Showing posts with label Merisik. Show all posts
Showing posts with label Merisik. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

. .proses pemilihan tarikh =)

blog e yokoso yaya ayarus

Disebabkan terlalu ramai kawan kawan nak berkahwin dan bertunang pada masa terdekat ini. .maka proses pemilihan tarikh bertunang mahupun berkahwin bukan la sesenang seperti yang disangkakan 

ini kerana ia melibatkan keluarga kedua dua belah pihak di mana perlu adanya perbincangan teliti =) 
taklah nanti ada pihak yang tak dapat datang, ada yang terasa sana, terasa sini dan macam macam lagi. .

review pemilihan tarikh bertunang yaya tahun 2012 =)

MAC
*aidil baru pulang ke tanah air =)

APRIL
*BFF aimi liyana kahwin =)
 
MAY
*Merisik =)
 
JUNE
*BFF nur aklili nadrah kahwin =)
 
JULY
*Menyambut kedatangan Ramadhan =)
 
AUGUST
*Menyambut kedatangan Syawal =)
 
SEPTEMBER
*Trip to Bandung with BFF and familia =)
 
OCTOBER
*Not Planning yet
*Tarikh paling best 21.10.12 =)
 
NOVEMBER
*Not Planning yet
*Tarikh paling best 10.11.12 =)
DECEMBER
*Dah lambat sangat pula =) sebab tarikh kahwin dah ada =) acane??


minta pandangan orang tua tua lebih mudah kan? yang muda, haaa ikut jer laahhhhh =)
thanks semua =)

Friday, June 1, 2012

. .meminang dan dipinang =)

blog e yokoso yaya ayarus

#copy Paste
Tiba-tiba masuk mode pertunangan pulak kan sekarang ni? Hurmmmm...ramai yang musykil, kenapa perlu dirahsikan pertunangan? Bukan ke kena bagitau orang ramai yang kita da bertunang supaya nanti takde lelaki lain masuk meminang?

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa pertunangan itu sebaik-baiknya dirahsiakan...


Kalo direnung betul-betul, kamu-kamu akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri (sumber: Ummi Mona)

Dalam kes kita takut ada lelaki lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan, automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain. Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi tunangan orang lain...

Sebenarnya da ramai di kalangan senior saya mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah mereka mengkhabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu...qada' dan qadar Allah...hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu...

Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai.  Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. .

. .apa ada dengan nombor 5?

blog e yokoso yaya ayarus

apa nombor nombor ni?
huh nombor 5? LIMA??
buat pertama kali nya yaya nak share semua yang yaya terlalu taksub dan 
tersangat particular dengan nombor, especially nombor LIMA


sebenarnya ada banyak memory manis dan sejarah terindah yaya berkaitan dengan nombor ni pada tahun 2012
Tahun ni, genap la 5 tahun usia perhubungan cinta suraya dan aidil  =)
tak sangka pejam celik pejam celik dah setengah dekad. .rase macam baru je yaya hantar aidil ke airport tahun 2007. .bermulanya detik percintaan jarak jauh yaya dikala itu =)
masa tu, pesan aidil minta yaya tunggu dia sampai 2012 . .

Tahun ini jugak, yaya dan aidil genap usia 25 tahun . .kata orang dulu dulu, umur macam ni dah boleh kawen dahhh =) tapi ialah, zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang
zaman dulu baik anak perempuan mahupun anak lelaki jarang jarang nak sambung belajar tinggi. .cukup umur tu yang kawen. .zaman sekarang, selagi boleh belajar lepas spm, teruskan jer. .paling kurang pun 4 tahun. .iye dok? takpun, terus kerja cari duit sendiri =) haaa kos living dulu dan kos living sekarang jauh beza. .lagi2 kos nak buat kenduri =)

selain itu, usia mak yaya, Mazirah Desa genap 55 tahun, tahun ini. .juga mama aidil Azlida Shaarani genap masuk 5 series ke 50 tahun =)  sayang mak, sayang mama =) beza umur kedua ibu saya 5 tahun rupanyaaaa. .

dan semua orang sedia maklum, masuk jer bulan 5, penuh wall di fb sebab lalu nak wish Happy Birthday to me and aidil =)
kebetulan hari lahir suraya dan aidil jatuh pada bulan yang sama iaitu Bulan May, bulan 5 .
aidil 14.05.1987 dan yaya 16.05.1987
yaya memang sangat sangat menunggu nunggu bulan may setiap tahun. .lagi pula tahun ini kali pertama yaya dan aidil dapat sambut birthday bersama sama
seriously yaya tak pernah tiup lilin sepanjang berkawan dengan aidil. .iyelaaa 5 tahun yaya kawan dengan dia, 5 tahun jugak dia tiada disini

kerana banyak hari yang istimewa pada Bulan May, kerana itu jugak aidil dah decide nak pilih mana mana tarikh pada bulan May untuk menghantar rombongan meminang yaya =)
perancangan ini di buat pada tahun lepas, yaya ingat ia hanya sebuah perancangan, tapi tak tahu pulak ia telah menjadi kenyataan. .

jom tengok tarikh bulan May, 2012 (sabtu)

5 May 2012

12 May 2012
 
19 May 2012

 26 May 2012


setelah dipilih-pilih, semua bersetuju memilih tarikh 12.05.12 =)
lagi pun tarikh tuh sangat cantekkkkkk. .kannnnnn
sesuai sangat untuk aidil mulakan LANGKAH PERTAMA dia melamar yaya =)
semoga ada keberkatan di sebalik nombor tu =)
aminnnnnn
 
12 May 2012 
*Merisik

14 May 2012 
*Birthday Aidil

16 May 2012
*Birthday Suraya

thanks mama =)

 

 bff yang sempat hadir, Emy dan Atie =)

yaya dan emy =)

 
yaya dan atie =)




Hari merisik tidaklah meriah mana tapi cukup lah meriah dihati yaya dan kedua dua buah keluarga
Thanks semua =)
Doakan hubungan yaya sampai ke jinjang pelamin.
Doakan yang baik baik shj =)
Semoga Tuhan memberkati dan mendengar doa kalian juga =)


p/s : Thanks jugak kepada girlfriends yaya sebab selalu support yaya tak kira dari segi apa pon =) baik untuk majlis merisik sehingga lah ke majlis cukur jambul kita akan tetap sama sama  =)
Yaya, Nadia, Emy, Atie, Ann
*LIMA

bye semua =)


Sunday, May 20, 2012

. .the beginning of happy ending =)

blog e yokoso yaya ayarus

alhamdullillah =)
selamat sudah LANGKAH PERTAMA 
dirisik merisik & dipinang meminang 

tak sangka dalam masa dua bulan aidil balik sini =)
aidil dah bawa rombongan keluarga dari teluk intan, perak
sebenarnya planning merisik ini aidil dah rancang waktu di jepun lagi
kami sama sama memilih tarikh paling cantek untuk permulaan dalam perhubungan
tujuan untuk menguatkan lagi hubungan ini 
tak sangka doa kami termakbul walaupun pemilihan tarikh tak sesenang seperti yang disangka
lagi pula jarak rumah kedua dua buah keluarga jauh sehingga berlainan negeri

Teluk Intan, Perak vs Sungai Buloh, Selangor


 


cincin merisik pilihan yaya =)
tidak kosong dan berdesign menampakkan ia tebal
100% adalah dipilih oleh aidil
yaya hanya melihat setelah ia selamat disarungkan oleh mama aidil =)
-
-
suprize. . 


Syukur Alhamdullilah =)
nantikan entry yaya seterusnya okek 
yaya akan cerita details =)
okbai semua