Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Marhaban Ya Ramadhan 2014

blog e yokoso yaya ayarus


Salam ke-4 Ramadhan
inshaAllah masih sempat wish kepada semua :)




Moga moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya
tahun ini tahun kedua menyambut Ramadhan dengan suami
suami kejutkan sahur, kita masak sahur simple2 sampai suami kenyang dan ucapkan selamat berpuasa setiap hari
bila berbuka, kami hidangkan juadah yang mudah dan tidak terlalu kenyang sebab suami tak prefer makan nasi waktu berbuka, risau mengantuk solat mahgrib dan terawih, makanya kami makan nasi after solat terawih


Mari kita sama sama perbanyakkan amalan di bulan ini, kerana bulan Ramadhan pahala kita dilipatgandakan. InshaAllah #muhasabahdiri

Capaikan target kita sama- sama untuk :

solat-solat sunat dan berjemaah :)

+  

perbanyakkan membaca Al-Quran :)

+ 

perbanyakkan berdoa :)

+ 

perbanyakkan bersedekah :)

+

memberi makan kepada orang yang berpuasa :)

+

tingkatkan kesungguhan ibadah terutama pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan :)


Ramadhan baru, imej baru :)
Doakan saya terus istiqomah
Saya disini dengan rendah hati memohon ampun dan maaf diatas kekhilafan sepanjang perkenalan kita. sama sama kita muhasabah diri dan saling memperbetulkan masing-masing

Harapan semoga Ramadhan kali ini penuh makna
Ameen :)


- Suraya Ghani -
- Aidil Shazrin Ismail -



Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan :)

blog e yokoso yaya ayarus




Salam

bulan ramadhan hampir ke penghujung nya
kejap je dah sepuluh malam terakhir kannnn
gugel gugel baca pasal ramadhan 
terjumpa artikel ni
best jugak share share :)


moh ler baca :)


kesalahan-kesalahan paling tip top ketika Bulan Ramadhan :)



Tidak sahur.
Puasa bagi org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. 
Sahur la walau dengan segelas air kosong. 


Sahur terlalu awal.
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. 
Itu bukan sahur, itu supper. 


Terlebih tidur.
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah
Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.


Berbuka secara buffet sampai buncit.
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. 
Tarawih pun tuang!


Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.


Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. 
Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal


Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr.
Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!


Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!


Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
Bulan Ramadhan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. 
Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.


Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.



Mari sama sama kejar mencari Laylatul Qadar ya sahabat :)
Muahks

Friday, July 26, 2013

Nasi dengan mayonis :)

blog e yokoso yaya ayarus



tajuk serius sikit
tapi boleh senyum2 laaa
ngeeeeeeeeeeee :)


bukan apaaaa,
syukur sangat dapat hubby tak memilih makan
berbuka dgn kurma dan beberapa jenis kuih je dah cukup
nasi2 ni jarang sangat sebab katanya kalau dah berbuka dgn nasi kang full plak
terus mengantuk malas nak solat maghrib dan terawikh
jadi, tugas yaya memasak lepas terawikh je untuk meriahkan sahur kami :)


dulu masa hubby duduk kat perantauan, pernah dia bagi tahu yaya dia makan nasi dengan mayonis je :)
yaya punyaaaaa la cerita macam2 makan kat sini roti john, murtabak, popia basah bagai siap lauk2 mak masak macam macam
last last bila tanya dia, dia makan nasi dengan mayonis jer :)
sayuuuu nye lahai 
sampai tak berani lagi nak hapload gambar makanan macam2 takut dia kecik hati tak dpt makan
time tu laaaa


now bila dah suami isteri hari hari berbuka dan bersahur sama
gi bazaar sekali dua kot2 hubby teringin nak makan apa2 
seronok tengok hubby makan sebelah kita
syukur dengan rezeki makanan Allah bagi
dan hubby ingatkan, 
ingat dekat orang2 yang tak mampu nak makan macam2
entah apa yang dorang makan
kita makan sedap2, dorang makan ntah lagi susah macam hubby dulu 


sobbbbbb :'(
nangess


bersyukur laaa dengan rezeki Allah
makanlah makanan yang halal dan berkat diatas muka bumi ini supaya kita terhindar dari api neraka
bulan puasa ni, salah satu bende best boleh buat,
molek juga kita beri makan kepada orang orang yang berpuasa


kat surau2 masjid2 kita sekarangkan selalu ada moreh atau juadah berbuka
dengan memberi sesuap nasi, seteguk air atau sebiji kurma, itu pun dah cukup menjadi seladang pahala 
inilah janji pahala yang nabi saw sebutkan "


“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, 
maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, 
tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”



Sungguh luar biasa pahala yang diwar-warkan. 



Jom kita buat sama sama nakkkk?

*mood ustazah sikit maap yer 


:)





sekian :)


Thursday, July 11, 2013

Juadah berbuka :)

blog e yokoso yaya ayarus



Salam
menu berbuka semalam sangat simple, 
malu rasanya nak ambil gambar juadah berbuka semalam tapi bila dapat berbuka bersama suami tersayang terasa ia begitu sempurna :)
selepas doa dan bismillah dimulakan dengan buah kurma 
itu pun buah kurma office yang bagi :)
sahur pagi tadi sebenarnya lebih meriah dari juadah berbuka semalam
tapi tak teringat ambil gambar menu waktu sahur sebab waktu sahur mata mamai mamai
tak berapa gagah nak ambil handphone disamping tengah marah pada handphone sebab berdering bunyi alarm pagi :)
anyway, selamat menjalani ibadah puasa, berbukalah dengan makanan yang baik baik
kerana sesiapa yang makan makanan halal, cerahlah fahaman agamanya dan tidak tertutup doanya kepada Allah :)




“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan...

Surah al-Baqarah ayat 168
 



Amin

Wednesday, July 10, 2013

Happy Fasting all :)

blog e yokoso yaya ayarus

Salam
hari ni bermula kita berpuasa
syoknyaaaa ramadhan kali ini pertama kali bergelar isteri  :)
tiap tiap pagi didil akan kejut yaya untuk bangun pagi
semenjak dah kahwin ni yaya belom pernah bangun dulu dari didil
didil paling awal bangun 
dan kali ini bangun lebih awal untuk kejut awal sikit sebab bersahur 
haaaaaaaaa jemput sahurrrr :) sahur itu sunat dan sunnah 


baiklahhh 
hari ni hari pertama kita berpuasa
mohon seribu kemaafan dan kekhilafan 
sambutlah bersama sama kedatangan Ramadhan ini dengan suka dan gembira
semarakan kedatangan ramadhan dengan Solat Tarawih, Tadarrus AlQuran, Iktikaf, Qiamullail, Bersedekah dan Segala Amalan amalan terpuji :)









Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
 

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat
 , Dan dilakukan pada Hari Jumaat. 


Ramadhan sudah diambang pintu, 
Jika Allah berkehendak InsyaAllah kita akan menemui Ramadhan penuh berkat.
Semoga kata taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita yang
berharga sebagai modal untuk langkah kita selanjutnya
Sementara Salah faham, kesedihan, ego, sakit hati, adalah sebahagian dari proses
kehidupan kita.
 
Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak
ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas
dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita
Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua
malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan
baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.


"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN
 "

teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...
teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...
semoga Ramadhan ini membawa kebaikan, dan kesejukan...
seperti layaknya embun di pagi hari
berkilau tertimpa cahya mentari...
semoga di masa mendatang  terus dianugerahi keheningan hati...
seperti layaknya telaga Kautsar..

 

Oleh itu 
Saya TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI jika  Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 

" Marhabban Ya Ramadhan"


Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Berkatnya
 di Bulan penuh Hikmah ini.

Monday, August 27, 2012

. .selamat berpuasa sunnat 6 syawal :)

blog e yokoso yaya ayarus


pagi sebelom subuh tadi
aidil kejut bangun 
ajak teman puasa 6 bermula hari ini
maap bebanyak la mr japang, saya tak dapat teman awok puasa
hari ini belom bersedia nak puasa sunnat syawal
next week in-sha Allah saya teman awok puasa k
10 hari kot kena ganti puasa :)








Selamat berpuasa kepada yang berpuasa
selamat berpuasa mr Japang saya! buka puasa molek molek!


Thanks semua :)







Tuesday, August 14, 2012

. .iftar dan masak

Blog e yokoso yaya ayarus



Majlis
Berbuka puasa


Tarikh 
3 Ogos 2012 


Lokasi
Home sweet Home yaya ayarus
Paya Jaras Hilir, Sg Buloh


Tetamu Iftar
Yaya
Nadia
Emy
Atie
Adam
Bayu
Aidil 
Si kecil Damiot


Menu Masakan
Masak Lemak Udang 
Sambal Tumis Ikan Bilis dan Kentang
Kangkung Belacan
Ayam Goreng Kunyit #paklah
Telur Dadar
Air Bandung Soda Gembira
Kuih Muih di Bazaar
Kurma




Malam rabu 1 Ogos 2012 dua hari sebelum majlis
Aidil teman yaya ke pasar kat klang
Lepas kami balik kerja, lepas berbuka bersama, lepas solat magrib bersama 

di rumah nenek di klang
Terus yaya senarai kan kat dia lauk pauk yang akan dimasak

Aidil dengan yaya sama jer
Dua dua tak kenal jenis sayuran dan jenis ikan
Masa tunggu ayam segera dipotong 16
Yaya dan aidil berjalan2 tengok barang basah di pasar
Comel sangat ok aidil pegang bakul sepanjang kami di pasar tuh
Gambar takde laa kang over plak


Yang kelakar nya yaya cuma ada rm30 dlm wallet dan aidil cuma ada rm20 dlm kocek
Wakkakaka
Kitorang budjet budjet gila membeli





  1. Beli ayam cari yg kecik2 supaya bila timbang ringgan sikit
  2. Beli udang sampai kira kira kuantiti 3 per pax
  3. Ikan bilis beli dua tiga jemput je cukup untuk 2 hidangan lauk

Dan semua lain lain dalam kuantiti yg sederhana
Akhirnya cukup



Tahniah yaya dan aidil sebab buat kali pertama kalinya, 

pandai beli barang basah di pasar :)



Pada hari majlis,
yaya pulang lewat dari tempat kerja
Sampai di rumah, emy dah sampai dulu rumah yaya
Nasib ada housemate yaya, buleh dia buka pintu rumah
Housemate yaya tak join sekali majlis kami sbb nak buka dgn bf dia
housemate yaya sempat masak nasi sbb takut kami semua pulang lewat




Bila emy dah solat asar
Yaya bentang tikar kat dapur dan turun kan semua bahan2 masak
Pastu yaya tengok rumah macam berselerak
Yaya pun kemas laju laju cincai cincai
Yela ada orang nak datang
Lelaki pon datang juga

dah habis kemas, yaya keluarkan semua pinggan mangkuk cawan sudu dalam almari dan basuh sambil lalu
Kemudian yaya letak atas meja sbb nanti nak lap
Pastu yaya bentang tikar diruang tamu pula sbb nanti akan makan kat ruang tamu je


Acara masak memasak berlangsung sehingga la azan magrib berkumandang
Kami berbuka makan kurma dulu
Lepas semua selesai solat magrib

Kami hidangkan juadah masak masak kami






Masak lemak udang dari air tangan aimi liyana



Sambal tumis ikan bilis dan kentang dari air tangan Atie Olliey



Kangkung goreng belacan dari air tangan Nadia



Ayam goreng kunyit #Paklah dari air tangan Atie juga 



Bandung Soda Gembira dari Adam, hubby nadia 


Syukur sangat dapat berbuka dan memasak bersama
Walaupun berbuka selepas solat magrib
Tak sempat masak laju laju
Semua pun sampai rumah yaya 630 selepas pulang kerja
Pukul9 baru selesai makan 

kita layan gambar je ehh
nak upload gambar memasak
kang banyak sangat
resipi satu satu kang jadi panjang berjelar jelar
so upload gambar makan makan jer ehh :)










  






Alhamdulillah tertunai salah satu sunnah nabi
"memberi makan kepada orang yang berpuasa"

terima kasih semua





Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, July 27, 2012

. .salam ramadhan Almubarak 1433

blog e yokoso yaya ayarus

Salam






Syukur masih bertemu ramadhan kali ini
harap masih belum terlambat untuk yaya ucapkan salam ramadhan kepada semua
hari ini dah ramadhan ke 7
dah seminggu kita berpuasa rupanya

ramadhan kali ini
paling yaya harapkan agar ia penuh makna 
dan lebih bermakna dari ramadhan yang pernah yaya lewati
berniat berazam berhajat
untuk melaksanakan penghijrahan keatas diri sendiri


"mana yang terbuka ditutupkan
mana yang singkat dilabuhkan
mana yang pendek dipanjangkan
mana yang kasar dilembutkan
mana yang buruk diperbetulkan
dan segalanya kepada penghijrahan yang baik"


untuk semua nya
diri ini hanyalah manusia biasa
yang tak luput dari segala khilaf dan dosa
serta prasangka
di penghujung bulan yang penuh berkah ini
selaku pembuat onar serta kesalahan
memohon maaf atas segala perilaku, ucapan, tingkah laku serta prasangka 

baik yang disengaja mahupun tidak
semoga amal ibadah kita di bulan yang penuh berkah ini diterima oleh Nya 

dan semoga kita kembali di pertemukan dengan bulan yang penuh berkah ini


"Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa"


Thank semua


Friday, September 2, 2011

. .berbuka dan bersahur dengan keluarga aidil =)

blog e yokoso yaya ayarus
written by ms suraya



ketinggalan nak bercerita
dek kerana miss upload gambar kelewatan di fb


tiga hari sebelum menjelang raya
pagi pagi lagi
mama aidil dah mesej yaya

"datang la cepat rumah cik non tolong makcik masak"

fuhhh
kebetulan pula hari tu sabtu minggu akhir sebelum raya
memang rasa nak duduk office menyiapkan segala macam report
yang menimbun nimbun
tapi yaya batal kan saja hasrat nak stay kat office lama lama

laju laju call nadia, miss officemate
minta nadia siapkan satu report URGENT

ok settle dah ;)
pukul 11pagi yaya langsung ke tesco
sebab yaya nak beli buah buahan untuk pencuci mulut berbuka nanti

tembikai, oren, epal
cukup lah untuk family besar aidil sebelah abah

sampai umah cik non di gombak
yaya tolong mama aidil siapkan ini, tadaaaaaaa




hari ini cadangnya berbuka dirumah nenek di kampung delek, klang
lepas zuhur baru kami gerak
sebelum sampai rumah nenek
family aidil singgah ke jaya jusco bandar bukit tinggi klang
nak shopping raya sikit kata nya

langsung menuju ke bazaar di klang bila waktu menunjukkan pukul 6petang
dan kami siap siapkan segala macam juadah berbuka bersama sama



  yaya dan mama aidil =)

sorry letak gambar mama tak pakai tudung sebab ada satu je gambar yang paparazzi tangkap =)

 ini air keladi kegemaran yaya yg yaya beli di bazaar tadi =)

 ini nenek aidil sebelah abah =)
 juadah berbuka dari bazaar =)

 waktu berbuka =)
 sekupu sekapat =)

 mereka ini sangat comel =)



terima kasih semua
malam ni yaya tidur di rumah cik non, ibu saudara aidil di gombak
bersama sama mama, abah, dan lain lain
esok mama dan abah aidil dah nak balik teluk intan dah

maka subuh nanti kita akan bersahur pula =)
good nite everyone

Sunday, August 21, 2011

. .selamat mencari Lailatul Qadar semua ;)

blog e yokoso yaya ayarus




malam ke 21,  malam ke 23, malam ke 25, malam ke 27 dan malam ke 29


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.








Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".



Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut




Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"


Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.




Tanda Malam Lailatulqadar





Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:


- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.


- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.


- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.


- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.






Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.




selamat mencari Lailatul Qadar semua ;)


okek bye ;)






Tuesday, August 9, 2011

. .kisah di bazaar

blog e yokoso yaya ayarus


menu utama berbuka
simple aje


1. cakoi cicah kuah hijau tuh - ntah kenapa mak yaya tiba tiba teringin nak makan cakoi


2. roti john - macam juadah wajib dahh


3. cucur udang - tiba tiba rasa nak tolong tambahkan hasil jualan makcik kenalan mak yaya


4. lauk pauk masakan bonda yaya yang paling sedap. tah lauk ape tah, ada bau bau dari dapur




hah tu tangan mak yaya la


nak tahu tak
lately selalu sangat orang yang baru kenal yaya tanya yaya
'dah kawen ker'? ' dah kawen ker?' 'dah kawen ker?'
haissss
kadang kadang jumpa client
silap hari bulan dowang siap tanya
'u dah ada anak ker?' tak pun paling gurau kasar sekali 'u pregnant ker?'
makkk aiii malu nya
gemok sangat ke yaya weyy?


selalu nya mana ada yaya citer negetive dalam belog nih
tapi hari ni nak cerita la pulak


sebab nya ada makcik jual cucur udang tadi
tiba tiba dia buat yaya rasa pelik  






makcik  :  ehh ya, . lama tak jumpa


yaya  :  haah


makcik  :  awal balik hari ni ya?.. selalu balik lewat je kan?


yaya  :  *monolog  haiss makcik ni nak perli aku menular ponteng keje ke heheh


makcik  :  yaya bila nak kawen?


yaya  :  tak tahu la, tahun depan kot. nanti tahun depan lagi makcik tanya la lagi, yaya akan jawap tahun depan juga =) hehehe


makcik  :  pandai la ko. eh makcik tengok badan ya dah susut sikit la, tak sehat ker?


yaya  : speechless *monolog lagi ehh makcik boleh ulang balik tak ayat tadi, kalau taknak ulang, meh yaya ulang lagi 


makcik tengok badan ya dah susut sikit la!!


eh makcik ni biar betol
takkan baru sehari pergi fitness first dah susut kot
pergi pun tak sampai 40 minit trial


makcik la satu satu nya insan yang buat saya tersenyum gembira hari nih
cehhh tak boleh terima pujian langsung


teringat masa umur 21 22 dulu
selalu jumpe client 


::ehh umur u berapa? mcm budak sekolah jer?
::ehh muda nya sudah kerja? boleh buat ker?


tapi sekrang dah 23 24 tahun


::dah kawen ker? dah ada anak ker?
haiss takkan melangkau jauh benor expectation first impression orang kat akuh! 
marah*


coretan:
bunyi macam yaya nak cerita pasal kawen kan?
sorry ehh yaya nak cerita pasal yaya sekarang makin 'sehat' 
tahun depan insyaAllah boleh start cerita main kawen kawen
tahun ni bau bau kawen pun takda okek


tahun tahun akan datang nak beli barang barang kawen mesti ada orang cakap
:eh umur berapa ni mudanya nak kawen?
:mesti ada orang tanya punya. mesti.
*hopefully la

nantikan entry seterusnya
by ms suraya