Showing posts with label kahwin kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin kahwin. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Happy Wedding Day Has & Putera :)

blog e yokoso yaya ayarus




Has & Putera
Solemnization : 5 January 2013 (Saturday)
Masjid Shah Alam

Reception : 6 January 2013 (Sunday)
Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh






























Monday, January 14, 2013

13. 01. 13

blog e yokoso yaya ayarus



waaaaaa
tarikh cun tu weekend lepaih
ramai kawen wooooooo
instagram facebook zaman zaman yaya umur 20-30 tahun sekarang ni memang zaman kawennnnnn jer laaaaaa
yelaaaa zaman ni laa kawan sekolah laa, kawan sekerja laa, semua kawan sebaya sebayi laa tengah kawen kawen :)
bukak je home facebook tuh penuh duk tempek gambar kawen sana kawen sini
memang tade yang tak kawen la citer nyaaa
kalau tak kawen pon sibuk pergi kenduri orang kawen 
kalau tak upload pon gambar pon, sibuk kena tagged sana sini yer dok?

haaaaaaaa
yang paling best ada jugak yaya dapat komen "asik pi kenduri kawen upload gambar kawen, yang diri sendiri tak kawen kawen" kahakaahakahkahh


sebenarnya nak story pasal 13.01.13 -->
kawan yaya kawen ni haaaa tema putih ala ala garden uolls :)
i likeeee seribu kali!




fuhhhh tak sabar nak tunggu anniversary yaya 30.03.13 :) 
tarikh cantik jugak tapi tak kawen time tu 
sebab nak anniversary cinta and kahwin separate :)
aidil suka celebrate2, untung laaa yaya :)






wedding of the year bagi yaya kali ini ialah perkahwinan has dan putera 
jiran tetangga je dua dua ni :)
memang gambar dia je penuh instagram dan home facebook orang upload 
wakaakakaka :)




happy wedding day 13.01.13
has dan putera :))
*majlis bertandang












*****

satu lagi perkahwinan leuniey dan apex
memang yaya dan aidil follow tegar instagram leuniey dan apex
penuh like gambar dorang ni hahh :)


happy wedding day 13.01.13
leuniey dan apex :))
*majlis bertandang











*****



officially both hubby and wifey :)
ada je gambor dorang ni cheq like noe :)







ok dah habis tempek gambar :))
dua perkahwinan 13.01.13 :))

semoga ikatan yang dibina diredhai Allah dan berbahagia sampai ke syurga :)
dari analisis yaya laaaaa, orang muda muda belom kawen macam yaya selalu wish pengantin baru mesti ada "semoga berbahagia ke akhir hayat", "semoga bertemu di syurga", :semoga dapat baby cepat cepat" dan bla bla blaaaa :)

tapi bila orang orang veteran sikit #dah kawen laa expecially, ucapan mereka mesti bunyi macam ni =
"banyakkan bersabar harungi alam rumah tangga", "banyakkan toleransi", 
"semoga dapat atasi masalah dengan baik", "dugaan cabaran rintangan dan elakkan pergaduhan" dan ________


kannnnn?
pernah dengar kannnnn?


so ucapan yaya ialah seperti yang diatas :)
heeeeeee
oke bye semua

Friday, December 7, 2012

. .selamat pengantin baru nadia dan acap :)

blog e yokoso yaya ayarus



ooooooo

first time pegi kenduri kawen
dari kul 12.30 sampai dekat kol 2.30, tetamu ramai tak henti henti
meja sampai tak tahu nak duduk mana yg kosong
almaklumlahhhh
wedding ni untuk kedua belah keluarga buat sekali satu harong :)

sebelom masuk dewan, rasa feel lebih lahh bila kat depan pintu gerbang terjumpa nama 
Nurul Izzah Anwar
wah wahh wahhh acap nadia kawen dekat kawasan Nurul Izzah Anwar wehh!!




lokasi majlis
Pusat Komuniti Lembah Pantai


sinopsis ~
nurnadia mastura dan azsyraff affandi
sama sama kenal dekat sekolah
masuk UTM kl sama sama sambung diploma
sama sama jugak masuk UTHM sambung degree
masuk sekejap kerja satu company sama sama
haaaaaaa maka kawan kawan pon banyak laaaa yang samanya memandangkan kedua duanya duduk pon area selangor jer :)

waduhh waduhh



sebenarnya nak cerita first time tengok pengantin bersanding di singgah sana lamaaaaaa
dekat 2 jam di pelaminan 
dari pukul 1230 sampai 230 tuuuu bersandingnyaaaaa
saudara ramai sungguh!
yaya sampai dalam kol 1230 tengahhari
duk cari parking almaklumlaahh mesti la kena ronda ronda dua tiga kali baru jumpa satu space mcm semua kenduri lain jugak
nasib tak sampai 15minit dah jumpa parking
masuk nye dewan, tengok pengantin dah pon duduk di pelaminan
syukur nasib sempat tengok pengantin sanding
sampai laa yaya dah habis makan, sempat photoshoot sekeping dua, acap nadia still tak turun meja beradap
waaaaaa raja sehari sungguh!

meh laaa layan picha sattt

memandangkan malas yaya nak tunggu pengantin turun dr pelamin, 
haaaa meh yaya yang naik stage :)


the best friends since utmkl :)
classmate, housemate everything we share the sama
terubat sungguh rindu nak jumpa hang aimie :)


ex classmate utmKL :)



the vpc' my ex officemate :)


to azsyraff affandi and nurnadia mastura
selamat melayari bahtera rumah tangga
semoga bahagiaa selalu sampai keakhirnyaa
cepat cepat dapat baby 
semoga dimurahkan rezeki kalian berlipat kali ganda :)
jodoh kalian kuat in shaa Allah :)


doakan aku pulak :)



thanks semua
bye :)












Wednesday, November 14, 2012

. .special entry for pengantin SMTI 03/04 :)

blog e yokoso yaya ayarus



tahniah diucapkan kepada kawan kawan ex-sekolah menengah teknik ipoh batch 03/04  

lepas sorang, sorang dah kawen
rasa macam baru jer tamat sekolah, baru je balik amek keputusan spm
***ahh drama pulak ko!



1. Fadzil dan Farah
last two week, singgah majlis Fadil Shah Alam
nasib buat kat shah Alam
tengok google maps, 12km je dari rumah, haaaaa pegi laaaa yaya







Selamat Pengantin Baru
Fadzil dan Farah
03.11.2012
lepas ni nak berlepas ke UK dah
farah sambung PHD kat sana
huaaaaaaaa nak ekot ;(
semoga bahagia hendaknya :)




2. Azim dan Anna
sorang kawan baik dunia akhirat fadil shah alam ni,
buat majlis kawen sama pulak dah dengan tarikh kawen dia
hurmmmm kitew tak pewgi awang's wedding :(
takpa laaa doa dari jauhlaaaa :)








Selamat Pengantin Baru
Az zeem dan Fzl Anna
03.11.2012
(nama facebook ni)
semoga kekal bahagia hingga ke syurga
awang ni OP/OV kot wei
tengok laa save the date awal asshaari, ada muka beliau selit menyelit :)






3. Dzulhafidz dan Darwisya
last weekend yaya turun ipoh, fewwwitt ;*

gembira bahagia menggila tengok bff kawen
kawen pulak sama date dengan keeper sekolah
beron dan hustler; selamat melangsungkan majlis perkahwinan di kediaman masing masing di ipoh, perak
tak sia sia yaya turun ipoh meraikan majlis mereka
tak sangka juga dua dua kawen serentak hari yang sama, tempat pon dekat :) haa senang








Selamat Pengantin Baru
Dzulhafidz dan Darwisyah
11.11.12
beron, si pengantin lelaki
memang tak reti duduk diam di majlis perkahwinan beliau :)
tahniah abang besar :)
kawen dah uuuuuuu
menangehhh aku dalam hati 
tah bila boleh lepak dengan uuuuuu
sahabat dunia akhirat
acececececeee :)
bahagia uolls sampai bila bila :)
** first time tengok pengantin makan licin kat meja beradap




4. Sharifah Nor Shahirah dan Mohd Alham
haaaaa yang ni yaya datang di acara penutup
dekat pukul 4 petang dahhh
wooooo banyak door gift bawak balik
siap aidil dan wadi makan second round kat majlis nih






Selamat Pengantin Baru
Shira dan Alham
10.11.12 dan 11.11.12

dua dua ex-schoolmate 
sorang jurusan elektrik, sorang jurusan awam
tak tahu pon dorang sebenarnya couple dah lamaa
tup tup kahwin :)
tahniah che pah dan am :)
cepat cepat dapat baby :)
semoga bertemu di syurga 


*****
group kat whatspps create by azarul aswad
aswad @ panggilan manje wadi ---> bff kepada aidil @ panggilan manje didil
wadi dan didil
group whatspps penuh dengan lelaki smti dikelola oleh wadi dan didil
bersembang bukan main semua versi kahwin kahwin
king**** laa, keris laa, 
susah betei dapat bf dan bff kepada bf yang gatai nak kawen


layan gambar meh


pengapit tak bertauliah


fadil, farah, darwisyah, beron, awang, anna


semua





nota yaya
dah tahu dah apa terdetik dihati korang
persoalan yang sama sekitar majlis mereka dari petang ke petang dan ke petang


korang bila lagi?


tengok muka aidil, dah malu malu dah wakakakakaka
** kejap lagi tibe tibe je hilang gambar ni sebab kena delete





bila?
bila apa?
fahmi belom.
bagi dia laa dulu
wadi pon belom
haisssssss
yaya lambat lagi :)
bg aidil dulu laaa :)
ada jodoh inshaAllah, tak lari gunung dikejar
cececececee ** ayat selamat



thanks uolls
hurmmm ada lagi yg tertinggai tak??
ada lagi laaaaaaaa :('
hurmmm tanak curik gambar dekat fb lg :(
tengok event invited, natrah, habib, syafiz, fiqa, dll
banyak budak mekanikal yang kawen ni :)
ehh silap, budak perd
ehh silap budak meki dan budak perd 
sapa next ehhh?? 
heeeeeeeeee bye :)

Wednesday, October 24, 2012

. .housemate kusayang ;)

Blog e yokoso yaya ayarus



Selamat pengantin baru my dear
dah sebuan lewat entry ni dok duduk dalam draft :(




Housemate yaya cik EJ Lana telah pun bernikah dengan hubby tersayang, Mizi









tarikh nikah kahwin kamu, saya tiada disisi kerana sama dengan tarikh travelling saya ke indonesia


takpernah tengok muka kamu kena make up
First time tengok dalam gambar profile fb kamu
Perhhhh sumpah cantek!


Sob sob sob
Sedih bukan apa
Dirumah selama ni hanya tinggal kite berdua
Sometimes jer bawak kawan masing2 lepak rumah menjadikan rumah kita meriah




kamu suka masak,

kamu selalu bawak kawan-kawan kamu dan jamu mereka masakan kamu

saya suka makan,

saya selalu bawak kawan-kawan saya dan mereka masak utk saya bersama sama kamu ;)




*****

Teringat masa bulan puasa, yaya balik keje tengok kamu dah sibuk di dapur





Hmmmmm now dah berstatus isteri dahhh yep

tahniah tahniah tahniah




Harap dua bulan lagi ada la khabar gembira yep :-*  tetttttttttttttt

Ok saya si pencuri gambar dr fb anda







Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 17, 2012

. .selamat pengantin baru Wan Alia :)

blog e yokoso yaya ayarus

hari minggu mesti la ada wedding
lagi lagi dah nak dekat puasa ni
masa masa ni ramai yang nak ambil peluang menjamu tetamu dengan nasi minyak

waaaaaaa


Wan Alia,
kawan sekolah rendah yaya sewaktu di sekolah kebangsaan bandar baru sentul
merangkap adik kepada Wan Aisyah, sama sama kawan sekolah, dan sama sama ke korea last year :)
Wan Aisyah dan Wan Alia adik beradik sebaya di mana Wan Aisyah lahir pada bulan 1, Wan Alia lahir bulan 12 :) 

heeeee :)

yaya datang satu keluarga together wit mak, ayah, abang, kakak ipar yaya, baby aisyah dan aidil :)





Lokasi : Wisma Sejarah, bersebelahan Istana budaya
Tarikh : 15 July, 2012


p/s: sebenarnya yaya dah booked dewan ni untuk event yaya. tapi tak sure lagi sebb date masih jauh. .sbb tu yaya bawak mak ayah dan aidil sekali untuk survey tengok lokasi dan suasana majlis. nyata ada pro and cont. nanti yaya update k . .heeeee :)


Thanks Semua


Tuesday, June 5, 2012

. .selamat bertunang has yusof =)

blog e yokoso yaya ayarus

sukaaa nya dia =)
iyelah selamat jadi tunangan orang ci has yusof nih
20.05.2012
dia ni jiran rumah jer =)
satu kampung paya jaras hilir

tunangan pon satu kampung heee =)
senang nak balik kampung
hmmmm yeke senang?
kalau yaya dapat suami satu kampung ke, satu taman ke lagi laaa susah nak decide =)
cuma kos pengangkutan nanti agak jimat disitu.
haissss apa melalut nih

oke meh nak tempek gambar.










tak tahu pon tema tunang dia kaler kuning okek
tibe tibe kaler sama =)
okek laaa tuh kan =)


okek has, selamat menguruskan persiapan perkahwinan anda yang gilang meriah =)
thanks semua =)



Saturday, May 5, 2012

. .prefect garden wedding Emy & Efy

blog e yokoso yaya ayarus


wedding emy & efy yang gilang gemilang super inggeris style
29.04.2012

yaya bangun lewat pukul 8 pagi sambil menunggu aidil tiba menjemput yaya di rumah
sama sama nak gerak dengan nadia dari sungai buloh ke putrajaya =)
mula mula yaya call atie, kata dia nak ke office bayu dulu di kuala lumpur
tak tau ada urusan apa tah, so yaya malas nak folo tunggu atie gerak sama ke putrajaya
yelaaa takut terlambat pulak kang, 

setiba yaya dan aidil di rumah nadia, kami terus menuju ke taman botani 
dengan dua kereta
sepanjang perjalanan, emy dah mesej yaya untuk follow up preparation majlis nanti, antaranya :


  1. yaya nanti ambil kipas pengapit dekat pelamin bila dah sampai sana
  2. yaya nanti standby kipas serta payung untuk both side (untuk pengapit lelaki sekali)
  3. yaya kena pegang/ jaga dress emy sebab dress emy tersangat la labuh nanti
  4. yaya kena tunggu emy sampai dekat pintu gerbang 10 minit selepas waktu zuhur
  5. yaya pesan dekat 8 orang bridemaid emy berbaris selang seli ikut warna kain kat bawah sepanjang karpet merah untuk tabur bungas
  6. yaya akan turun sama sama dengan emy, efy dan pengapit efy sewaktu berjalan menuju ke pelamin
  7. yaya akan berada sentiasa disisi emy sepanjang majlis berlansung sehingga tetamu pulang
senang jer kan =)
heheeeeeeeeeee

setiba di taman botani, laaaaa atie dan bayu dah sampai dulu pon =) haisss

welcome board =)

pintu gerbang =)

khemah & konopi decoration =)

guest book =)

sukaa *** yeahhh gambar yaya banyak disini =)

suka tengok gambar disini =)

decoration =)

decoration =)

groom's 

pelamin =)

ok yaya melantik aidil untuk merakam setiap gambar yaya dan pengantin sepanjang majlis
efy dan kawan baik efy (pengapit) akan tiba sama sama dengan emy dengan menaiki kereta mewah =)
yaya dan aidil standby kipas dan payung for pengantin =)

pengapit dan dayang dayang penabur bungaaaa bergambar sebelum majlis =)

pengantin tiba =)

 standby untuk turun menuju ke pelamin =)

 

bridemaid dah siap tabur bungaasss =)


 siapkan dress emy molek molek =)


 bersanding =)

 camera dah mula banyak =)

get ready for makan beradap =)



 
Emy & Efy makan beradap =)

 bila mak dan ayah yaya sampai, aidil pass camera tu mr bayu. heeeeeee =)

 acara memotong kek =)

 posing with atie and my mom =)

 pengantin dan ais krim =)

baya dan atie =)

 the last picture before camera out of battery =)

the end ** 4pm

HAPPY WEDDING DAY EMY DAN EFY
yang selanjutnya boleh baca di belog emy yang cantek
dan facebook yaya, emy dan girlfriends =)

thanks semua =)

Published with Blogger-droid v2.0.4