Showing posts with label Aidil Shazrin Ismail. Show all posts
Showing posts with label Aidil Shazrin Ismail. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Happy One Month Together :)

blog e yokoso yaya ayarus


17jun2013
pejam celik pejam celik
macam baru jer beriye2 buat countdown nak kawen
last last dahhh sebulan kawen :)


best nyaa kawennnn :)

lalalaalaalaaaa


just nak hapdate hari tu celebrate makan makan sebab sebulan kawen disini
masa makan tu hp takde internet so takdapapt nak share mamam apa
huaaaaaaa tak smart fon laaa kan hp takde internet kannn adehhhh :(
maka malam tu hubby je yang upload picha kt insta :)















hubby saya ni pemalu sikit. sekian :)


Monday, March 11, 2013

Kesukaran membeli rumah sekarang ni woii

blog e yokoso yaya ayarus



salam


huhuuuu serius laaaa jugak entry kali sebab tak berapa boleh fokus kerja
persiapan kawen semua ke laut
sebab kesukaran membeli rumah mencapai tahap streesss menjadi gilaa
yaya yang keje dalam bidang pengurusan harta tanah ni pon susah gilaa nak help sana sini
just kita banyak contact dan tahu prosedure
tapi semua based on system!
apa lagi kalau mr japang yang baru setahun jagung menceburi bidang pekerjaan, 
tak tahu menahu keperihalan jual beli rumah nih kannnnnnnnnn
sebabnyaa mr japang ni yang sebuk nak beli rumah
bila dia tak cukup setahun kerja, memang susah laaa bank nak approve!


alkisah bermulaaa dari iproperty.com
mr japang sibuk cari rumah dari laman tersebut 
mengugel gugel rumah rumah sekitar office yaya sebagai persiapan kediaman selepas kawen 
kenapa cari sekitar office yaya? bukan office dia?
bukan apa, keje gomen ni pergi awal balik pon awal, senang laaa nak balik waktu cerah, 
dah tu kalau rajin kang, boleh laaa dia ambik hantar yaya pi kerja sebelum beliau terus ke office sendiri
itu pon kalau yaya takde site visit kena guna kerete laaa :)
gugel gugel siap calculate monthly payment tengok rate semasa
kalau gomen staf boleh dapat interest 4%
kalau swasta ikut current BLR 6.6% so different bank, dorang berlumba lumba promote kasi rate rendahhh :)
selalu range rate yang bank offer -1.7% sehingga 2.5 % (means rate 4.1% - 4.9%)
lepas tu harga rumah plak tengok rumah landed semua RM250K sampai RM450K
monthly sampai RM1.2K sampai RM2.5K
fuhhhh mamposssss harga wehhh!!

aidil kasi tawu budjet monthly untuk rumah dia
so yaya suggestkan cari harga rumah yang boleh ikut monthly budjet dia
yang melebih budjet monthly payment kite terus ignore saja sebagai contoh 


HARGA RM400K MONTHLY PAYEMENT RM2000
HARGA RM40K MONTHLY PAYEMENT RM200
-
-
-
*so ambil rm200 monthly laa kalau mampu dr rm2000 monthly
then cari rumah sekitar RM40K
** contoh laaaaa :)



soo tengok range harga rumah yang bawah harga budjet monthly sahaja
supaya every month kita tak sesak nak bayar, sebab rumah walaupon ia aset, tp kalau tak mampu every month kang, tak ke susah nanti? 
so ikut saja budjet monthly kita, ada rezeki lebih mana tahu beli lain kan?



lepas aidil gugel rumah ikut budget monthly dia, 
rumah yang keluar area klang ni semua landed low-medium cost dan rumah apartment 
rumah fresh developer memang tiada laaa citernyaaa
yaya pon excited teman dia keliling view tengok rumah call agent sana sini
ada yang okek, ada yang banyak gilaaa kena renovate ;(
streessssssssss
sampai laa terjumpa satu rumah nih, aidil pegi sendiri minggu berikutnyaa
dia whatspp gambar rumah dan harga yang agent letak
yaya pon laju suh dia mintak diskaun dan laju jari jemari lagi minta rakan rakan valuer sekalian estimate harga rumah :)
bukan yaya as valuer tak boleh estimate sendiri, 
tapi baik kita minta valuer panel bank sbb dowang yang nak keluar report
dah susah satu hal pulak!
dah dapat tahu harga rumah offer dr agent, value pulak tak boleh support
valuer, bank main call je sapa sapa

so yaya suggest valuer dari kawan sendiri, yaya minta fauziah ex officemate sebab dia terel value area klang
sekali dia cakap harga still under market value dan boleh makap harga untuk dapat loan lebih :)

oooooooooo terus yaya cakap kat aidil, ON!


dah pulaaaaaaaaak
prihal bank bank luar ni punya banyak songeh dokumen dia
tok kadi pon tak macam ni mintak dokumen nak kawen wakakakakaakaaa



nak s&p owner lama, 
geran carian, 
booking resit, 
confirmation letter kerja, 
nak epf
nak slip gaji



nasib laaa agent tu sangat baik hati, dia copykan snp owner n pass kat aidil together with booking resit deposit 3%
yeahhahahaa
yaya laju laaa pi buat carian hak milik kt pejabat tanah
dah tu semua dokumen yang diperlukan yaya buat sampai 5 set! 
haaa senang nak hantar ke 5 bank berlainan :)
aidil goyang kaki jelaa kat office dia
semua urusan bank yaya turun naik tolong hantarkan, segala mcm IC, slip gaji, penyata, epf confrimation letter kerja dll serta application form setiap bank yaya dah amek sign aidil siap2 :)

sekali masa nak pass ke bank A ni, market value pulak tak dapat! 
sbb atleast bank nak dua valuer yang boleh support harga rumah
yaya contact pulak valuer acap, ex officemante yaya jugak utk support value dan terus dapat value! :)




soo untuk mudah lepas nih - direct kasi bank

1. semua dokumen lengkap kita buat banyak2 set
2. valuer yang kita nak - dan Market Value yang boleh achieve
3. lawyer yang kita nak and quotation fee serendah mungkin
4. dan pastikan lawyer and valuer yg kita pilih adalah panel bank berkenaan :)


loan akan dapat based on sama ada;
harga rumah RM100K, or
market value RM100K

kalau harga RM100K, tapi value RM80K so loan based on RM80K
kalau harga RM100K, tapi value RM120K, so loan based on RM100K
which is yang rendah
so kalau tahu value boleh support tinggi, 
kita deal dengan owner sign beli harga tinggi laaaa


Harga beli sebenar RM100K, Value RM120K
so anggap beli dengan owner and sign RM120K
haaaaa kan dapat RM20K free

-
-
** contoh laaaaa :)





Minggu raya cina hari tu stressss yaya duk kejar bank follow up tanya pasal loan aidil nih

kalau apartment, certain bank mesti nak yang ada geran strata jer
kalau landed, lokasi pulak jadi utama sebab takut tak leh support Marketability Factor

sekali result dia high risk!
means aidil ni takde ccris :(
takde loan kereta, takde loan kad kredit, takde loan asb atau apa sahaja komitmen
ingat free komitmen takde apa apa hutang senang nak apply loan sebab dia apply guna nama sorang
sekali susahhh lebih lebih lagi tak sampai setahun kerja :(
kalau cantum dua nama untuk loan mungkin lepas laa sebab nama yaya pernah ada loan kereta


so Bank A ni kitorang rejest sebb kan high risk tu :)
dan sekarang menanti 4 bank yang lain :)

dalam duk sibuk follow up bank, bank B pulak cakap value rumah tak boleh support!
hanya boleh guna panel valuer saja :(
valuer yang yaya suggest kat Bank B tu tak panel pulak dahhhhh
dah sibuk cari valuer pulak :(
haisssss nasib valuer kawan yaya ni banyak contact dan dapat support market value 


atlast bank B lulus dengan jaya nyaaaa :)
Alhamdulillah
aidil sampai puasa nazarrr tu :)
bukan setakat bank B, sebab lepas je sign first offer letter, bank C, D dan E pon approve!
heeeeeeee :)
yaya stresssss satu lagi agent yang baik ni asik tanya bila owner boleh sign s&p
haissssss loan baru lulus my dear, mcm mana nak prepare s&p
yaya malas nak suruh aidil sign dulu s&p tu sebelom loan approve, sebab kang buatnya loan tak lulus, tak merana kena bayar panalty after 3 months date s&p?
huaaaaaaaaa

so sekarang s&p prepare and geran prosess untuk ditukar nama
masa sign s&p, kena bayar balance 7% deposit rumah
haaaaa time ni laaa nak kawen, time ni laaa nak guna duit bayar deposit adoiiiiii
belom lagi bayar lawyer yer dok?
so alamatnya, keluarga masa ni paling utama :)
heeee buat loan dengan family untuk bayar deposit rumah sbb tade interest ngehhhhh :)


so now, kitorang dah pon pegi sign s&p, 

just pending aidil sorang kena sign letter offer dan loan dokumen sebab loan nama dia sorang :)
then tunggu pihak owner pulak sign and settle kan semua prihal hutang piutang dia dengan rumah, hutang bank lama, bil-bil maintenance, bil-bil semasa dan segala cukai cukai:)
sbb dia kena kasi kosong kat kitorang :)
harap harap owner dapat settle kan segera semua nyaaa sebab last yaya dan aidil pi korek letter box dia, tunggakkan maintenence dia hampir cecah 5 angka!

adoiiiiiiii 


Ya Allah permudahkan jalan kami
semoga selepas hari raya nih boleh tinggal di kediaman sendiri :)
InshaAllah


doakan yer :)






peace sikit :)
okbye



Wednesday, February 6, 2013

makan makan tengok bola

blog e yokoso yaya ayarus







 





hurmmmmmmm
saya si peneman tengok bola
mesti kawen kang berebut tv nak tengok sukan ke nak tengok drama tv
hehehehehe :)
no laaaaa
kitorang tak berebut rebut
praktis rampas remote aje


wakakakaakakaaaaa









hahahahahaa nak cerita makan ni :)
makan kemain nak ala ala western :(
barat sangat uollssss
bukan apa malam tu rasa nak termuntah makan nasi :)
haissssssss



ok thanks semua



Tuesday, February 5, 2013

belanje incik tunang kempunan sushi

blog e yokoso yaya ayarus




hahahaaaaa
dulu masa duduk jepon, sibuk duk kempunan kfc laa, nasi kampung laaaa, lauk tu lauk ni
dah balik sini, kfc sebelah mata pun tak pandang :)
lauk pauk dah hari hari dapat makan katanyaaaaaaaaa
tiba tiba kempunan makanan jepon 
haissss
manusia manusia


ate, udah banyak kali kata nak makan sushi, nak makan sushi, 
meronta ronta macam orang mengandung 15bulan
wakakakakkaka :0

Lokasi: Sakae Sushi
Aeon Jaya Jusco Bukit Raja, Klang















 



 




*****








hahahaaha makan makan makan 
lepas ni puasa yep :)


thanks semuaa :)

Thursday, January 3, 2013

. .random terakhir on 2012 :)

blog e yokoso yaya ayarus


salam semua 
tahun 2012 sudah pon melabuhkan tirainya
banyak kenangan manis pahit suka duka tahun 2012

yelaaaa

memang macam tak percaya dan masih tak percaya 


1. 28.01.2012 pertama kali menjejakkan kaki ke kota kinabalu sabah :)

2. 28.03.2012 mr japang Aidil Shazrin Ismail saya selamat pulang ke tanah air dengan sebentang ijazah kanji jepun kejuruteraan makanikal setelah 5 tahun mengharungi liku liku kehidupan berada di perantauan 

3. 30.03.2012 pertama kali celebrate anniversary ke 5 tahun di Menara Kuala Lumpur

4. 16.04.2012 mr japang lapor kerja hari pertama di kilang jepun Renesas Semiconduktor Teluk Panglima Garang as engineer

5. 28.04.2012 yaya berhenti kerja di syarikat harta tanah swasta VPC Alliance PJ   :(

5. 12.05.2012 mr japang menghantar keluarga dan rombongan merisik 

6. 14.05.2012 yaya bertukar kerja secara tetap di bawah majikan kerajaan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Klang. Officially lapor diri hari pertama dan memandangkan birthday mr japang pada hari tersebut, memang niat yaya memilih tarikh tersebut sebagai permulaan kerja di kerajaan

7. 16.05.2012 pertama kali merasa tiup lilin hari lahir yang ke 25 tahun disambut hanya berdua dengan mr japang 

8. two of my best friends get married. Aimi Liyana and Nur Aklili Nadrah

9. hari raya aidilfitri pertama kali bersama mr japang :)

10. 20.10.2012 mengikat tali pertunangan Aidil dan Suraya dalam suasana meriah kedua belah keluarga berkenalkenalan

11. dan ternyataaaa, banyak lagi yang pertama kali dan paling tak percaya, tamat sudah percintaan jarak jauh kami yang kini macam belangkas asik keluar jerrrrr tiap tiap masa haissssssssssssssssssssss















picha edited by aidil shazrin ismail :)


pertama kali menjejakkan kaki ke japanese village, bukit tinggi, pahang
30.12.2012






thanks semua :)


Thursday, September 13, 2012

. .S2 for me, S3 for him :)

blog e yokoso yaya ayarus


dah beli handphone baru tett
one of our hadiah hantaran soon ekcelli cececeee
but, apabila dua dua ex handphone dah jahanam, maka terpaksa la dengan redha mempakai hadiah samsung dulu sebelum tiba waktunya :)

ekcelli handphone ni tidak tersenarai dalam perkara perkara hantaran ke apa ke
tetapi ia dibeli kerana keperluan untuk dihubungi sbb ex phone dah jahanam



EX telefon bimbit :

iphone white mr japang (2009-2012)
dah jadi sangat lembab, beli di japan ketika tahun 3 study
kadang kadang yaya call pon dia ckp nak slide answer pon tak boleh. hangggg
nak baca satu mesej pon kena tunggu seminit dua baru dapat baca 
apatah lagi nak main mesej mesej selalu :(
dah jadi tak ori sbb software/application kena jailbreak bila pulang ke malaysia


nokia C3 yaya (2011-2012)
memang laa takde touch skrin bagai
beli sebab murah gila dan berwarna pink hahahaahah
mase tu memang nampak cute sangat, laju jerr amek
la niii, asyik asyik mati sendiri. cehhhhhh
dah pakai fon baru ni sekali tengok dalam handbag, 
haihhh, tak mati mati plak C3 tuh, 
cehhhh
biar dia on without sim card

***** 
teringat acap ex officemate yaya, 
dia perlekeh nokia C3 buat slide slide ala ala touch skrin kat C3,
tawu laaa C3 tu pakai key pad
yg eira plak, 
boleh dia buat key pad tengah tengah C3 yaya tu scroll scroll keatas kebawah 
ala ala bb dia
cehhhhh
kelakor gila kena bahan memanjang :)





Kesimpulannya;

Samsung Galaxy S2 for me
Samsung Galaxy S3 for him




kedai yaya beli terletak kat USJ sek 15
tengok dr luar kedai tu serious bodo gila
tapi bodo bodo pon feng shui gila pandai
setiap masa beli org memang penuh
kedai kecik mmg nampak lagi crowded
yaya sarankan nak beli apa apa handphone beli laa kat sini wehhhh
yang ori, yang AP, semua ada sini, takde tipu tipu, semua dia kasi tahu
siap tade display display try try belek bagai
kasi tengok kotak sahaja
haaaaaa nak tengok nak pegang kena confrim beli dulu okek
sooo yang datang kedai tu mmg semua yg confrim nak beli sahaja
no more servey2
senarai harga pon tampal tulis kt white board sajerk








Nama kedai : Extrovest Communication Sdn Bhd
No. 64, Jalan SS15/4B, Subang Jaya, Selangor
haaaa siap dah promote kedai handphone :)



New telefon bimbit :



Pemilihan hp Samsung Galaxy S3 mr japang
pening atas pemilihan colour pada mulanyaaa
blue black and white
aidil prefer blue black, sbb dia dah pakai iphone putih lama
bila yaya bagitawu dia, yaya *kurang suka dengan warna biru
dan yaya menghalang beliau
maka beliau terus amek putih :)
wahhhhh putih suci gituh ;)
*****beza harga blue black, white dalam RM50-RM100




Pemilihan hp Samsung Galaxy S2 ms ayarus
tak payah pening nak pilih colour apa
memang mata yaya nampak satu colour jer
yang pening nak pilih note pink atau S2 pink
aidil halang yaya beli note pink sbb yaya dah ada galaxy tab
function dia lebih kurang sama dengan note
size pon besar
so takkan handphone dua dua besar?
maka S2 dipilih oleh beliau utk yaya ;)
haaa u halang i, i halang u laa?
untuk pengetahuan uolls
samsung S2 original ada black and white sahaja
warna pink tu sebab AP set
beza ori dan AP set ialah 
kalau ori, warranty dia hp kalo rosak boleh hantar mana mana kedai samsung
kalau AP, warranty dia hantar di kedai situ shj (2 tahun)
haaaaaaaaaaaa masa ni aidil suh pilih nak pink ke nak ori?
maka yaya pun laju pilih pink sbb kedai dia bukan jauh pon nak hantar repair :)
tunggu lama je laaaaa nak service :(
*****beza harga black, white, pink dalam RM50-RM100






hokey mari mengodek handphone baru di Restoren Murni SS2



S2 for me, S3 for him

2 + 3 = 5?

*****what the lucky number i got?
S : Suraya/Shazrin also :)




 


Thankyou very much sudi sharing sharing gembira bahagia wif me :)
*muka orang gembire dapat phone lepas balik kerja

Thanks uolls


Friday, August 31, 2012

. .5 years 5 months anniversary :)

blog e yokoso yaya ayarus

heeeeee :)
30th August :)
today is a happy day for me :)
becouse of ------ >   
today is the 5 years 5 months anniversary of our good relationship:)
sweet number as well :)

yes! 5 years 5 months! clear.

never lost contact, never lost in the middle, never break off, even for a day
then it is clear from beginning of the same age love




+




Dear Mr Aidil Shazrin Ismail,


every 30th of month;

just re-live the past, 
read our previous massages
re-watch our video, 
re-change our handphone' wallpaper photo,
re-change our laptop' screen, 
re-look at our 5th years anniversary's album and anniversary's post together and ;
reflect on the last year


no one else would understand our Long Distance Love relationship
and no one else in this world would understand me the way you do



hoping that the love, u shared years ago
is still as strong today as it was


you have made me a better person by loving me for
who I am



Happy anniversary dear
let this date dont'stop you from enjoying life and every single day of it.
i wish u many happy returns with all my heart


A good girlfriend gives happiness and long-life to her boyfriend
For our anniversary to wish you to share this long life with me

Thank you for being my partner, my lover and my friend




p/s: 
korang layan je la haku yep yg tengah kemaruk bunga bunga cinta ketika ini hokeh
wakakakaaka
yeler sapa tak pernah bercinta yer dop?

moh ler layan gambar anniversary genap 5 tahun aku, 5 bulan lepas, 
celeb first together at Menara Kuala Lumpur




Happy Man :)



  


 nampak bayang bayang tu  ----> gedix kan? sebenarnya gayat ;p

 ok dah berada di road level tadi berada di puncak :)


Thanks semua :)
nak suruh aidil tulis belog pulak pas ni
asik aku je SS :)
wakakakakaaakaka
kalo dia rajin laaaaa citer nya

okbai