, jakarta 1 hari
doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat
sebab ada dengar dengar gunung berapi di bandung akan meletusss
kalo tsunami kt jepon boleh laa air asia return flight semula
kalo tade apa apa feed back dr air asia, makna nyaaa ok la kot kannn


oke thanks semuaaaa
cuti yaya pon dah approve
duit rupiah pon dah tukar
im counting dayyyys
hooreyyyy hoyeee !









Tuesday, August 14, 2012

. .iftar dan masak

Blog e yokoso yaya ayarus



Majlis
Berbuka puasa


Tarikh 
3 Ogos 2012 


Lokasi
Home sweet Home yaya ayarus
Paya Jaras Hilir, Sg Buloh


Tetamu Iftar
Yaya
Nadia
Emy
Atie
Adam
Bayu
Aidil 
Si kecil Damiot


Menu Masakan
Masak Lemak Udang 
Sambal Tumis Ikan Bilis dan Kentang
Kangkung Belacan
Ayam Goreng Kunyit #paklah
Telur Dadar
Air Bandung Soda Gembira
Kuih Muih di Bazaar
Kurma




Malam rabu 1 Ogos 2012 dua hari sebelum majlis
Aidil teman yaya ke pasar kat klang
Lepas kami balik kerja, lepas berbuka bersama, lepas solat magrib bersama 

di rumah nenek di klang
Terus yaya senarai kan kat dia lauk pauk yang akan dimasak

Aidil dengan yaya sama jer
Dua dua tak kenal jenis sayuran dan jenis ikan
Masa tunggu ayam segera dipotong 16
Yaya dan aidil berjalan2 tengok barang basah di pasar
Comel sangat ok aidil pegang bakul sepanjang kami di pasar tuh
Gambar takde laa kang over plak


Yang kelakar nya yaya cuma ada rm30 dlm wallet dan aidil cuma ada rm20 dlm kocek
Wakkakaka
Kitorang budjet budjet gila membeli





  1. Beli ayam cari yg kecik2 supaya bila timbang ringgan sikit
  2. Beli udang sampai kira kira kuantiti 3 per pax
  3. Ikan bilis beli dua tiga jemput je cukup untuk 2 hidangan lauk

Dan semua lain lain dalam kuantiti yg sederhana
Akhirnya cukup



Tahniah yaya dan aidil sebab buat kali pertama kalinya, 

pandai beli barang basah di pasar :)



Pada hari majlis,
yaya pulang lewat dari tempat kerja
Sampai di rumah, emy dah sampai dulu rumah yaya
Nasib ada housemate yaya, buleh dia buka pintu rumah
Housemate yaya tak join sekali majlis kami sbb nak buka dgn bf dia
housemate yaya sempat masak nasi sbb takut kami semua pulang lewat




Bila emy dah solat asar
Yaya bentang tikar kat dapur dan turun kan semua bahan2 masak
Pastu yaya tengok rumah macam berselerak
Yaya pun kemas laju laju cincai cincai
Yela ada orang nak datang
Lelaki pon datang juga

dah habis kemas, yaya keluarkan semua pinggan mangkuk cawan sudu dalam almari dan basuh sambil lalu
Kemudian yaya letak atas meja sbb nanti nak lap
Pastu yaya bentang tikar diruang tamu pula sbb nanti akan makan kat ruang tamu je


Acara masak memasak berlangsung sehingga la azan magrib berkumandang
Kami berbuka makan kurma dulu
Lepas semua selesai solat magrib

Kami hidangkan juadah masak masak kami






Masak lemak udang dari air tangan aimi liyana



Sambal tumis ikan bilis dan kentang dari air tangan Atie Olliey



Kangkung goreng belacan dari air tangan Nadia



Ayam goreng kunyit #Paklah dari air tangan Atie juga 



Bandung Soda Gembira dari Adam, hubby nadia 


Syukur sangat dapat berbuka dan memasak bersama
Walaupun berbuka selepas solat magrib
Tak sempat masak laju laju
Semua pun sampai rumah yaya 630 selepas pulang kerja
Pukul9 baru selesai makan 

kita layan gambar je ehh
nak upload gambar memasak
kang banyak sangat
resipi satu satu kang jadi panjang berjelar jelar
so upload gambar makan makan jer ehh :)










  






Alhamdulillah tertunai salah satu sunnah nabi
"memberi makan kepada orang yang berpuasa"

terima kasih semua





Published with Blogger-droid v2.0.4