Showing posts with label # Eday 8 : Hantaran from Suraya. Show all posts
Showing posts with label # Eday 8 : Hantaran from Suraya. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

. .E-day 8 : Part 3 : Hantaran from Suraya

blog e yokoso yaya ayarus


Assalamualaikum

okek nak start dari mana ehhh?
cerita nya nak hapdate one by one dulang hantaran berserta gubahan from me to him ~



belog ni dah tak separate cerita kahwin tunang dengan bicara cerita sendirik
maleh nak manage dua tiga belog daaaaaaaa
haissssssss




ok let me share about our hantaran 
satu dulang gubahan yaya tempah RM35 sedulang termasuk harga sewa dulang seperti pakej disini :)
harga barangan, let us keep as our privacy la yep :) 
harga harga lain mcm quatation ke? sewa? baju ke? tu takpe laaa kita share
heeeeeeee :)


ok tempek balik senarai barang hantaran suraya kepada aidil, boleh dapat dekat engagement checklist, disini yep





15 buah dulang 
cik ayarus to incik eyedeal


1) Sirih Junjung
2) Handphone Samsung Galaxy S3
3) Rayban Sunglasses
4) Sony Dslr + New Lens
5) Jam Tangan 
6) Kasut
7) Wallet + Belt
8) Kemeja
9) Baju Nikah + Sampin
10) Perfumes
11) Buku – Pengetahuan Am Muslim 
12) Buah buahan
13) Kek Fondant 
14) Cupcakes
15) Coklat




gubahan hantaran yaya guna fresh flower bunga kekwa
purple peach as theme :)
risiko bunga segar nih, haaa cepat laaa layunya kang
maklumlah bukak kipas siling sana sini, berterbangan laaa daun daun kelopak bunga
tapi alhamdulillah yaya berpuas hati dengan gubahan dari rezo collection
layu nya one day after event :)
bau bunga pon wangi satu living on that day :)





1. Sirih Junjung
Digubah khas oleh incik Rezo 
merangkap pihak yang mengubah semua hantaran yaya ayarus :)
yaya tak request apa apa design sirih junjung dengan beliau
terserah beliau nak gubah bagaimana,
ok dok?



*****

2. Handphone Samsung Galaxy S3
tarikh beli 30.08.2012
beli disini hari tu dengan mr japang
ahhh semua barang pon beli dengan beliau
sebelom beli selalu dok google apa yang best sangat S3
tah? nak S 3orang kot?
(S = isteri) 



*****

3. Rayban Sunglasses
tarikh beli 16.06.2012
masa ni tengah dating kat pavilion
lepas tu cadang nak survey je kat optical 88 tu
sekali jumpa model rayban yang beliau berkenan
model SRB- 4171
first tu, memang la tak beli terus, sebab konon nak cari kat tempat lain
sekali tempat lain tade dah model tu
langsung laa pergi kali kedua ke pavi semata mata utk membeli
nasib hader :)




*****

4. Sony Dslr + New Lens
yang ni mr japang beli di jepon nuu
sony kat sana kan murah sikit compare sini
walaupun sony ni dah pakai sebelom tiba majlis, tapi ada pertambahan baru
~ new lens ~
also beli kat jepong jugak :)



*****

5. Jam Tangan
tarikh beli 10.09.2012
Jam ni rasa barang yang kitorang beli paling last kot?
beli dekat Aeon Bukit Raja, Klang jer lepas balik kerja heeeeee :) 
model atau brand apa, masa ni mr japang tak kesah sangat
dia yang nak pakai kerja
so bergantung pada keselesaan dan jenis matarial dia
dah berpuluh dah jam tangan koleksi dia;0
suka sangat kumpul jam, dating pon tukar tukar
hurmmm design French Connection (Fcuk) telah berjaya menambat hati beliau




*****

6) Kasut
tarikh beli 31.08.2012
mase ni pon tengah jalan jalan dekat One Utama shopping Center
masuk kedai zara, jumpa pulak design kasut yang beliau nak
zara is one of his favourite outlet
zara jepun pernah singgah, zara korea pon penah masuk
aidil tak pilih kasut untuk pakai kerja
sebab kerja beliau tak memerlukan kasut kerja macam selalu machoman pakai
yela, dia keje kilang je pon :)
jadi, dia pilih kasut yang boleh pakai jalan atau pergi wedding weekend
dia ni tak suka pakai seliper :(



*****

7) Wallet + Belt
Tarikh beli 31.08.2012
sama sama tarikh beli kasut
zara malaysia one utama shopping center
wallet kat sini tak banyak design pon
tapi disebabkan wallet dia dah semakin rabak
beli laa yang baru yer dok?
Belt beli pada 10.09.2012 sama sama dengan jam tangan
belt ni main pilih je design mana pon tak kesah asal boleh pakai pi kerja :)



*****

8) Kemeja
Tarikh beli 31.08.2012 
sama sama jugak tarikh beli dengan kasut dan wallet
di outlet yang sama jugak heeeeee :)
aidil kalau beli kemeja Zara, amek size M sebab bergantung pada harga dan kualiti kemeja
kalau brand sikit beli size besar sikit utk long term
yeler takot takot tergemok terboncit
waakakakakaakaka
tapi selalu size kemeja beliau ialah S (benci!)




*****

9) Baju Nikah + Sampin
tarikh beli 21.09.2012
mesti laa yaya beli di bandung, indonesia
mase ni beliau tiada
so yaya yang pandai pandai tentukan kain apa warna apa utk nikah nanti :)
aidil ni okek, tak cerewat bab bab kain ke warna ke
then beli 5 meter untuk beliau
ingat, raya depan kita pakai baju nikah jugak ok :) * yeke pakai?
sampin, yaya minta cousin aidil beli di kelantan
sampin punya design pon yaya yg pilihkan
alhamdulillah, kena dimata org yg nak pakai kang



*****

10) Perfumes
tarikh beli 16.08.2012
yang ni rasa beli paling awal kot?
beli dekat Aeon Bukit Raja lagi :)
aidil memang dari dulu yaya beli kat brand Hugo Boss
dah sebati hari hari bau dia macam ni hahahaahah
so beli laa tambahan walaupun perfume lama belom habis
aidil cakap kotak yg lama pon masih simpan cantek, dah dapat kotak baru, yeahhh 



*****

11) Buku Agama
tarikh beli 10.09.2012
buku ni dipilih oleh aidil sendirik
mula mula dalam checklist kitorang nak letak alQuran dan rehal
sekali tiba tiba si aidil ni google search pulak disini
tidak mahu meletakkan Alquran sama level dengan kasut, baju dll
terus hantaran ini digantikan dengan buku buku islam serta merta
alquran tetap kami hadiahkan masing masing tetapi tidak digubah dlm hantaran
passing belakang belakang je :)



*****


12) Buah buahan

buah buahan di sponsor khas oleh Cik Ida

ibu saudara yaya merangkap ketua masak memasak

beliau beli sehari sebelom majlis

yaya serahkan kepada cik ida apa pon jenis buah buahan :)



*****

13) Kek Fondant 
Tarikh booking 12.07.2012 :) awal kan?
tarikh collect 19.10.2012, sehari sebelom majlis
yaya request nak design macam ni
baju yang figurine pakai biar sama dengan baju tunang nanti :)
uollhs boleh tempah kek disini yep
Fawie's : Bake-a-wii



*****

14) Cupcakes
Tarikh booking 10.07.2012 ;)
ni pon consider awal jugak
yela senang :)
memandangkan aidil ialah peminat tegar kelab ManU
yaya pon tempahlah cupcakes Manchester United :)
aidil pon tak tahu, bila datang majlis baru dia nampak. suprize laa konon :)
bole tempah disini yep
Inhousecake



*****

15) Coklat
di sponsor khas oleh Cik Murni
ibu saudara yaya jugak
beliau tempah dengan officemate beliau
yaya request letak nama Suraya dan Aidil pada coklat :)
boleh laa tempah dengan beliau kalau mahu yep :)
klik disini :)



*****
 


tamat sudah :)
terima kasih yep
nak berehat jari jemari dulu k bai :)








Wednesday, November 14, 2012

. .E-day 8 : Part 2 : Rezo Collection

blog e yokoso yaya ayarus



ceritera majlis masih belom selesai
saja simpan disini esok lusa boleh guna pakai :)

ok nak cerita mengenai pakej gubahan hantaran
pakej gubahan hantaran yaya dan aidil digubah khas oleh rezo collection

ya, dua dua digubah dari vendor yang sama :)
kelakar kan?
heheheee senang kira ceritanya
kerja vendor pon senang
tapi yaya tak tahu design dan jenis dulang yang dipilih oleh pihak aidil sehinggalah hari majlisnya :)


rezo ni diperkanalkan oleh bff atie :)

lagi pulak butik rezo collection ni dekat dengan rumah yaya di sungai buloh
so takde laaa kos pengangkutan bagai :)


waktu atie kenalkan rezo menerusi facebook

yaya dah suka gila tengok hasil kerja dia
tengok gambar je pong
terus laa yaya minta quotation menerusi private massage :)

haaaa meh tempek quotation yang telah diberikan beliau :)







ini quotation Gubahan Hantaran 2012 taw
for 2013 boleh minta lain 

klik disini






senang jer berurusan dengan rezo nih

beliau datang rumah yaya sendiri minta yaya design pelamin dan gubahan hantaran
pelamin punya quotation yaya tempek lain k
punya laaa selesa lama bincang di rumah sendiri
lagi pulak 3 bulan sebelum bertunang yaya dah prepare nak design macam mana
haaaaa banyak masa kannnnn?


yaya amek package paling atas sekali jer 

yang RM35 design half round
pihak aidil pon sama :)
sama sama guna bunga kekwa fresh flower
mula mula yaya minta bunga sakura artifiacial (konon nak konsep jepong)
tapi rezo tak dapat sediakan sebab mereka mengekalkan bunga segar untuk gubahan mereka
perbezaan hantaran yaya dan aidil ialah jenis dulang yang kami digunakan
dulang hantaran yaya ialah jenis bantal :)
dulang hantaran aidil ialah jenis besi :)
dan pulak warna fresh flower yaya still peach purple, aidil  --> macam biasa laaa, pink 
but plus turqoise ;)






gubahan hantaran from suraya 



gubahan hantaran from aidil




yang paling rasa bertuah, sebenarnya platfrom dulang eksklusif yang yaya dapat waktu majlis yaya --->

iaitu platform cermin tu sebenarnya untuk package lain
tapi rezo collection kasi free sewa sampai 28 platform cermin tu untuk yaya dan aidil untuk letak dulang hantaran kami
(15 dulang + 13 dulang = 28 platform)
sebabnya, rezo cakap jumlah hantaran yaya macam untuk dua event orang, meant banyak la sampai 15 dulang
tambah pulak double dari pihak aidil
kira dalam satu hari rezo konon dapat macam 4 majlis punya hantaran
yelaaaa normally tunang kan 7 dulang jer kan, tapi satu hari je rezo dapat 28 gubahan dulang :)
rezo collection pon cakap yaya first customer yang buat majlis tunang sampai 15 dulang



paling senang bila hantaran kita digubah, 

rumah yaya tak semak dengan prihal barang hantaran, riben, bunga, dulang semua
semua nya berada di tangan rezo collection
yaya rasa agak jimat bila nampak esklusive dibanding dengan harga sepatutnya
berbaloi dan puas hati :)

seminggu sebelom majlis, yaya kasi semua barang yaya kepada beliau (camera, baju, kain, etc)

beliau datang sendiri ke rumah n ambil barang
sehari sebelom majlis ---> gubahan siap!
siap sekali dengan dulang kedua belah pihak!
senang kerja jimat tenaga
masa boleh digunakan untuk menjahit dan decorate :)
sukaaaaaaaaaaaaa


apa pon yaya amat puas hati dengan servis dan pakej yang ditawarkan

alhamdulillah :)
pemulangan dulang, malam hari majlis juga yaya dah sediakan semua, maklumlah malas nak simpan barang orang, kang pecah kang tak pasal pasal
** ada lah satu dulang pecah serpihan, tapi rezo tak minta ganti :)
pihak aidil pon yaya pesan jangan bawak dulang hantaran tu balik rumah
tapi keluarga beliau bawak balik rumah sedara terdekat untuk tujuan amek gambar kenang-kenangan
silakan jer :)
nanti yaya tempek gambar hantaran one by one okek :)





Nota yaya :

seminggu keluarga datang kerumah prepare majlis dan masak memasak, 
semua dok tanya mana hantaran? tade ke?
heeeeeeee suprize laaaa, malam majlis kang sampai :)






. .E-day 8 : Part 1 : Cerite Hantaran versi yaya ayarus

blog e yokoso yaya ayarus


haaaa part ni rasa berdebar debar nak post

pasal barang dan dulang hantaran 
something gift for bride/groom to be :)

apa ke benda laaaa maksud hantaran tu weh?





"Barang hantaran yang lebih membawa maksud sebagai hadiah kepada pasangan, turut ditentukan untuk dibawa oleh kedua-dua pihak sama ada 
sepersalinan atau serba satu"




ramai orang datang bertanya tanya sok sek sok sek sekitar majlis yaya 



1. Wehh apahal banyak sangat woi jumlah hantaran ko bagi aidil and aidil bagi ko?  

-15 dulang berbalas 13 dulang? - 


2. ini dah macam nikah dah, apa merepek ko ni kasi banyak2?

3. fuiyo yaya, tunang dah macam ni punya barang hantaran, nikah esok macam mana la? mesti menggila lagi ?


4. buat habis duit je hang ni, tunang je pon nak kasi ?




huhhhhh :(



maaf la yep
yaya pon tak sangka sebegini banyak barang hantaran untuk majlis tunang 
mohon ampun sangat :)
barang hantaran yang yaya dan aidil request ni memang barang keperluan dan kehendak kami dan akan dipakai untuk kegunaan harian dan kerja :)

dan kami sangat berpuas hati kerana dalam satu hari, yaya terus dapat 13 hadiah :) manakala aidil dapat 15 hadiah!!
***** huuuu ni redeem hadiah bufday dan anniversary previous 5 years yg tak dapat celeb bersamakah?



meh laaa nak jawap persoalan yang berkumandang sekitar majlis :)






1. Wehh apahal banyak sangat woi jumlah hantaran ko bagi aidil and aidil bagi ko?  
-15 dulang berbalas 13 dulang? - 

- heeeee nasib baik 15, 13?
kalau 51, 31?
tak menangis dengar?
uppppssss

sebenarnya jumlah ni combine majlis tunang dan nikah sekaligus :)
senang sikit





2. ini dah macam nikah dah, apa merepek ko ni kasi banyak2?


- macam nak nikah? nikah pon belom daaaa
maaf laaa sebenarnya nikah nanti barang barang kami dah tak kasi lagi
ya, cukup laaa sekali mase tunang sahaja




3. fuiyo, yaya, tunang dah macam ni punya barang hantaran, nikah esok macam mana la? mesti menggila lagi ?


- nikah kawen esok, yaya dan aidil tak decide nak kasi barang hantaran lagi
nikah kawen kami akan pentingkan perkara makanan for keluarga dan tetamu sahaja
iaitu cathering dan keperluan lain
duit tidak lagi untuk membeli barang hantaran
cukup la sekaligus
nikah kawen, yaya nak keluarga dan tetamu dapat senang hati makan kenduri
itu je pon yang akan bahagiakan semua
lagi pon barang hantaran kan just untuk kami dua je :(
boleh bagi belakang belakang kalau mahu
but kenduri kawen kita ialah untuk semua dan seluruh keluarga

so cukup laaa waktu tunang dah merasa barang hantaran
waktu tunang, tetamu tak jempot ramai sangat
tetamu yang sedikit tu mesti nak tengok hantaran kita
iyela mase tunang, tade waktu bersanding tade waktu potong kek
lepas tetamu makan, mesti pi dekat pelamin tengok hantaran

for nikah kawen nanti, tetap ada hantaran
motif, yelaaa nak kasi gambar nikah kelihatan cantik
orang tua tua pon mesti nak ada adat adat itu ini
tepak sirih la, batal air sembahyang la
tapi hantaran kami yg lain semua adalah berupa makanan 
utk dikongsi seluruh kedua keluarga
manisan, kek, cupcakes, puding, buah buahan, sayur sayuran, 
no more barang hantaran untuk kami. InshaAllah




4. buat habis duit je hang ni, tunang je pon nak kasi ?


- hmmmm tu lah

duit tu tipu laa tak habis iya dop

tapi barang hantaran yang di minta memang utk kegunaan dan keperluan sepenuhnya
tak tipu wehh
yaya appreciate barang aidil kasi
aidil appreciate barang yang yaya kasi
kesemua kami beli bersama sama pilih pon sama sama
spend time berdua pi shopping beli
semua pasangan pon begitu kann?
simpan jangan kasi hilang
cuma hmm bilangan dulang nampak agak banyak walaupun nikah dah tak kasi
takpe laaa mungkin waktu ni kami ada budjet untuk beli hantaran
kang nak buat mase nikah kang takde budjet pulak
baik buat siap siap kannn?








Nota yaya :

thanks semua 
sudi bace apa yang di share
semua cita rasa lain lain kannnn?
yaya pon suka baca ceritera mereka yang telah bertunang dan berkahwin
tak kurang hebat yang belom bertunang dan belom berkahwin
bukan main
tangan ni asik bercinta dengan mr google
syok sangat membaca!
apa apa pon, kalau ada yang nak ikut cara yaya ---> kasi hantaran only for tunang
ikut laaa, mana mana pon okek
but if nak kasi lagi dua kali barang hantaran pon apa salahnya :)

***** kerana barang hantaran sekali gus ini sebenarnya idea dari mama aidil, 
yaya pon ikut beliau ja :)
sekian.