Showing posts with label Married. Show all posts
Showing posts with label Married. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Happy 2 months together :)

blog e yokoso yaya ayarus


Salam dan selamat berpuasa semua
musim2 bulan puasa ni kan, asik nak wish salam berpuasa jer :)



majlis akad nikah 17mei,
today dahh 17july, 
bermakna dah dua bulan berkahwin yeahhhhhhh
*aku dah macam semusim budak couple seminggu dahh*




Alhamdulillah 
sempena mengambil keberkatan Ramadhan 
marilahh kite perbanyakkan amalan
mudah2 biar banyak hapus dosa dosa kita yang lalu
sejak dua bulan bergelar isteri, seronok sangat bila hubby selalu ingatkan kita
pemakaian kita, percakapan kita, makan kita, solat kita, puasa kita, 
masih tak putus solat berjemaah dengan hubby setiap subuh dan isyak
makan berjemaah depan tv sambil suap menyuap padahal pinggan masing masing sama jer makanan
dan alhamdulillah, dua bulan bergelar isteri, yaya dah pakai stokin dah :)
hubby akan selalu ingatkan tiap2 pagi before pegi kerja, mana stokin?
best rupanyaa bila dah pakai stokin, lebih selesa bila berjalan
boleh tahan sejuk dikaki :) 
marilahhh cuba sama2, memang best bila dah pakai stokin :)


ok, inai dijari tinggal di hujung hujung kuku :)
bulan depan before raya dah boleh kerat :)
inai di ibu jari masih tahan lagi dua bulan :)
syukur alhamdulillah diberi kebahagiaan ini sebahagia-bahagianyaa bersama suami yang sangat penyayang :)
doakan yang baik baik yaaa
jangan laa doakan hangat2 tahi ayam pula :) heeeeeeeeeeeeeee
*sebab macam mudah terpengaruh je*








ok bye :)




Monday, July 8, 2013

MARRIAGE is more important than all the WEDDING in the world

blog e yokoso yaya ayarus



Salam
entry mengenai perkahwinan masuk kembali :)
Alhamdulillah nak masuk dua bulan usia perkahwinan
dulu masa bujang seriously tak pernah masuk dapur, jarang pegang sudip periuk kuali bagai
masak nasi pun pernah mentah
air terlebih tak pandai2 sukat last2 buang saja seperiuk nasi konon nak masakkan untuk ayah
masak air pun sampai kering, masa isi rasa air macam banyak, dah masak sekali dapat dua cawan je
goreng telur goreng pon sampai hanget
last2 hidang telur goreng terbalik, biar yang hangit tu ada kat bawah 
semua perihal yang simple di dapur, itu pun fail
acaner nak masak yang heavy2 ?

iyeaaaa perut suami kini menjadi keutamaan jagaan aku sekarang
hari2 ke dapur sampai rasa janggal kalau tak ke dapur *poyo tak?
hanya suami saje yang pernah makan masakan aku
betol wehhh
mak ayah pun tak pernah rasa walau hirup sesudu pun masakan aku
apalagi best friends aku pon semua tak pernah rasa
ya! memamg aku tak pernah memasak!
mak ayah call hubby tanya makan apa seminggu lepas kahwin
mahu muntah tergelak bila hubby citer aku masak
dan ini lah kali pertama aku memasak sejak bergelar isteri
syukur mempunyai suami yang penyayang, saling membantu dan memberi sepenuh dorongan supaya aku tak kekok 
masa bujang, memang aku simpan masakan aku yang tak berapa nak handal ni untuk dia selepas kawen je
hubby pun banyak kali bersuara teringin benar nak makan apa yang aku buat
dan sekarang confident level aku tinggi bila hari hari hubby makan dengan penuh nikmat
ucapan terima kasih dan kucupan mesra tak pernah lekang walaupun aku goreng ayam je pun
now, air tangan aku hanya untuk insan bergelar suami :)
bila kat rumah mak, mak yang masak, aku tolong2 potong je
bila kat rumah mak mertua, aku tolong2 potong jugak 
wakakakakakaaaaaaa



itu bab masak
belum bab kemas rumah, bab basuh kain, bab jemur baju, bab basuh pinggan, bab iron baju, *bab siram pokok bunga (sila rujuk tanda * dibawah)
semua orang ada cerita rumah tangganya sendiri kannn
kita simpan sikit laaa untuk kita kita aja
kang share banyak kang tak best plak
dan, ya! banyak kali aku akan cakap ya sebab aku memang tak pernah buat kerja rumah
basuh baju pun mak yang basuh mak yang sidai mak yang lipat
dah duduk berdua ni, memang itu kita kena galas apa lagi pakaian kini dah double dua
malam basuh baju, pagi jemur baju
dulu iron sepasang, sekarang iron dua pasang :)
tapi yang boleh share, suami saya adalah insan paling rajin dan paling penyayang dengan semua kerja kerja diatas :)
sungguh.
memang semua isteri pun mengagungkan suaminya sendiri kan. i love u suami :)



ya. kehidupan saya bermula sejak si dia melafaz akad nikah menyebut nama saya
abaikan selama mana kite berkawan sejauh mana kita berkenalan 
sehebat mana kita dipertemukan
permulaan, ulangtahun kehidupan, dan segalanya mula dikira sejak detik itu
detik 17may2013 saat kami dinikahkan






marriage is more important than wedding :)
memang sebelum berkahwin, perihal majlis semua dalam kepala kita
makanan, pelamin, pakaian pengantin, photographer, wedding planner, semuanyaaaa
ia menjadi suatu memori yang mungkin hanya akan dikenang :)
bila kita tak buat, bagai rasa rugi kannn
tapi kami tak lahh pernah rasa rugi malah sangat puas hati
tak belanja banyak utk majlis tapi biar nampak meriah 
betul kata orang yang lebih makan garam dari kita
kehidupan selepas kahwin itu lebih penting
simpan banyak duit
jimatkan belanje perkahwinan
hanya kami dan keluarga yang mengetahui betapa untung majlis perkahwinan kami bila "hadiah" dari tetamu dapat cover majlis kami kembali
syukur alhamdulillah walau ada yang waste jugak
kerana terkadang lupa dengan kehidupan selepas berkahwin lebih utama 






wedding only last a few days but marriage can last forever :)









*****







Dear husband,
We share everything together
I dont need you who to see the good about me
I need you who to see the bad and still loving me
cause a successful marriage requires falling in love many times, 
always with the same person
tingkah laku, percakapan, batas pergaulan, pemakaian dan seluruh perbuatan kini adalah milik dan tanggungjawab suami :)
inshaAllah 
I will learn and continue learning to be a good wife who loved her husband :)





*****




terpaling suka dengan doa buat pengantin ini :)
lagi lagi dialunkan oleh maher zain buat kita mudah melafazkannya
doakan kami ya keluarga dan sahabat :)
mohon doakan yang baik baik dan kami turut doakan yang baik baik buat kalian 
amin :)









*kitorang suami isteri sekarang tinggal berdua dekat rumah mak ayah di matang pagar, sungai buloh. 
rumah tempat nikah kami :)
halaman rumah ayah ada tanam banyak pokok2 dan bunga2 dan telah mengamanahkan kami untuk tinggal berdua disini sambil menjaga pokok2 nya sekali :)
dan suami saya paling rajin menyiram pokok bunga itu :)


sekian dan
ok bye














Friday, June 21, 2013

Happy One Month Together :)

blog e yokoso yaya ayarus


17jun2013
pejam celik pejam celik
macam baru jer beriye2 buat countdown nak kawen
last last dahhh sebulan kawen :)


best nyaa kawennnn :)

lalalaalaalaaaa


just nak hapdate hari tu celebrate makan makan sebab sebulan kawen disini
masa makan tu hp takde internet so takdapapt nak share mamam apa
huaaaaaaa tak smart fon laaa kan hp takde internet kannn adehhhh :(
maka malam tu hubby je yang upload picha kt insta :)















hubby saya ni pemalu sikit. sekian :)


Monday, June 17, 2013

How sweet my husband :)

blog e yokoso yaya ayarus



hari ni betul betul terlupa tarikh today dah masuk 17hb means dah sebulan dahhh menikahhhhh rupanyaa
dekat hp yaya sebenarnya memang ada countdown day after married kat wall 
tapi yaya ingat smlm yang 17hb, sebab dia tulis 30days after (16june) 
takde laa tgk tarikh semalam ;(
rupanyaa today 17june bersamaan 31 days heeeeeee :)
lupa bulan may ada 31hari 
adehhhh monthversary mana ikut hari kannn? teroih ikut haribulan je la kannn 



yaya akan sampai ke office pukul 740am. haaa tahu tak yaya masuk keje sebenarnya kol bape? kul 830am okek :) 
sbb apa awal? haaaa sebab lepas kawen yaya dah takpernah nak drive kerete dahh
dah ada driver sendiri pulak gi kerja, dari depan pintu gate rumah sampailahh 'driver' ambil depan office :)
sampai nak pi inspection pun guna kereta office saje :(
*pas ni duduk klang rumah baru kena drive balik, jgn risau yer :( 
so every morning yaya masuk awal sejam membatasi staff2 yang masuk kol 8am :)
sebelum kawen dulu, yaya selalu akan sampai 830 tepat kadang2 terlajak 831 832 dsb :(
pastu admin pun terus syak wasangka awal2 "kang dah kawen lagi laaaaa lambat, nak urus suami lagi, nak urus rumah lagi, anak lagi" 
haaisssssssss sangkaan mereka melesit sama sekali :)



so nak cerita how sweet my hubby sebenarnya kann ~~
after hubby hantar yaya ke office like usual, bila yaya dah sampai kol740 am, hubby akan meluru pecut ke office beliau pula di Telok Panglima Garang :) 
hubby pon masuk kerja 830am
uolss tahu kami bergerak dari rumah sungai buloh pukul berapa?
kul 630pagi kottttt. kalau lewat sampai 640 baru nak gerak mmg compom lewat terus
tapi walaupun bergerak 630am, kami sempat berjemaah solat subuh dan breakfast bersama di rumah. hubby taknak sarapan diluar :( 
so guess kol bape kami bangun? T_T



bila dah kerja separuh pagi, yaya akan mesej hubby, sampai office kol bape tadi? yelaaa malas nak mesej kol 830 tepat2 kang buat nyaa hubby tengah rushing kejar punch kad ke, tgh sibuk cari parking ke, kite sebuk duk mesej2 kang kena palesing kangg heeeeee :)


dan mesej hubby berbunyi begini :)



he always remember our special date :)
*mesti hubby cebik muka sbb mesej kena print screen :) dun worry tade ayat2 bunga2 yg diprintscreen kan :)








dannnn



tak lamaaa kemudiannnnn





hubby mesej lagi :)





hurmmmm
tak tahu dapat dinner di luar tonight
ini first time dinner kat luar :)
kepala duk fikir nak belajar masak apa pula utk beliau malam ni
sbb hubby sejak kawen asik tanak makan luar :(
sekali tonight dapat dinner kat luar

thanks hubby, takkesah dapat makan apa pun, asal hubby selalu suka celebrate special day kita. remember date kita
hope berpanjangan sehingga akhir hayat kerana segala galanyaa adalah pahala :)


sekian saja :)
menunggu untuk pulang 


P/s : anywayyy perhhhh 1hour jugak hubby take for sampai dr office yaya ke office dia. jarak 20km macam tu jer :(

sungai buloh  - klang town  - teluk panglima garang
630am      -    740am    -    830am