Showing posts with label Cinta Jarak Jauh. Show all posts
Showing posts with label Cinta Jarak Jauh. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Petua Cinta Jarak Jauh

blog e yokoso yaya ayarus



Salam semua
saje rasa nak menulis perkara ni
sebab perkara ini adalah salah satu perkara paling berjaya dalam hidup kami
Perhubungan Jarak Jauh atau Long Distance Relationship
ramai yang kata tak selamat langsung hubungan macam ni
ada kata susah nak survive, payah nak kekal, susah nak serasi dan 
paling sesuai harapan tipis nak kawen
sedangkan yang duduk dekat2 pun asik gaduh laa, asik curang laa, acaner nak jauh?
siap kena stalker si bf/gf pegi mana2






ooohh no!
for me and hubby, percintaan jarak jauh paling berkesan dalam hubungan cinta sejati kami
alhamdullillah, jodoh berpihak kepada kami setelah 5 tahun menjalin cinta jarak jauh, 
setahun selepas PJJ terus berhubung jarak dekat dan seterusnya hubby ambil keputusan untuk meminang, bertunang dan berkahwin :)
dan yaya rasa hubungan seperti ini akan berkesan jika .....




Rutin awal Relationship
Sebenarnya rutin awal hubungan itu penting. kalau dari awal korang dah biasakan dengan perkara tak dating, korang akan terbiasa punya. kalau dari awal korang cool je bila weekend je takde nak kuar2 bercinta, takde marah2 kalau gf/bf tak ajak date, haaaa memang perkara ni akan berjaya inshaAllah :)
sebabnya, bila awal percintaan kalau korang dah selalu sangat dating, kang bila terpaksa berjauhan atas sebab urusan kerja ke belajar ke kan, korang akan rasa sangat kekok kalau tak jumpa, lagi2 kalau free waktu weekend. tengok orang jalan couple pon rasa sakit hati. 
tu yang gelong tu, rasa diri malang jer mula cari orang lain untuk ubat rasa sunyi



Hal masing masing
Hidup jangan nak bergantung sangat kalau dia belum jadi isteri/suami. biasakan diri 
jangan sikit2 nak bagi tahu dia, sikit2 nak minta kebenaran dia. masing2 happy kan life masing masing. lepas ni kawen kita together laaa :)
bende yang remeh2 tu kurangkan kan laaaa. bende yang besar2 tu, mcm nak beli kereta baru ke, nak balik kampung ke, haaa apa salahnya inform dia
tapi setakat nak pi minum ayaq nyoq kat simpang 4 ka, nak beli baju kaler pink kat giant ke, rasa2nya tak usahla sangat kot. ask the important question only :)



Boleh hidup tanpa dating
kalau namanya couple ja mesti nak dating. bagi yaya banyak lagi kita boleh happy happy masa couple. kalau tak biasa dengan dating, inshaAllah korang akan cool bila berjauhan. makin rindu kang lagi ada :) tiap kali rindu menjelma, contact la thru phone, thru skype, fb, email, haaa banyak lagi technology yang ada sekarang. buat laa webcam selalu dari dating selalu. yaya dan hubby penah dulu tak berjumpa lebih kurang setahun sbb hubby dulu tak dapat balik malaysia sbb tsunami. dah laa masa tu umur awal 20an, rasa pra matang asik nak bercinta tu membuak2 rasa nya. haaa kawan kawan kan ramai, pi laa hangout dengan kawan kawan :) 



Boleh hidup tanpa calling/chatting
Haaaa kalau dah jauh, kadang2 line phone ni bukan selalu okek. selalu contact tu baik tapi kalau tak dapat contact, jangan laa melenting. line phone ni pun ikut mood jugak. kadang2 sms sebelah2 pun tak delivered. yaya dulu tak tahu apa bende celcom maxis duk buat promotion call murah laa, call free laa, super saver bagai sebab yaya tak pernah guna.
dan kalau selalu hantar report kat gf/bf pun kurang bagus jugak.
jangan 24jam korang nak report gf/bf korang. keluar rumah, naik kete, dah sampai, dah balik semua kena report. no need pun takpa. tapi kalau jenis gf/bf yang suka report dan hargai semua pergorbanan report kita takpa laaa, go ahead. ini kita ja selalu hantar laporan kat dia, dia terima ja. tak syoklaaa. then kalau call2 tak dapat, cool la dulu, jangan fikir bukan2, tah2 line problem ka, tertido ka, phone misplace ka, haaa positive ja. jangan kongkong sangat laaa. kalau dia milik kita nanti, mcm mana jadipun akan jadi milik kita :)
cececeeeeeeee uolss kena call selalu, tapi uolls boleh hidup tanpa call. haaa acaner nak explain tu?
avoid the temptation to be controlling.


Anggap relationship tu satu focus dalam hidup
Dua dua kena focus. kalau nak pasangan kita focus, kita pun kena focus. so, apa focus bercinta? mestilaa untuk terus kahwin. bukan cinta main2 cinta monyet tu takda wawasan apa pun. sama2 kejar cinta halal, sama2 berusaha capai cinta sejati. InshaAllah Allah bantu permudahkan urusan yang baik. Talk about your future together!

contohnya : Si lelaki bataskan pergaulan dengan gadis - gadis lain untuk elakkan TERberi harapan atau TERjatuh hati pada gadis lain untuk focus pada relationship dia walaupun berjauhan. nak keluar dengan kawan2 perempuan sekelas ke seoffice ke silakan asal tahu batas pergaulan. dalam hati masih satu je yang dia sayang, baru laa kekal PJJ tu :) 



Kongsi minat bersama dan bualkan
Macam yaya dulu PJJ tak berpeluang nak tengok movie sama sama. jadi kongsikan pengalaman tengok movie berasingan. takpun tunggu dah tayang kan online, haaa tengok laaa sama2 kat laman web. haaaaa pasang webcam, sorang tengok movie kat komputer dia, sorang lagi tengok kat komputer dia, then borak laa sama2.
selain tu, aktiviti harian pon boleh kongsikan jugak, misalnya hari ni dia pakai baju warna merah pi kelas kat sana, haaa kita pun pakai baju merah jugak pi kerja kat sini. 
kira dalam hati feel berbunga2 sebab pakai sedundun whole day, tapi berjauhan. orang kata jauh dimata dekat dihati. gituhhhh


ni gambar 2010 dolu2



Remember that you're still in a relationship
Walaupun masa masih jauh lagi nak berkahwin, perjalanan masih panjang, selalu ingat masing masing masih ada buah hati. berkawan laa seramai mana pun, ingat maha pencipta kita, supaya hati kita kuat untuk jatuh cinta pada seseorang yang juga melabuhkan cintanya pada Dia, agar bertambah kekuatan untuk menyintaiNya.



Buat something special
Antara aidil dan yaya, aidil lagi creative buat kad2 hand made. ayat2 toksah cakap laaa, memang comel. Aidil cakap perempuan ni suka dihargai so dia pun buat kad-kad hand made dan post ke malaysia. bila kite kat sini dapat, mak aihh mesti laa happy kann. so, try challenging each other. lagi satu, plan laa celebrate anniversary untuk make our day's special bila dah berjumpa. tahun lepas kami dapat celebrate anniversary di KL Tower :)



birthday card




Percaya dan Doa
Kepercayaan. mana mana hubungan pun kenalah percaya, kena jujur. jangan laa syak wasangka atau hati tak tenteram asik takut dengan pasangan kita, takut dia lupa kita, takut dia tak sayang kita. Doa jua bantu kuatkan hati. kalau cemburu je memanjang, hubungan mana nak jalan dengan baik. duk dekat pun takboleh jalan. 



Jenis yang setia
Takda apa lagi yang nak describe. kalau dah memang jenis setia, duduk laa dimana mana pun, setahun ke sepuluh tahun tak balik jumpa ka, dah kalau memang dia SETIA dia akan terus SETIA.
setia selalu dikaitkan dengan perempuan. tapi sebenarnya kalau jumpa lelaki yang setia, kesetiaan lelaki lebih tinggi dari kesetiaan perempuan. 
kalau dapat lelaki yang setia, bersyukur lah. sedegil mana perempuan pun hati dia lembut, boleh hargai kesetiaan lelaki tersebut
kalau dapat lelaki yang tak setia, angkat kaki jelahh, ramai lagi lelaki yang setia yang boleh kita banggakan. sebab silap haribulan, perempuan yang dapat lelaki mcm ni selalu akan makan hati.



tak susah sebenarnyaa. bergantung pada diri masing masing. kalau dah jenis suka kepit keluar date, tak boleh sunyi langsung haaa memang susahlahh. kalau dah jenis kuat bergantung pada pasangan pun susah jugak. mudahnya, senangkan je diri sendiri. Jujur ikhlas setia dan sayang. kemana mana pun pergi, dekat atau jauh, takde beza pun, both pun sama. bergantung pada hati sebenarnya. kalau hati tu kuat, duduk jauh pun cool. kalau hati tu rapuh, belum focus, masih nak enjoy, duduk satu pejabat pun boleh curang. For me, tiada istilah sunyi bila hati kau penuh perasaan kat pasangan kau dan hati kau kuat kata kau sayang pasangan kau. bukan kita saje rasa disini, pasangan kita yang jauh pun kena kuat rasa yang kita ni sayang dia, setia dengan dia. yang penting sama sama FOCUS.




Avoid jealousy and be trusting. 
one of the easiest ways to destroy a perfectly healthy relationship is to poison it with jealousy and drama" -Keltie Colleen




ok bye
happy reading
thanks semua 
xoxo

Thursday, March 29, 2012

. .welcome back dear!

Blog e yokoso yaya ayarus

tak tahu la video ni dapat upload ke tak?





Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

. .tomorrow is the day!


Blog e yokoso yaya ayarus





Muka excited yaya
Tadi mr japang call yaya
InsyAllah beliau akan sampai pukul4 waktu malaysia esok
Settlekan segala macam baggage, mungkin keluar dari pintu ketibaan KLiA pukul5 petang
Katanya lagi, number hp line jepun dia dah ditamatkan perkhidmatan

Waaaaa :-''''(


No more number phone jepun calling calling me after this


forever and ever
Hope so



Dear mr japang,
Have a good arrived, safe and healthy
Selamat tidur nyenyak di airport!


Thanks semua

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 23, 2012

. .mr japang dah siap berkemas nak pulang malaysia

Blog e yokoso yaya ayarus











Mr japang ni jarang pung pang pung pang kat fb dia
Status apa dia tengah buat pun jarang dia tulis
Lagi lagi buat status nak menghentam atau rasa nak marah orang
memang takde langsung la status camtu
Dia buat fb pun sekadar nak jumpa kawan kawan
Tak pernah nak kepochi apa keistimewaan tempat dia belajar
Atau kat mana dia akan kerja nanti
Atau apa dia pakai benda apa sekali pun disana
Yang kepochi yaya laaaa! Heeee

Selalu dia update pasal makan makan, jalan jalan
Haissss
Sampai kan yaya mintak gambar kereta dia nak upload masuk belog pun dia tak kasi
Kata dia taknak orang tawu pun dia pakai kereta apa
Atau apa aja barang yang dia beli kat sana
Semuanya dalam simpanan yaya
Agak nya dia jenis tak suka berkepoh
Sebab ada kawan kawan post comment pon dia tak jawap

Tapi bila nak balik dh ni
Mr japang ada publish pasal kereta dia
Dah selamat dalam proses pengeposan ke malaysia
Kira sayonara la kereta si kacak hitam dia
So yaya dah boleh la publish disini

Minggu terakhir mr japang akan berangkat pulang
Sibuk mengemas segala macam barang
Sampai 11kotak semuanya
Juga 1 beg besar dan 2 beg sederhana akan dibawa nanti
Siap ada 4 tayar

Doakan semoga selamat semuanya
Semoga selamat kereta si kacak hitam dia ke malaysia
Kerana masih 50 - 50 nak lepas kastam!
Dan semua barang barang elektrik elektronik baju baju kasut kasut beg beg winter coat melambak lambak buku buku perhiasan segala macam bagai
Semoga selamat semuanya

Dan yang paling penting : semoga mr japang selamat sampai ke malaysia

Hari RABU 28mac ini

Thanks semua

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 14, 2012

. .mencuci rumah en japang


Blog e yokoso yaya ayarus











Lagi 2minggu
En japang super duper busy

Sampai call skype pon tak boleh lama lama
En japang kena cuci rumah sewa beliau sebelum rumah tersebut dipulang semula ke tuan rumah
Baguskan jepun!
Kat malaysia, tenant nak keluar mana cuci cantek berkilat camni
Kata en japang, kita amek rumah mcm mana dulu, mcm tu jugak owner dia nak

Tapi yang tedehhhhnya
Owner tuh tetap charge RM4000 sebelum keluar atas sebab kerosakkan kerosakkan kecil kot!
Mahalnya weyhh. Agaknya kalo tak cuci tah berapa la kena charge

RM4000 tu biasiswa sebulan en japang kat sana
Nasib serumah bertiga, jadi sorang RM1000++
Seribu tu kalo kat malaysia mahal dahh kena charge sebab kerosakan kerosakan kecil tu
kat malaysia untuk kerosakkan kecil begitu roughly mungkin dalm RM300 kot sorang
Maknanya RM300 di malaysia nilai dia mcm RM1000 di jepun dah. Gila kaya den duit yen

Owner jepun jahat!

Huhuhuhu
Ok lupakan ketedihan
En japang yang busy dalam menguruskan segala macam hal

1. Kerja part time sampai lebam, nak bawak balik duit yen punya pasal

2. Uruskan university 23hb ni, mcm majlis penutupan atau tamat pengajian la

3. hantar barang barang naik kontena dan kereta 24hb

4. Merempat tumpang rumah junior sbb rumah sewa dah serah owner 14hb

5. Pergi airport 28hb balik malaysia dengan semua student akhir

Ok semoga selamat semua



Published with Blogger-droid v2.0.4

. .twenty eight


Blog e yokoso yaya ayarus







Berapa hari lagi nak 28/03/12?

Kiraaa kira hari ni hari rabu,

Next week jadi hari rabu lagi,

Next week lagi jadi hari rabu yg 28hb punya!

waaaa 14 hari lagi en japang nak balik


Tp kan kan kan

Yaya kije

Cane nak pi klia

Waaaaaa help help!




Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 13, 2012

. .fossil purse

Blog e yokoso yaya ayarus

Thanks en japang

 


 

Sebab hadiahkan yaya purse baru
Mama awak yg kirim kan selepas pulang dari jepun ahad lepas


Kata mama en japang, harga dia murah banding kat malaysia
Dengar cerita wallet yaya, wallet mama dan wallet kak lea aka kakak ipar awak pun lebih kurang sama



Yeahh kami bertiga guna fossil purse!


Mekacih en japang
Masuk yang ini, dah wallet keempat yaya pemberian en japang
Dah tahun akhir baru en japang jumpa design yang yaya suka
Ada zip, tak buka kipas!

Love u laaa




Dan wallet LV yaya, jangan merajuk
Yaya dah simpan kembali dalam kotak asal
Kemas rapi dalam drawer
Nanti yaya tetap akan pakai semula
Love u too laaaa


Thanks semua

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

. .central market

Blog e yokoso yaya ayarus








Hari selepas habis site inspection di selayang

Yaya langsung ke central market di kl nuuu

Sebab nak beli sourvenir landmark malaysia untuk classmate aidil di jepun

Sampai di CM, rambang mata dahh

Banyak juga landmark malaysia boleh dijadikan sourvenir

Ada wau bulan, ada keris, ada replika baju melayu dan baju kebaya


Tapi,

Yang aidil berkenan ialah Petronas Twin Tower KLCC


Yaya beli 1 yang besar untuk kawan jepun aidil yang banyak tolong dia buat thesis dalam bahasa jepun, berharga RM30

Dan 10 yang kecil untuk kawan kawan biasa


Ok pagi subuh nak hantar family aidil ke airport with bayu and atie

Thanks semua




Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, February 23, 2012

. .En japang nak balik dahh

Blog e yokoso yaya ayarus









Esok (24/2/12)

Family en japang akan fly ke jepun tempat dia belajar nuuuuu

Kalau kira kira dah hampir setahun lebih jugak aidil tak balik malaysia

Udah rindu bebenau mama abah dekat dia

tapi bila tanya tanya aidil, dia lagiiii rindu dekat mama abah dia

Lebih lebih lagi azib lutfan

Anak buah aidil yang pertama merangkap cucu sulung keluarga mereka

Azib lutfan sampai dah boleh berlari lari dah tapi aidil still belum peluang nak jumpa

Mana tak nya hari ke 10 aidil pulang ke jepun semula tahun lepas (4/10/11), ajib lutfan pula baru nak dilahirkan (14/10/11)

Tak sempat aidil nak timang timang azib sebelum fly semula ke jepun masa tuh

Sehingga la azib now umur dia masuk 1 tahun 4 bulan

Jadi esok azib lutfan dan aidil shazrin akan berjejak kasihan laaaa

Tak sabarnya nak tengok photo dorang berdua


Esok pagi flight mama lebih kurang pukul6pg

Yaya ajak atie teman hantar dorang ke airport

Lagi pun memang kena dua kereta

Yang pegi nya mama abah, adik aidil; syamim, abang aidil; abg k dan isteri; kak lea serta anak mereka yang comel tuh; ajib lutfan

So kami berdua akan beradu di rumah abg k dan kak lea semalam dan aka berada di air port sekitar 4pg


Arghhhhhhh nak ikottttt!!!!!!!

Thanks semua





Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, February 14, 2012

. .syukur


Blog e yokoso yaya ayarus





Syukur 

Aidil dah whapspp

Azab presentation dia dah habis

Yeaaaaaa tumpang happy :-)

dah boleh graduate kalau lepas :)



Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, February 13, 2012

. .gambatte kudasai aidil shazrin


Blog e yokoso yaya ayarus




14 feb 12

hari yang ditunggu tunggu

penuh debaran penuh kegelisahan

disaat setiap malam sibuk menghafal kanji kanji jepun

berperang menyediakan slide presentation

bertungkus lumus menyiapkan segala macam final thesis

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW



Hari ini

En japang saya tidur awal

untuk lebih bertenaga pada esok hari

untuk lebih bersedia dengan persembahannya



gambatte kudasai sayang

esok dia akan menghadapi saat perbentangan persembahan final projectnya

giliran keempat dari lima peserta

tiba ke dalam dewan pukul 8 pagi waktu sana

lebih kurang pukul 245 petang turn dia

masa perbentangan hanya diberi 10 minit dan 5 minit untuk sesi soal jawab

10minit? Hanya 10minit yang menentukan pahit manis saat mengharungi 5 tahun pembelajaran di sana

siang malam berusaha berdoa bertawakal supaya 10 minit itu menjadi terbaik dan cemerlang



gambatte kudasai sayang

selalu kamu risaukan sukarnya fahaman dan penggunaan bahasa disana

fahamkah mereka dengan perbentangan projek kamu?

sampaikah maksud yang ingin kamu bentangkan?

betulkah ayat ayat dan bahasa yang kamu gunakan?

kamu risaukan sekiranya mereka tidak mengerti bahasa mereka sendiri yang akan kamu gunakan esok

mengertilah dengan semangat yang kuat mampu mengatasi segala cabaran yang datang

yakin seyakin yakinnya panel yang mendengar hujah kamu amat terharu dengan "foreign student" yang sedang berhujah dengan bahasa mereka

saya pasti kamu boleh lakukan

jangan difikirkan kesulitan ini, fikirkanlah kejayaan yang sedang menunggu kamu dihadapan, demi masa depan kita

saya selalu menyokong dan akan selalu selamanya berada dibelakang kamu

"Ya, setiap lelaki yang berjaya kerana adanya wanita dibelakangnya"



Dari;

ayarus aishiteru



Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, February 9, 2012

. .50 days to go

Blog e yokoso yaya ayarus




Memandangkan aidil akan pulang pada 28mac 2012

Yaya dah siap menghitung hari

Heeeee :-)

Super duper excited!


50 days to go ~~

Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, February 6, 2012

. .terukir di bintang

Blog e yokoso yaya ayarus






. .jika engkau minta intan permata tak mungkin kumampu. .

. .tapi sayang akan kucapai bintang dari langit untukmu. .

. .jika engkau minta satu dunia akan aku coba. .

. .ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia. .

. .hati ini bukan miliku lagi. .

. .seribu tahun pun akan ku nantikan. .kamu. .

. .sayangku jangan kaupersoalkan siapa dihatiku. .

. .terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu. .

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, September 1, 2011

. .SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

blog e yokoso yaya ayarus
written by mr.eyedeal






Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu






Di kesempatan ini kami nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
buat semua keluarga, sahabat2 serta pembaca2 blog ini.



suraya dan aidil



Tuesday, August 30, 2011

. .kad raya dari suraya =)

blog e yokoso yaya ayarus
written by mr.eyedeal





. .Terima kasih syg kerana x pernah lupa kirim kad raya walaupun hubby jauh di perantauan 






tahun dpn klo bleh post laa skali ngn duet raye yee =)

Monday, August 15, 2011

. .rindu di bumi sakura

blog e yokoso yaya ayarus



yela incik japang sekarang dah tahun akhir di universiti of Fukui




apa yang busy sangat incik japang tuh woiii



1. aidil busy dengan presentation dia, tiap tiap minggu ada presentation, ada lab, walaupun paper tahun akhir dia hanya 2 paper


2. aidil busy dengan research dia, sebab dulu masa nak pilih research apa, aidil dah pilih nak sensei yang best dari pilih apa yang dia minat, sebab senang nak rujuk bertanya kalau tak paham, aidil bukan paham sangat research nak buat dalam bahasa jepun
tapi sekarang kena bekerja keras sebab walaupun dah dapat sensei best, tapi research yang dia buat sekarang ni susah nak paham sebab tak berapa minat
*sensei = cikgu


3. aidil busy dengan baito; seminggu ada tiga empat kali. .aidil kena kumpul duit banyak sebelum balik malaysia. .untuk kos pindah barang, kos repair rumah, konvokesyen, tax bawa balik kereta, dll. .tapi gaji baito dia kalo fulltime dah sama level dengan gaji engineer level degree kat sini
*baito = kerja (part time)


4. bulan ramadhan. disebabkan pelajar pelajar islam di Fukui tak ramai, maka aidil perlu ada inisiatif untuk memeriahkan terawih kat tempat dia. .
*tahfiz dari malaysia datang tempat dia mengetuai jemaah


5. interview kerja. yang ini paling super busy sebab dekat jepun waktu tahun akhir lagi banyak syarikat dari malaysia datang nak tawarkan kerja. nanti bile dah siap konvo, terus je kerja kalau ada rezeki laa. sebab tu kat jepun tak berapa nak ada masalah penggangguran
*aidil nak kerja di sekita Kuala Lumpur dan Selangor. yeahh


yaya dah minta aidil menulis di draft blog yaya perjalanan dia sepanjang pergi interview
baru separuh penulisan nampak nya


ok paham




yaya rindu bumi sakura sebenarnya
tempat yang paling yaya rindu sekali bile aidil bawak masuk universiti dia
waa berpeluang juga yaya masuk universiti dekat oversea




waktu ni dah hari keempat yaya berada di sekitar bandar Fukui
yaya sempat makan makan dekat cafe dia
masa ni bukan bulan puasa laa
waaaa manyak student perempuan jepun seksi seksi dowh
cuci mata weyhh





kat sana kenderaan utama ialah basikal
seronok tengok banyak basikal duk parking berderet
dekat UTM, UiTM ada banyak basikal?
berlumba lumba bawak kete baru adalah
itu pasal la jammed teruk

waaaa kat jepun kereta murah pun diorang low profile jugak naik basikal
=)


hah okek
mari la melihat gambar gambar candid yaya mengandid by aidil

 ini kanji jepun dia tulis nama universiti



waa penat juga mangayuh basikal tua aidil nih
agak nya bila la last yaya duk mengayuh basikal
boleh berpeluh sejuk sejuk nih
padahal 2 km pon tak sampai
hee =)



 okek posing sikit



ini map kalau kalau tersesat
ingat map masa kat UTM kl dulu dulu
macam sama besar jer
haisss 



bangunan tinggi tuh la kot kelas aidil
hahah tak silap tuh la bangunan tertinggi setakat ni dekat bandar fukui
gila ke nak buat tinggi tinggi lagi kat bumi bergempa nih




okek dah 



mencari cari jalan pulang ke rumah
setelah diberi direction pulang ke rumah secara ringkas
pulang sementara menunggu aidil habis lab dia
aidil cakap foreigner tak boleh lama lama dalam universiti
nanti pak guard tahan yaya nak cakap apa?
aidil cakap nanti ondaway balik kalau ada orang tahan terus je cakap bahasa melayu
nanti orang jeoun buat tak tahu je la sebab tak paham 

aidil suruh balik sendiri je naik basikal dia
sebab dia dah lambat nak pegi lab duk teman yaya pusing pusing 






waaaa ada mcd
tapi tak boleh makan
tak halal =(

okek lepas ni program mengemas kemas bilik aidil
hope dia balik lab nanti tengok bilik, 
barang barang, buku buku, gambar gambar, baju baju, kasut kasut, 
segala macam dekstop, laptop, pc printer scanner dah tersusun
yeahhh =)

nantikan entry seterusnya 
by ms suraya